Tuesday, December 23, 2008

Hati panglima


Mendapat ilham dari LangitIllahi.com tentang Panglima Angkasa saya pun teruja untuk menulis tentang panglima yang amat sy gemari sejarahnya.


Panglima Salahudin Ayubi...


ha.. bacaan kali yang kedua selepas khatam yang pertama. Sebelum ni juga saya ada menulis post tentang manusia hebat ini, tetapi waktu itu hanya mencerita secara kasar tentang biografi beliau.


Kenapa entah dirasa buku inilah yang wajib dibaca untuk menaik semangat. Ia memberi ilham dan strategi tatkala sedang berhadapan dengan kemelut dan kalut untuk menyelesaikan satu-satu permasalahan. Mana hati panglima? Hati panglima hati yang kuat di depan cabaran dan tunduk di hadapan Allah.


Panglima Salahudin Ayyubi, seorang yang bijak dalam menyusun strategi peperangan. Hidupnya bukanlah penuh sempurna yang dikelilingi orang yang baik-baik sahaja. Musuhnya berada disekeliling.


Sifat ketaqwaan kepada Allah yang menjadi dorongan dan penyelamat dalam pelbagai situasi. Sifat setia sahabat yang ditunjukkan oleh sahabatnya, Bahauddin juga mesti dicontohi.

Oh! Syawur pengkhianat bangsanya sendiri, seperti gunting dalam lipatan. Sungguh kejam dia membiarkan negaranya sendiri dicerobohi musuh. Sanggup bersekutu dengan Birnis atas kebodohannya yang dangkal kerana gilakan kuasa dan pangkat.

Panglima Salahudin tidak menggemari cerita-cerita keindahan, keenakkan, keseronokkan. darahnya adalah darah perjuangan yang tidak siapa sangka pun beliau akan menjadi perwira Palestin memenangi Perang salib yang berlaku di sekitar bumi Palestin.

Belum sampai separuh saya membaca kerana saya membaca di waktu malam saat nak ketiduran sambil berpikir-pikir untuk strategi prjlnn saya. (mm.. harapnya tidur dengan mimpi2 perjuangan he..he)..


* Salahudin dengan ketangkasan mata pedang dan teknik berkudanya. Wah! hebatnya..

Thursday, December 11, 2008

Sungai Bantang Bekok..dgn mereka

Seketika bersama sebahagian keluarga ...




Kak Long&abg Amin, Along, Angah, Ude, Kak Ude&Emi, aku.........


Sunday, November 30, 2008

Dia dan tulisannya


Hasrat hati nak upload memori sepagi di pusat rekreasi Sg. Bantang Bekok. Tapi, check dlm pen drive, aik! mana pula gi gambar.... lalu teringat satu artikel dalam akbar semalam yang sangat menyentuh hati dan perasaan, tiba-tiba rasa sebak... Dia, sebelum ini memang saya tak kenal, lagi orang luar Johor, memang tak berapa nak ambil perkembangan...tapi sejak dia menjawat jawatan itu, saya sering terdengar-dengar akan suaranya, terlihat-lihat tulisannya, terpandang-pandang pesembahan melalui video...Dia, bagi saya adalah antara insan yang berjiwa kuat memperkukuhkan tali agama....


Wahai tuhanku ampuninya dosanya, keluarganya...Berkati usahanya dalam berjuang kerana agama



Lihat petikan ini;


Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah Pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang jam 12 malam ini, maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis. Insya Allah, pada jam 10.45 pagi esok (isnin) saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal saya. Saya akan menyempurnakan –dengan izin Allah- kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis.
Dua tahun sebulan saya menjadi mufti. Izinkan saya pada hari ini menceritakan sedikit pengalaman yang ringkas dalam tempoh tersebut. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman dengan para pembaca yang selalu setia. Jika ada yang baik boleh diambil manfaat, jika ada yang buruk, wajar dijauhi.



Baca penuh klik di sini.



Saya pernah membawa nama ini dalam perbincangan mak abah.... mm...tulisan Dr memang menunjukkan situasi yang sebenar... namun saya tetap menganggapnya antara insan yang boleh membantu agama kita

Sedang nabi ujiannya pun maha hebat, apalagi kita.....


Semoga pemimpin agama kita, akan terus berjuang dan berjuang di akhir zaman yang serba tak bersempadan ini...dan kita sebagai rakyat mari perbaiki dan teguhkan amalan.


Allahu Akbar!!

Friday, November 21, 2008

Sakit juga anugerah

Salam pertemuan,

Hari ni saya ingin menyentuh topik sakit, kerana beberapa hari ni rakan kerja ada mengadu rasa sakit..saya percaya ia kesan dari kerja2 menggunakan tulang empat kerat yang bukan menjadi kebiasaan..sama seperti saya dan orang lain juga...

Saya memikirkan dalam-dalam. Apa tujuan Allah mengurniakan kita 'sakit', sakit ringan atau sakit kritikal. Saya percaya semua manusia yang lahir telah ditentukan Allah dengan ketetapan masing-masing. Saya hampir pasti tiada manusia yang 'perfect' atas kehidupannya. Seperti dlm blog header saya...

Sebab itu kita diperdengarkan teori2 sifat manusia mengikut kelahiran, hari, bilangan adik-beradik dan macam2 lagi. Bagi yang memahami 'metafizik' mereka akan lebih mengetahui..

Saya amat tertarik dengan salah satu post dari http://mindataqwa.blogspot.com tentang terapi kesihatan. Setiap penyakit kita ada ubat yang boleh dicari dengan pelbagai alternatif. Kadang-kadang ubat yang kita perlukan bukanlah bentuk cairan, serbuk, pil2 atau kapsul. Tetapi mungkin juga manusia sendiri melalui pancainderanya.. dengar, lihat, bau, sentuh/rasa, hati....

Saya pernah terbaca satu post yang meletakkan ayatnya begini "Allah amat meyukai orang yang gagah". Renungilah secara psikologi anda.... bagi orangyang lemah, syaitan mudah masuk ke dalam badan untuk menguasai seluruh diri kita hingga ke pemikiran kita. Dalamilah konsep ESQ, bagi membenteng diri kita supaya tidak terlepas dari sempadan.

Kita manusia biasa, memang mudah lupa, terleka. Namun bila kita ini masih empunya diri untuk bernyawa kita mesti mampu untuk 'kembali'.. inilah peluang kita....

Ingin berkongsi satu teknik rawatan penyakit, klik disini dan tumpukan pada post 'ketawa adalah penawar penyakit'.. Yakinlah dengan Allah yang memberi kita sakit bukan untuk beban tetapi petanda kekuasaan Allah yang mampu memulihkan semula...

* Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali, Ya Allah! ampunkan dosa-dosaku dan dosa saudara-saudaraku..
* Emak dah pulih sikit, dah boleh ketawa..
* Antara tanda2 ibubapa ku sihat; berlangsungnya pertandingan debat tak kiralah isu apa.. aku; hakim yang tidak pernah mengeluarkan keputusan siapa pemenangnya..

Thursday, November 20, 2008

Cerpen realiti Kasih untuk ibu...

Waktu kecil kita dijaga, diasuh dididik, dibelai oleh ibu..........bila besar kita menjadi manusia....
Membalas jasa ibu tidak semudah menghulur duit, tidak semudah memberi senyuman.........ada pendapat mengatakan tidak kan terbalas, sekalipun kita sanggup menggendong ibu mengelilingi kaabah untuk bertawaf........oh!

Semalam mak kurang sihat, aku termenung sekejap-sekejap. Lain betul air muka mak bila betul2 tak sihat, tak ceria... mak tak boleh nak senyum panjang macam selalu. Mak sakit perut..ye la orang tua di lingkungan 60-an macam-macam masalah kesihatan yang muncul...tapi aku yakin, mak akan sihat sekejap lagi..

Imbas semula
Malam tu aku duduk menonton tv, sedang mak duduk atas lantai dengan sebiji limau bali yang dah terkupas. Mak memang macam tu..pantang duduk depan tv, mulut mesti mengunyah, tak kiralah kacang, keropok, ubi, pendek kata apa yang ada didapur blh muat sepinggan atau se'tupperware' akan dihadap. Tak lupa air tak seteko, secawan... Aku berkira-kira dengan sisa kulit lapisan limau bali, huh! banyak mak makan limau tu...aku diam.

Malam tu kami tak makan malam bersama, aku makan nasi sorang didapur berlaukkan telur goreng bawang dan kicap, campur le petilan-petilan ekor ikan masin, ada sayur kangkung dan sambal pecal..mm malas la amik, siap makan rehat kejap dan tertidur, lena dengan seribu satu perancangan hari esok...

Sedar pagi, mak mengadu sakit perut dan muntah2, hah! aku tak pulak. Abah? ha rock! Aku buat sarapan pagi nasi goreng, harap mak makan sikit2. Ini agaknya kes limau bali, kangkung dan sambal pecal.. lepas muntah, perut kosong tak boleh makan, hmm apalagi masuk angin le tu..

Balik dari kerja,
Mak belum pulih, plan kena bawa mak gi klinik ni...
Tengah hari mak boleh makan sikit2, abah beli lauk kat luar, tapi sikit punya bengang abah beli lauk sambal udang dan kari ikan....heh! heh! abah ni...

Mak tak mau gi klinik, cuma minta aku urut. Malam tu aku urut mak, memang gaya tukang urut siap dengan melodi sendawa. he he....

Lepas mengurut, bergegas ke dapur, dalam fikiran aku terbayangkan bubur panas, sup panas,. Bahan pertama aku nampak dlm fikiran untuk buang angin ialah halia, (suka betul bau halia) hmm apalagi halia diris halus dan goreng sedikit gareng. hmmm sodap!

Siap menu aku hidang dalam dulang dan letak depan mak. hmm..lega, habis mak makan bubur !

Dan pagi ni.. mak masih muntah.. tapi ok sikit dari semalam. apa aku nak buat? Kesian mak, multivitamin dah abis, aku tak beli lagi. Ok, arini aku beli, janji! harap mak pulih semula macam biasa....Hari esok ada adik-beradik yang jauh akan balik, hmm..harap mak dah sihat sebelum mereka balik, kalau tak, aku fail!

Ya Allah! sembuhkan ibuku segera.....

Wednesday, November 19, 2008

Tanah Johor...

Beberapa hari ni hati saya asyik tersenyum simpul dengan lawatan blogger Johor, anak Johor..bukan kata ada semangat kenegerian...tapi entah napa, sukanye tu mcm budak kecil.

Baru-baru ni saya ditegur oleh seseorang semasa dlm perjalanan kerana tidak mengetahui status kawasan, tanah. Entah milik siapa, entah siapa pengusaha. Saya jadi malu tahap 'merah' walaupun muka nampak macm cover cool je. Bila difikir-fikirkan balik, memang betul...kita jangan terlalu mengambil tidak endah tentang apa yg berlaku disekitar kita. Sikap tidak terlalu mengambil tahu ini mungkin menjadi punca tanah warisan kita boleh hilang sekelip mata. Anak2 muda perlu disemai rasa kecintaannya pada Negara supaya jangan dirampas oleh musuh. Kadang-kadang musuh tu ada disekeliling kita, memang tak nampak sebab dia dalam selimut. So beware!

Parent sy pun dah pernah terkena...sdkt tanah di tepi sungai diceroboh secara sedar oleh pihak tidak bertanggungjawab semasa proses pembersihan tanah bagi penanaman semula pokok kelapa sawit. Dia mengambil sikap tidak peduli tanpa memohon maaf untuk berunding atau berbincang. Mungkin jg sikap 'cool' abah, buat dia ambil kesempatan untuk menikam..ish,geram!

Dalam keluarga pun begitu, dek kerana tanah janganlah hendaknya bergaduh adik-beradik baik org tua kita masih hidup atau telah meninggal dunia. Teringat waktu sekolah Agama dulu belajar bab Faraid (pembahagian harta pusaka). Kebanyakkan yang bergaduh2 tu agaknya sebab ahli-ahlinya ada yg tak faham, ada yang jahil mungkin.... Kemudian wujud pula tindas-menindas hingga membawa ke generasi-generasi mendatang..kasihan...

Anak kecil main api..
terbakar hatinya yg sepi...
air mata darah bercampur keringat..

Ada tak sesiapa yang tahu tentang lagu ni, tolong sambungkan liriknya...

'Hidupkan darah perjuangan!'

Tuesday, November 11, 2008

Warna

Tuhan itu cantik..........

Tanda kecantikkan-Nya diterjemahkan melalui kejadian alam yang penuh warna-warni yang memberi makna dan inspirasi tersendiri. Dengan warna, mampu mempengaruhi mood seseorang, mampu menyerlah potensi diri seseorang. Setiap warna ada hikmah tersendiri kenapa dijadikan begitu... Kita pun lihat sendiri, warna menjadi faktor untuk menghasilkan sesuatu. Satu bukti keajaiban warna ialah warna hijau yang terdapat pada daun memainkan peranan menghasil klorofil dan hasilnya menjadi makanan kepada tumbuhan itu sendiri..subhanallah! Betul ke ni cikgu sains?(Doa saya untuk cikgu2 sains di SMKMIL, dulu dikenali SMIL) Saya pasti jawapannya betul!

Menyebut tentang warna, saya amat tertarik dengan gambar2 dibawah yg memberi sentuhan, pandangan yang unik secara peribadi. Gambar ni saya jumpa ketika sedang surfing untuk persediaan bahan design banner. Wa.. menarik ia. Equipment tersebut adalah antara yang saya pegang setiap hari di tempat kerja..

Lihatlah;









Friday, November 7, 2008

Sikit cerita sesaja

Huh! agak penat jg. Beberapa minggu ni kepala otak asik pikir pasal ofis, pasal kerja, pasal syarikat. Ada penstrukturan semula, change site lagi. Lagi dengan kerja teknikal yang menggunakan tulang empat kerat. Nasib baik ada Shikin dan Eiji yg turut membantu. Terima kasih atas buah fikiran dan sumbangan tenaga u all. Terima kasih pada bos yg bagi kepercayaan, Allah saja yang membalas. Terima kasih juga buat insan2 yg membantu secara tak terperasan he..he..

Hidup ni jangan berhenti belajar walaupun bukan secara formal di dalam kelas dengan bimbingan orang bergelar guru, pensyarah. Ibu bapa kita, bos kita, kawan kita boleh menjadi guru. Saya menganggap ilmu itu dtg setiap masa andai kita boleh memilih yg baik atau 'tune' semula benda negatif jd positif. Benda baru yang kita temui memang banyak kesilapan yg akan kita lakukan, tapi usah takut dengan kegagalan. Kalau tak, takkan Dato' Shake boleh menyanyi lagu 'Anugerah dari kegagalan'. Cuma jangan jadi orang yang rugi dengan menyerah kalah sebelum bertarung.

Baru ni ada some person dtg memohon tempat utk praktikal, emmm teringat waktu kesusahan saya melalui proses akhir sblm praktikal. Sarat dengan persiapan final project. Masuk balik cerita pelajar tadi, saya bertanyakan beberapa soalan asas utk mengetahui sejauh mana skill yg dimilikki dan prospek persediaan untuk masuk ke bidang kerja. Saya senyum2 sendiri dengan jawapan yg diberi. Air mukanya ada riak gementar tetapi dia jujur dengan apa yg dimilikki. Bagus! yang penting masuk site nnti sanggup utk bersusah payah belajar melalui skop kerjanya nnti. Yang leceh ni klu org yg tak sanggup nak usaha, banyak alasan, tunjuk lagak. Boleh jalan la!

Jadi orang diatas, kadang kala bukan semua benda kita expert, bayak juga perkara yg kita pelajari dr org dibawah. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, sbb itu klu berjawatan tinggi, duit byk, fofular, bijak pandai, jangan la naik tocang......kalau tuhan nak tunjuk manusia ini semua sama, alamat ada karang yg malu nak idup sanggup gali kubur sendiri.

ok la cukup ni dulu cerita sesaja....


Thursday, November 6, 2008

Penawar..

Anak kecil adalah anugerah tuhan yang pasti membuat ibubapanya lapang fikiran. Keletah, sikap yang ditunjukkan pasti akan mengusik jiwa. Sebab itu kita selalu dengar kesakitan ketika melahirkan akan segera hilang bila menatap wajah bayi. Bayi tidak mempunyai dosa, airmukanya suci. Ibubapa yang penat ketika pulang bekerja pun akan segera hilang keletihannya setelah menatap wajah anak. Itulah antara tip untuk menenang fikiran.Lihatlah, ciumlah bayi. Begitu juga dengan kanak-kanak yang membesar seiring pula dengan ragam yang semakin rencam. Tetapi karenah mereka itulah yang mengubat hati kerana menyerlahnya aura positif yang belum terusik dek noda...aura itu yang akan kita kongsi pada diri untuk mengembalikan tenaga diri.











Gambar : sepupuku yang keletah Mohd. Zaffan Mohd. Zaidon

Tuesday, November 4, 2008

Doa

Hidup ini kadangkala dilingkungi kekusutan, kesempitan, kebingungan........
Cuba untuk berfikir sendiri, mencari ilham dan strategi sendiri tetapi gagal.........gagal yang bukan bererti menyerah kalah, cuma belum berpeluang untuk menikmati kejayaan. Ini bermaksud kita kena berusaha lebih gigih untuk mencapai sasaran dan matlamat.

Menerima tanggung jawab dan amanah, sesetengah orang membuat rasa syukur kerana masih diberi kepercayaan. Namun pikulannya

Kita berdoa setiap hari, kadang-kadang doa itu diiringi dengan kekecewaan..maka mintalah bantuan orang di sekeliling kita, mak ayah, keluarga, rakan-rakan untuk mendoakan kita. Ada antara mereka yang makbul doanya....

Kita maafkan semua orang termasuklah musuh kita (musuh??!!). ye la terkadang kita tak perasan bahawa perbuatan kita membuat org tidak menyukai lantas menarik sifat benci, dan datanglah pula aura kebencian. Rendahkanlah hati kita untuk memaafkan.......... orang yang dibenci terkadang diberi satu kunci yang membuat kita kembali padanya begitulah sebaliknya.... Itu kuasa tuhan diberi pada insan yang terlintas menginginkan kebaikkan dalam hatinya.

Dari doa, doa, doa dan doa, segala yang membuku di hati, tanpa disedari ada satu nikmat yang dipanggil LOA semasa minda sedang sibuk mencari penyelesaian. Sukar digambarkan betapa hebatnya keupayaan kita setelah melepasi kesukaran yang dirasakan paling berat dilalui sebelumya.. dan kemudiannya kita dituntut untuk syukur.

Ya Allah, janganlah engkau persiakan aku........
Agak emosi pula post saya kali ini. Tak pelah, ia tulisan untuk mengingatkan diri dan pembaca tentang kuasa doa.

Tuesday, October 28, 2008

Hari Keluarga Generasi Hj. Rakob

25 dan 26 Oktober 2008, menjadi sejarah bagi lima generasi Hj. Rakob di Rumah Peranginan Persekutuan Pantai Morib, Selangor. Al-kisah suatu masa dulu, pertemuan datukku Hj. Rakob bin Hj. Abdul Kadir (1901-1974) bertemu dengan nenek Mariam Hj. Elias (unknown - 1912), berkongsi hidup dengan tiga orang puteri,Ruanah, Rukamah dan Sukilah (Sulaiman meninggal dunia ketika masih kecil), kemudian atas kematian isteri tercinta bersalin tikarlah dengan Hjh. Sharipah binti Hj. Elias (1920-1997) dengan 10 orang anak. Ayahku anak sulung...Sakiron, dan adik-adiknya yang semuanya masih hidup hingga kini. Anak dari isteri pertama semua sudah kembali ke rahmatullah

Pertemuan tersebut membuah rasa keluarga besar seperti waktu aku kecil2 dulu walaupun dengan situasi yang jauh berbeza. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua AJK atas usaha murni empat generasi yang ada seramai 165 orang dari 300++. Cik Sarip, Cik Unos, Cik Cop, Azam, Bang Mat dan yang lain2.

Ini program hebat dalam lipatan sejarah keluarga Hj. Rakob..syukur, syukur pada Allah yang memberi kesempatan pada kami...

































Thursday, October 23, 2008

Turun ke sekolah..

CERAMAH IT LEPASAN PMR

SMK Munshi Ibrahim

Pelbagai kaum..


Penyampai cenderahati; Cikgu Kazaliyah
(Ni cikgu sejarah saya dulu..)


Kiri sekali Cikgu Saudi, guru kaunseling



SMK Felcra Bukit Kepong
Pelajar puterinya yang comel-comel

Syok menulis, yang belakang tu sedang memikir dan memikir...

Semua menoleh kesitu je.. ada la tu yang 'terkena' dekat group pelajar lelaki ni.

Penyampai cenderahati; Cikgu Mansur (Guru Bidang Sains dan Matematik)
Terima kasih juga buat Cikgu Aida dan Cikgu Rafidah.

Wednesday, October 22, 2008

Metafizik.. Hipnosis..

Beberapa hari lepas semasa duduk dlm perbincangan bersama boss, terkeluar satu tajuk tentang 'Metafizik'. Apa itu metafizik? Itu yang sedang saya cari-cari sejak boss membuat kiraan beberapa nombor dari tarikh lahir saya. Entah kenapa hari itu saya seperti didatangi satu roh lain bernama semangat. Semangat yg original untuk jasad bernama Fasiha. Ah sudah! apa pula la kena kemaruk dengan metafizik ni? Dari pengetahuan asas yang kumiliki dan digabungkan dengan ilmu kuasa ketuhanan, makhluk didunia ini tuhan jadikan memang pasti dengan keajaiban dan kerahsiaan masing2. Mengetahui metafizik akan mengenali anugerah tuhan, Dari sini ada kuasa akal fikiran yang dipanggil minda untuk mencari-cari personaliti dan mengenali diri kita sendiri. Dari tarikh lahir seseorang sebenarnya kita mampu membentuk diri kita kearah budaya cemerlang yang sesuai dengan kemampuan kita. Semua orang memilikkinya. Tidak hairanlah jawapan-jawapan kajian Datok Dr. Fadzilah Kamsah tentang watak dari tarikh lahir banyak kebetulannya.


Apa yang mendorong kejayaan, kebaikkan, ketabahan, kecerdikkan, keazaman seseorang? Hipnosis adalah antaranya...ia bermain dengan konsep minda separa sedar melalui latihan2. dan sebenarnya ia mungkin kita lakukan setiap hari tetapi kerana kita tak dapat membezakan pekerjaan minda sedar dan separa sedar maka ia terbiar begitu sahaja. Biasanya kita dengar org kena tipu, org kena pukau, ada pihak2 tertentu yang mengaitkan hipnosis dengan kerja jahat itu. Sebenarnya hipnosis tiada kaitan pukau, sihir. Dengan izin tuhan, kita diberi kekuatan untuk melawan semula kerja2 jahat ini dengan komunikasi minda supaya jangan menurut kepada apa yang berlawanan dengan niat kita. Sebab itu dalam agama mensyariatkan 'mulakan pekerjaan dengan niat'. Niatlah Lillahi Taala insya allah selamat..


Saya kongsikan dengan anda satu laman blog yg menurunkan ilmu tentang hipnosis, mungkin ia beri anda apa yang anda mahu. Klik http://menjaro.blogspot.com


*Setiap ilmu itu anugerah tuhan, pelajarilah untuk kebaikkan...


Ingat binasa dunia kerana tangan manusia sendiri, bukan amarah tuhan. Oleh itu pergunakanlah ilmu apa saja pun untuk kebaikkan, jangan jadikan penyakit yang merosak masyarakat.

Illistrasi gambar : salah satu latihan hipnosis dalam menjaro.blogspot.com

Hadiah dari kenalan.

Terima kasih buat saudara Ayi yg mereka design ini. Asalnya saya nak view sebagai header tapi bila dibelek dan belek, saya rasa ia amat istimewa utk diri saya dan saya masukkan sebagai post yg mempunyai sdkt story.

Ya, ciri insan yg lahir berhoroskopVirgo seperti saya ini memang ada satu sifat cemburu. (Akan ku arahkan cemburu ini pd perkara yg baik supaya datang pula kebaikkan padaku) Saya cukup cemburu dengan design ini. Mgkin bagi sesetengah org dianggap biasa, tapi bagi org yg sensitif hanya kepada satu garis lurus, titik warna, ia memberi seribu satu rasa dan makna. (Berjiwa seni kah aku?) Saya mahu jadi sepertinya. Saya mahu terbitkan ilham yg produktif, ilham kreatif yg ori dari akal fikiranku. Idea, datang la padaku, muncul la dlm hidup ku....

Monday, October 13, 2008

Pujuk diri maafkan orang lain

Motivasi pg di TV3 ni adalah siaran ulangan. Siapa motivatornya? DMFK yang saya hormati……

Salah satu tanda-tanda seseorang itu bersyukur ialah memaafkan orang. Allah ada berkata ‘barangsiapa yang bersyukur Allah akan tambah rezekinya’. Rezeki bukan semestinya duit! Ini yang membuat orang selalu tersilap pandang. Rezeki kita mungkin :
Ramai sahabat baik/kenalan dan dihormati
Dapat projek
Dapat ilmu lbh luas/tinggi
Mudah berurusan
Rezeki jodoh (ish! Terkena batang idung ku……)
dll

Anda pernah tak membaca tentang karektor manusia mengikut bulan kelahiran? Walaupun ia adalah kajian, tetapi ada benarnya terkena pada saya yang lahir bulan…September (hmm…birthday aku thn ni di bulan puasa, sama mcm bulan aku dilahirkan dulu, dengar cerita mak tengah buat persiapan raya..goreng kerepek pisang sbb tu suka sgt2 makan kerepek pisang). Ditambah lagi dengan sifat anak kedua yang kebiasaannya pendiam tetapi…. makan dalam o.. Tapi kini saya dah dewasa (belum tua), dah tau skit2 pasal ilmu penilaian personaliti, so saya cuba kawal, adjust balik kepada fitrah manusia berdasarkan sunnah. Saya berusaha untuk maafkan orang, maafkan orang, maafkan orang. Tidak berdendam. Kenapa saya kata berusaha? Sebab hidup kita ini memang tak lekang dari hasutan nafsu dan syaitan. Asbab dengan strategi dan perancangan syaitan inilah kita lihat kebinasaan yang berlaku disekeliling kita, Na’u zu billah..

DMFK kata rawat hati dengan amalkan ayat-ayat untuk melembutkan hati dari surah Toha ayat 1 – 5. Tidak dapat saya menyebut tafsirannya satu persatu-satu tetapi kesimpulannya adalah untuk menjinakkan hati kita supaya mempunyai rasa takut kepada Allah.

Saya tertarik dengan kata2 DMFK dalam rancangan sebelum ini. Nak tau tak, kenapa ramai orang perempuan dalam neraka? Orang perempuan/isteri atas asbab2 memilikki sifat rahim, sifat penyayang amat mudah memaafkan lelaki/suaminya. Tetapi orang lelaki/suami kadang-kadang terlupa nak maafkan orang perempuan/isterinya… ha tengok! Jadi saya nak menyeru disini wahai orang lelaki/suami maafkanlah/halalkanlah agar kami selamat dari azab api neraka.

Dalam mutiara kata diakhir siaran tersebut menyebut firman Allah yang bermaksud:

‘barangsiapa yang maaf-memaafkan (halal-menghalal) akan mendekatkan diri kepada Taqwa’

Surah Al Baqarah ayat 237


Mari kita saling memaafkan agar kasih sayang terbina, kasih sayang dari Allah Allah tercurah untuk kita.

Friday, October 10, 2008

Ayat-ayat cinta

Sejak saya terperasan keluar iklan pertama di di tv lagi dah set ‘aku nak tengok cerita ni, mesti tengok movie AYAT-AYAT CINTA!’ ……..dan malam tadi saya tertidur untuk separuh pertama cerita… ha…. Cuma sempat tengok separuh kedua hingga ‘ending’nya. Saya memang suka menonoton movie yang sebegini. Memilikki jalan cerita yang mendalami maksud/erti keagamaan dalam satu-satu isu atau peristiwa. Pada pendapat saya, bila kita menonton cerita sebegini akan mengingatkan kita sedikit sebanyak sorotan dari zaman anbiya’ (sebab aku suka baca kitab/buku kisah kehidupan para anbiya’, ada org nak bagi hadiah tak?), mengingatkan niat lillahi taala. Ini baru namanya cerita tak ingat dunia semata..ingat juga akan alam lain yang bakal kita diami nanti selepas melalui alam pertama/alam rahim (ada juga yang mengatakan alam pertama ialah alam roh).


Kecantikan, ketulusan hati Aisha dilihat pada saat genting ketika Maria sedang sakit. Berkorban jiwa memberi keizinan kepada suaminya untuk berpoligami sedangkan tanggungjawab itu awalnya diakui sendiri oleh Fahri tidak mampu dipikul. Lihatlah, walaupun Aisya sendiri yang memberi dorongan namun hati wanita tetap tidak tertahan… (saat ijab dan kabul berlangsung). Habis tu kenapa Aisya memberi dorongan poligami?
Sekadar tiga sebab :
1)Untuk berdakwah demi menyelamatkan satu nyawa supaya boleh bernafas semula lalu mengembalikan seorang lagi hamba Allah kepada islam,
2)kerana tingginya sifat zuhud sebagai seorang wanita dan isteri kerana suaminya itu bukan untuk dimilikki, tetapi dipinjamkan. (untuk lelaki pun sama tau..)
3) (yang ni saya agak je la.. sebab x tengok dr awal, tapi secara logik). Kerana Aisya memahami siapa suaminya sebab Fahri menggunakan simbol kejujuran sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Saya tertarik dengan kata-kata kawan Fahri ketika diminta mengutarakan pandangan bagaimana nak menyatukan Aisha dan Maria ketika Aisya membawa diri. Lebih kurang gini la ayatnya; “Sedangkan aku satu pun belum, kamu udah dua, Kita tak bisa menyatukan mereka, tetapi kamu harus berlaku adil” Ha…. tengok!

Saya nak bawa pembaca sejenak ke zaman Nabi Ibrahim a.s. Anda ingat tak kisah Siti Sarah yang menyerahkan Siti Hajar untuk dikahwini Nabi Ibrahim. Apa jadi kemudiannya? Hati wanita tidak akan tertahan melihat suaminya bersama wanita lain walaupun itu yang direlakan dengan sebaik2 cara. (itu zaman nabi la..). Siti Hajar dibawa keluar kan! Ditinggalkan di gurun tandus bersama Ismail a.s dibawah jagaan Allah. Kmdn barulah Allah menghadiahkan Nabi Ishak kepada Siti Sarah.

Eeeeeii…..pandainya dia cerita pasal isu ni, ekau kan belum kahwin laie?

Haak! Benar…. saya belum lagi, cuma ia lambat…
Saat umur begini memang senang diasak dengan soalan-soalan cepu emas begini, lagi ramai jumpa orang lagi banyak lah soalannya…. Nak bagi jawapan sebenarnya tak susah cuma yang bimbangnya kalau disalahtafsir bagi orang yang kurang menghayati maksud syukur.

Kepada sahabat muslimat dikasihi,
Janganlah bersedih kerana belum dikurniakan seorang yg paling dekat dihati, Allah kan lebih tahu! Selalu juga saya dengar keluhan perkataan-perkataan yang hanya menjatuhkan martabat diri mereka. Eeeeeei, jangan begitu. Tau tak kisah kiasan pokok epal. Ada epal yang mudah jatuh, dipijak2, lalu rosak dan membusuk. Ada epal yang rendah buahnya mudah dipetik, ada pula epal yang tinggi kedudukannya hingga sukar dicapai., hanya orang yang bertuah saja yang mampu memilikkinya.

Kepada sahabat muslimat dikasihi,
Bersyukurlah kita masih diselamatkan….. selamat dari apa? Mungkin keganasan ke, kezaliman, kekecewaan. Kejahilan. Sedangkan orang yang dah berkahwin pun kalau kita tengok2 keliling kita ada yang masih kecewa…… kawin-cerai kawin-cerai, dah kahwin bertahun2 belum dapat anak, ada juga yang dah ada anak tapi terasa hati bila tengok anak2 org lain dah besar2, ada pulak dapat anak waris jari hantu/setan bunuh keluarga sendiri.

So carilah ubat dengan munajat pada Allah, kalau kita mudah bersyukur dan sabar, semuanya tak jadi tekanan yang membunuh kehidupan.


Aku anak Sakiron,
Asalnya Syaakiruuna – anak orang yang bersyukur

Thursday, October 9, 2008

Cari la aura kita!

Penulisan hari ini adalah ulasan dari peristiwa semalam..
Sambil menunggu waktu berbuka puasa, saya menghadap tv menonton siaran ulangan ‘Bersama Dato’’ (DMFK) di channel astro. Tajuk yang Dato’ bawa dlm slot ni memang best buat aku tersenyum.

Muqaddimahnya ‘bagaimana nak membentuk aura sehebat Mawi, sehebat Siti, sehebat Mufti’ ha… kan best tu…. Ye la tiga-tiga nama yg disebut tu saya suka termasuklah Dato’ sekali (hak!).

Ingin diulas tambah sedikit sekadar berkongsi pendapat dgn para pembaca.

Betul ke setiap manusia ada aura? Kalau ada kenapa kita (kita org biasa) tak disebut2 macam nama Mawi?!! (semua trainee aku tau aku minat Mawi…maklum le kalau nak mencontohkan satu-satu benda, Mawi la yg senang nak dibuat contoh. Boring…… jek).

Kita imbas balik masa kita kecik2, masih comel2 walaupun sebatang gigi pun xde, pernah tak ada orang mengumpat, sakit hati dengan kita…. masa kita umur setahun dua, memang la kita tak tau apa berlaku pada kita, tapi cuba kita tengok baby, lahir-lahir je semua org suka. Nak peluk, nak cium besar sikit nak timang2. Ya.. masa kita kecil aura kita memang penuh menyelubungi diri kita. Kita belum pandai nak berdendam, belum pandai nak mendengki, belum pandai nak naik angin. Bila besar lagi sikit, kita mula mengenal dunia, dari situlah aura kita sedikit demi sedikit terhakis akibat tindakan kita yang tidak mampu untuk mengawal emosi jika tidak disemai semula. (kalau gitu shueq, [
www.imotivasi.com ] kan best kita ni masuk kategori muka budak. Kira aura masih kuat lagi tau! He… he…. )

Pasal aura warna, saya tak geti sangat la nak sebut tapi saya memang setuju sangat2 kenyataan Dato’ tentang tiga aura yang dekat dgn kita.

Aura fizikal
Aura emosi
Aura spiritual

Kalau kita yakin dengan Allah dengan sebenar-benar yakin, aura tempelan pun dah tak perlu lagi. Aura tempelan? ye..biasakan kita tengok org jual produk berasaskan aura, memang tak dinafikan ada yg memberi kesan (he…aku pun pernah cuba dulu) tapi percayalah, sesuatu yg fitrah jika digantungkan pada sesuatu yg bersifat makhluk juga akan cepat hilang hasilnya atau ia mungkin memberi mudarat kembali pada kita,

Tertarik dengan panggilan telefon dari seorang pendengar yangmengutarakan masalahnya. Walaupun dia seorang peramah dan ramai kawan tetapi masih ramai juga orang yang dengki, tak suka. Jawapan Dato’ juga menarik perhatian saya. Orang yang banyak cakap, banyak juga syaitannya (ampun! Maaf ye org peramah). Peramah yang dimaksudkan ialah peramah yang cakapnya susah nak berhenti. Bila banyak cakap, banyak silapnya, banyak salahnya. Mungkin kita tak perasan terkecikkan hati orang lain, mungkin kita cakap ter’over’, sampai membuatkan orang lain tak selesa. Sebab itu kita ada pepatah ‘action must better than speak louder’ atau peringatan agama ‘diam itu lebih baik dari bercakap’. Kan betul tu…

Saya akui memang tiadalah aura sehebat tiga nama yang disebutkan Dato’ tapi suka nak share tentang doa sebagai tangga memanjatkan permohonan pada Allah. Amalkan doa secara istiqamah (apa-apa pun nak buat kerja yg bagus mmg kena istiqamah), bacalah apapun doa dalam kitab2 atau saya cadangkan masuk blog Ustaz Zahazan Mohamed
www.zahazanmohamed.blogspot.com (lebih kurang promote jugak lah ni) cari doa untuk ‘dipandang mulia dan berkarisma’. Tapi ada syarat! Berdoa mestilah seiring dengan amalan/perbuatan. Kalau duk berdoa tapi perangai sengaja dibuat ala2 waris jari hantu/setan pun tak guna jadilah waris ahli syurga…..

*Moga jadi peringatan buat ku dan pembaca…….

Tuesday, October 7, 2008

Diari Syawal ketiga..

Alhamdulillah..panjang umur ku, kita berjumpa lagi.. Allah masih izinkan kita untuk bernafas..

1 nafas sedut, 1 nafas hembus... syukur!

cerita raya! cerita raya! nak habaq mai crita memori raya ni...
Tahun ni adalah raya yg amat bermakna bagi ku dan sedara-mara ku yg ada rasa yang sama macam aku. (apa la.. ko merepek ni..). Pagi 3 Syawal bertolak ke rumah Nyai di Muo (ni bahasa org Jawa, org melayu panggil nenek) lbh kurang jam 9.00am dengan 3 buah kereta anak beranak. sampai runah Nyai berbual dengan sepupu2, mak cik, pak cik. Gitu gini, gitu gini, mkn nasi yg kami bawa dari Labis lalu siap2 ke rumah atok sedara di Kg Parit Bulat. Rasa seronok nak lompat2 rupa-rupanya jadi konvoi lebh kurang.... 8@9 kereta. Dah terlalu lama tak rasa mcm ni. Nyailah org paling tua dlm rombongan ni, spt ibu membawa anak2 kecilnya bersiar2.... Hari Jumaat ni semua kena cepat. Sampai rumah Yaie Din (ni gelaran datuk), yg perempuan blh rehat berbual ngoceh2 lama sikit. yang lelaki gerak ke masjid. Rumah Yaie Din makan mee hun sup. siap rumah Yaie Din ke rumah wak Nor (orang Jawa ni byk panggil wak wak). Kejap je..pastu berangkat kerumah Nyai Pah. Ya Allah, Kau masih izinkan kami utk bertemu hamba-Mu di hujung usianya, syukur alhamdulillah!

Rumah terakhir, rumah Pak Long Busu. rumah Pak Long Busu ada Mak Long Baru, he he he. Dapat rasa masakan mak long baru, tom yam dengan nasi beriani.. aku terkedu..Pak long dah tak boleh bangun, terlantar atas katil...

Sepanjang perjlnn raya kami sekeluarga tahn ni, nama yg sgt2 famous di sebut ialah

Apan! Apan! Apan! Apan! Apan! Apan! Apan! Apan! Apan! Apan! Apan! Apan!

Siapa Apan? anak Pak Cik bongsu kami.. nama penuh Apan apa ek! Muhammad Zaffan klu tak silap..
umurnya baru 4 tahun, keletahnya memang buat kita org geram. asyik makan, makan dan makan. Petah cakapnya menggelikan hati walaupun kami x berapa paham sangat dengan loghat Sabahnya.

Habis setakat itu beraya di Muo.

Perjalanan balik memang lazim ikut adat Hj Sakiron mesti 'ngeteh' - istilah minum2 kt kedai sblm blk umah.
Kali ni kami ngeteh di Restoran ..............., Chaah. Adoi hai... order 8.20pm tapi pesanan aku smpi jam 9.00pm.

Sampi rumah, ada yg terus tidur kepenatan ada yg masih bertahan depan tv....

Tapi raya tahun ni 3 Syawal 1429H memang sukar dilupakan....akan ku simpan dalam kocek minda ku....

Friday, September 26, 2008

Beberapa hari tak update blog terasa sungguh jauh ketinggalan bila saya membuat kunjungan ke blog-blog ........... byk sangat la.. payah nak sebut satu-satu. Sifu-sifu blogger pun ada bagi nasihat, klu kita nak berkomitmen dgn blog update lah setiap hari, walaupun hanya dengan beberapa baris. Bukan malas tapi sibuk le.. pun begitu saya tak menganggap blog ini bebanan... kalau tak buat apa kita menulis blog, betul tak?

Ok la, tulisan saya kali ni.. berkisar pasal ibubapa (suka nak menambah sambung cerita dari post blog bro Hamzah).

Hari Raya sinonim bagi kita dengan memohon ampun dan maaf dari ibu bapa. Bagi yg bukan jd tabiat memang semasa hari raya sajalah masanya utk bersalaman ibu bapa.. kesian pada golongan kelompok ni..

Setiap hari kita melakukan dosa pada mereka, maka setiap hari kita wajar bersalaman memohon ampun. Tapi kita manusia ni seringkali terlupa..kita hanya melihat org lain yg menjadi anak tanggang kerana, kederhakaan itu nyata didepan mata. Tapi sebenarnya kita banyak melakukan ketersinggungan yg tak terperasankan oleh diri kita sendiri.

Teringat drama TV3 yang ditayangkan pada Sabtu lepas (tak ingat tajuk pulak) mengisahkan seorang anak (lakonan Zamarul Hisham) yg membuang ibubapanya untuk menjaga status. Apabila terkeluar dari mulut ibunya sampai tidak mengaku dia sebagai anak, hidup si anak automatik menjadi merana hina hingga ke saat disemadikan. Dosa kepada ibu bapa, Allah bayar tunai di dunia juga berbanding dosa yg lain..

Perlukan kaedah bersalam, memohon maaf memerlukan teknik tersendiri untuk menguatkan sifat anak itu sebagai anak yang mulia kepada ibubapa? Bagaimana si anak hendak menerapkan roh anak dalam diri di depan ibu bapanya?o...h

Hari Raya datang lagi, bagi yang tak biasa, tiba2 boleh tersipu2 malu, bila suara dah terkeluar mula teriak tangis pun membingit...

Wahai saudara ku, mari kita sedarkan diri kita, dunia hanya pinjaman... kita hidup melalui ibu dan ayah, saat lahir hingga hela nafas yg kita hembus sekarang, berapa banyak peluh yang mereka keluarkan? boleh kah kita bayar walau diletak contoh satu titik peluh berharga sekupang (RM0.10), boleh kira??

Akhir zaman, banyak anak jadi tuan kepada ibubapanya, jangan hendaknya kita jadi begitu, bantulah ibubapa kita di dunia dan akhirat? Akhirat? mcmmn, kita belum jumpe kiamat pun..!!?? Ada caranya...berjumpalah dengan ustaz/ustazah..bertanyalah..

Mohon berkat hidup dari tangan ibubapa, minta tiupan doa dari mereka. Allah akan beri perhatian untuk sedia dikabulkan. Mintalah doa mereka selagi mereka masih ada didunia.. jangan sampai menyesal hingga kita sendiri meratap di tepi kubur memanggil2 nama yang sudah tidak akan membuka matanya buat selama-lamanya.

**Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin' buat semua pengunjung blog 'cari rahsia'. Moga Allah berkati...

Tuesday, September 16, 2008

Dari hati seorang hamba..

Aku menulis hari ini 16 september 2008. Satu tarikh yang disedari oleh sebilangan, segolongan kelompok manusia yang celik politik. Aku bukanlah penggiat politik yang aktif untuk menjana kepentingan tetapi tulisan ku ini adalah dari detikan hati seorang bergelar hamba yang takut pada ketentuan-Nya atas peringatan ‘Kerosakkan yang berlaku di muka bumi ini adalah berpunca dari tangan manusia itu sendiri’

Bagaimana mana kita nak menyedarkan diri kita bahawa hidup kita ini hanya pinjaman (seperti kata boss aku). Andai manusia ingat akan janji semasa asal kejadian, pasti kita akan bertafakur penuh penyesalan. Kita banyak menumpahkan dosa pada diri dan sekeliling kita. Mari kita sucikan seluruh pancaindera kita..

Ya Allah selamatkan tanah pusaka bumi Malaysia kami ini. Jauhkan dari huru hara dan bala bencana. Ini antara petikan bacaan doa yang aku selalu dengar dari Mufti Johor, Datok Nuh Gadut sewaktu memulakan siaran radio best 104 Johor beberapa tahun lepas(sekarang dengar channel lain). Berikanlah kami petunjuk ke atas setiap perilaku kami, berikan kami petunjuk atas jalan hidup kami.

Dunia hari ini, manusia dilihat terlalu berani hingga terlupa akan ada yang lebih berkuasa. Lihat sajalah, dulu darah kotor ditumpahkan di negeri orang, darah kita darah perjuangan. Tapi kini darah kosong dan kotor berada dekat dengan kita. Dulu cerita, fitnah besar berada di tempat orang, kini semuanya dipersekitaran kita…benarlah tanda kiamat seperti yang tertulis di kebanyakan kitab-kitab.

Aku teringat salah satu post dari G-heart Muslim tentang solat. Memang ada logiknya jika perpecahan ummah hari ini berpunca dari solat jemaahnya yang sudah kurang sempurna dari sudut susunan saf-safnya. Sudah ramai juga yang melupakan Al-Quran, sebab itu hatinya mudah terpengaruh oleh ideologi sekular. Bila kita lihat sekeliling, saya akui masih ramai yang baca Quran, baca yassin tetapi… bila diamat-amati, subhanallah! Bacaan yang boleh diterima 1 per 50. Kenapa aku kata begitu? Apa ertinya bacaan Quran tanpa tajwid? Kan hancur namanya. Sedih yang amat bila dibuat kelas pelajaran Al-Qur an, berapa keratlah yang hadir… selain alasan-alasan yang cukup ringan utk mengelak. Bersyukurlah bagi mereka yang berusaha untuk belajar itu lebih baik tetapi itu tidak cukup untuk diwariskan kepada generasi sekampung dalam tempoh jangka panjang. Bimbang ‘charge’nya akan habis sebelum sampai waktu. Ini bukan rekaan, ini benar berlaku disetiap penglibatanku dalam pelbagai keadaan, pelbagai peringkat umur.

Natijahnya, ia membawa kepada… inilah apa yang berlaku kepada Negara kita.

Mari kita sama-sama berdoa untuk para pemimpin kita agar mendapat petunjuk, mari kita berdoa untuk saudara-saudara kita agar dilimpahi kasih sayang, mari kita berdoa untuk ahli keluarga kita agar dikuatkan sillaturrahim dan mari kita berdoa untuk diri kita sendiri agar diberi kekuatan bagi menghadapi arus akhir zaman ini..

Monday, September 15, 2008

Cinta si dia..

Sekali pandang mungkin tak terkesan mengusik jiwa, tapi bila dah mengena, uish! Terasa dialah terbaik buat ku…

Ha, ha.. anda fikir saya bercakap tentang siapa? ?? :) :P

Memperkenalkan cinta baruku
http://Sembangkomputer.com
Sejenak mengimbas detik pertemuan kami..
..Salah satu PC ofis ku sakit, kesian……nafasnya akan terhenti setiap kali di’inject’ pen drive. Lalu saya pun mencari sesiapa yang boleh membantu di layaran internet. Dan tiba2 ter’accident’ dengan tajuk LAJUKAN HARI ANDA DENGAN FARR. Bila diamati satu persatu, bibirku mula mengukir senyum yang tak putus. Mata ku bagai tak mahu melepaskan setiap satu baris ayat. Jariku bagai digam, bermagnet pada gerakan mouse dan ketukan keyboard. Dadaku sentiasa berdebar menanti setiap jelmaan post-postnya.

Sah! Aku jatuh cinta…

Wahai pembaca sekalian, alangkah bangga saya kalau dapat berkongsi kasih, ‘aku bukan kedekut’.

Mari-mari!!! Kita serbu sembangkomputer.com. Mungkin dialah yang anda cari. kita dibantu dan mungkin juga kita membantu. Apa yang dia ada? Ya, dia ada ilmu dan kemahiran yang tinggi nilainya.

Syukurnya aku pada Allah menemukan aku dengan dia…

*Baik……. punya promote!!

Friday, September 12, 2008

Lelaki Pilihan Siri 3

Diari Syeikh Abdul Kadir Jailani

Syeikh Abdul Kadir Jailani, bukan saja telah menyumbang ilmu melalui syarahan malah memberi makanan dan tempat tingal kepada anak2 muridnya di madrasah beliau pada tahun antara 528H hingga 561H (lebih kurang 3 tahun). Beliau juga membuat fatwa dan keputusan bagi pelbagai masalah tentang hukum dan syari'at islam. Oleh kerana terlalu bijaknya beliau dalam ilmu2 itu, maka tidak perlu lagi merujuk kitab atau berfikir2 lagi. Ramai bijak pandai pada zaman itu kagum dengan kepintarannya. Apabila beliau berpidato, maka beliau selalu menjawab yang beliau terlebih dulu mendapatkan keputusan dan petunjuk tuhan sebelum memberikan jawapan dengan menundukkan kepala sehingga kelihatan hebatnya atas rasa kehambaan.

Syeikh Abdul Kadir Jailani...beliau biasanya akan mengajar tiga hari dalam seminggu. Pada waktu pagi dan petang akan mengajar Tafsir, Hadis, Usul dll. Manakala selepas Zohor akan mengajar terjemahan Al-Qur an dan mencatat pendapatnya tentang soal2 hukum yang dikemukan kepadanya dari semua penjuru ilmu islam. Sebelum sembahyang Maghrib, sahabat beliau akan datang membawa roti dari gandum yang ditanam khas untuk beliau. Roti2 itu akan dipecahkan menjadi beberapa keping dan dibahagi2kan kepada fakir miskin dan selebihnya baru untuk dimakan sendiri.

Biasanya beliau berpuasa sepanjang tahun kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa. Pada masa berbuka, khadamnya bernama Muzaffar akan melaung memanggil sesiapa yang hendak makan roti boleh datang makan dan kemudian boleh berehat dan bermalam disitu. Ketika solat Isya', beliau akan bersendirian di dalam bilik untuk soalat sunat dan bertafakut kepada Allah yang Maha Esa hingga larut malam. Olh kerana itu ada masanya beliau keliahatan gemuk dan ada masanya kelihatan kurus. Adakalanya beliau akan berdiri dan membaca Al-Qur an sehingga 2/3 malam berlalu kemudian sujud bertafakur. Ucapan Assalamualaikum dan jawapannya akan kedengaran sehingga waktu Subuh.

Mengikut kepercayaan sufi, setelah seseorang itu mencapat tahap maqam (peringkat) wali, dia tidak perlu lagi melakukan sembahyang2 sunat kerana hatinya telah tetap kekal dengan Allah tidak lekang2 lagi. Oleh itu Syeikh Abdul kadir Jailani tidak perlu lg sembahyang sunat hingga larut malam untuk diri sendiri, tetapi sembahyang beliau adalah untuk kebaikkan anak2 muridnya. Beliau selalu berkata 'tangan beliau adalah di atas anak2 muridnya'. Semua anak2 muridnya telah mencapai matlamat mereka di dunia dan akhirat. Atas kesufiannya itu, beliau pernah bertanya kepada penunggu pintu neraka, adakah sesiapa dari sahabatnya yang masuk ke neraka? Jawapannya - tidak ada.

..Alangkah, beruntungnya mereka itu. Selawat dan salam atas nabi junjungan kita dan hadiah doa para wali Allah..

Wednesday, September 10, 2008

Lelaki Pilihan siri 2

Sudah terlalu lama benar rasanya saya meninggalkan post 'Lelaki Pilihan'. Tertangguh akibat kehilangan kitabnya. Hu hu..dah jumpe dah...saya mengambil masa untuk mengulangkaji semula. Selepas difikirkan.. susah untuk meninggalkan banyak perkara dari Kitab ini, saya mengambil keputusan untuk dipecahkan kepada beberapa siri.

Kali ini saya akan mengambil keratan2 mengenai salah satu syarahan Syeikh Abdul Kadir Jailani yang telah disampaikan kepada pendengarnya mengenai NAFSU DAN SIFAT SABAR. semoga menjadi ingatan dan panduan buat diriku dan pembaca semua...

"....Orang yang mengkritik Allah S.W.T kerana suatu takdir yang dijadikan oleh Allah kepadanya, adalah membelakangkan agama, tauhid, tawakkal dan keikhlasan, seorang mukmin akan menerima dengan redha segala yang ditakdirkan Allah keatas dirinya. Dia tidak mengetahui bagaimana dan apa sebenarnya dalam ilmu Allah. Oleh itu dia redha menerima takdir Allah itu.

Hawa nafsu itu adalah satu musuh besar. Oleh itu lawanlah dia dengan sedaya upayamu. Hawa nafsu sentiasa hendak menjahanamkan kamu. Jika nafsu itu dapat dikawal dan di'control' untuk menurut jalan Allah, maka dapatlah seseorang itu menghindarkan dosa dan maksiat dan menjlnkan perintah2 Allah. Janganlah hendaknya nafsu itu meng'control' seseorang. Capailah taraf nafsu yang MUTMA'INNAH (aman damai) seperti firman tuhan 'wahai nafsu yang aman tenteram, kembalilah kepada tuhanmu dengan redha lagi diredhai'.

Nafsu yang MUTMA'INNAH ini akan menjadi gila berahi dengan Allah dan segala dosa dan maksiat akan hapus darinya. Putuslah hubungan nafsu itu dengan makhluk. Lalu kembali kepada Allah S.W.T jadilah dia seperti moyangnya Nabi Ibrahim Alaihi salam. Semua nafsu yang angkara murka itu dihapuskan dan timbullah nafsu yang aman damai yang membawa kedamaian dan ketenteraman jiwa.


.......Wahai hamba2 Allah, mula2 kawallah nafsumu, kemudian barulah mengawal orang lain, sucikanlah nafsumu dan jangan kira orang lain kerana anda terpaksa membersihkan bayak perkara. Ketahuilah, diri anda sendiri sedang tenggelam, bagaimana anda hendak menolong orang lain? anda sendiri buta, bagaimana hendak menunjukkan jalan kepada orang lain? Hanya orang yang pakar berenang boleh menyelamatkan orang yang sedang tenggelam, dan hanya orang yang tidak buta yang boleh menunjukkan jalan. Hanya orang yang mempunyai makrifat Allah yang membimbing orang lain kepada Dia. Bagaimana orang yang tidak ada makrifat, membawa orang lain kepada Dia?

Selagi anda cinta kepada Allah dan bertindak kerana Allah, dan bukan kerana yang lain, dan selagi anda takut kepada Allah dan bukan kepada yang lain, maka anda tidak ada kuasa hendak mengkritik perbuatan2Nya. Hal ini dapat dicapaidengan menyucikan hati dan bukan dengan kata2 shj, dengan memencilkan diri dari orang ramai dan bukan dengan bergaul dengan orang ramai. Apabila tauhid berada dimuka pintu tetapi syirik berada di dalam rumah, maka itu adalah munafik! Anda salah dengan perkataan dan berdosa dengan perbuatan.....

....Dunia ini ibarat dapur bagi wali2. Dan akhirat adalah arkitek mereka. Apabila kasih kepada Allah bertambah, maka tertabirlah dia dari dunia ini. Jadilah objek dia itu Allah semata. Tidak perlu lagi kepada dia dunia dan akhirat pun.

Anda pembohong, dalam menikmati perkara2 yang baik, anda mengaku berdampingan dengan Allah. Apabila sesuatu bencana menimpa anda, anda lari seperti tidak ingat Allah lagi. Iman seseorang itu akan diuji. Apabila ditimpa bencana dari tuhan dan anda bersabar, maka itu menunjukkan anda berdampingan dengan tuhan, jika anda tidak bersabar, maka apa kata anda menganyatakan anda berdampingan dengan tuhan adalah kata2 yang palsu belaka. Dalam masa ujian inilah kepalsuan seseorang itu dapat dilihat. Rugilah orang yang berdusta itu...."

Friday, September 5, 2008

Pintu Ramadhan dengan ujian

Satu Ramadhan ku kali ini memberi sejarah..... Ya Allah.... tak sangka pulak terkena time ni, terperanjat. Semua urat ujung rambut sampai ujung kaki tegang. Bisa2 rasanya.

Dah lama tak kena demam, hah! kau.. ambik... berpakej aku dapat. Alhamdulillah.... tuhan bagi hadiah pencuci dosa..

Puasa pertama aku dan adik ke-4 ke Bandar Segamat untuk beli tiket adik bongsu balik Terengganu (sekali harga tiket naik, RM7!) lps raya nanti. Balik, sampi rumah je dah tak sedap badan. Aku guna tips mcm selalu 'jangan layan'.. tapi kali ni dia makin nak dekat, nak dekat. Rimas jugak. Akhirnya mlm tu, suhu badan mula naik. Aku minum air penyejuk 'cap badak', mkn vitamin utk tebus tenaga. Nampaknya kali ni aku kena akur dengan perjanjian Allah. Ya aku disahkan demam kuat (hhhh!!! mengigil tubuh seram sejuk).

Walaubagaimanapun, syukur aku masih boleh senyum, ketawa.., menjalankan ibadat seperti biasa. Seperti Puasa kita tak boleh kata ia gangguan hidup, begitu juga dengan ujian serangan demam. Ia sebenarnya beri peluang kita untuk berehat. Orang yang tidak sihat, emosinya mudah terganggu. Sewaktu menunggu giliran di klinik, aku pun pelik dlm lemah badan tu boleh menjadi pemberontak (dahsyat tu!!) menyimpan rasa geram (sebab lambat dipanggil). Rasa macam nak tendang2 dinding klinik tu. Kenapa jadi begitu? o.. itu menunjukkan kita masih ada jiwa yang kuat untuk memberi sesuatu pada diri. Apa kata tukarkan tindakan negatif itu kepada sentuhan positif untuk merangsang diri supaya cepat sembuh.

Kita cepat sembuh bukan setakat bergantung kepada ubat sahaja atau pemakanan tetapi terapi minda pun perlu dibelai supaya ia boleh menjadi sumber ubat kita cepat pulih.

Ini ujian bagi saya, saudara pula macammana? Apapun, hadapilah dengan tenang kerana dari ketenangan itu datangnya azimat yang menjadi ubat....

*pastikan diri boleh senyum dan ketawa dengan ikhlas dan kekal comel sentiasa... itu ubat sampingan.

Friday, August 29, 2008

Tag dari Norash

1)What were you doing 5 years ago5 Taun lepas,
Study di KKYPJ Segamat, seronok berprogram.... antara yang best join commitee X-treme PC Day Carnival

2)What were the 5 things on your to do list today?
1) Update PC office
2) Draft report utk meeting
3) Hantar sumbangan kpd customer syarikat sempena Ramdhan Al-Mubaraq
4) Update bilik- buku2 yang bersepah, lipatan&gantungan baju dlm wardrobe,
5) bersemuka dgn parent amik perkembangan meeting ...........?.........

3)What are 5 snacks that you enjoy?
1) Kepek Pisang
2) Kepek Ubi
3) Rempeyek
4) Mee siput (buatan Muo)
5) kopok ikan
(*Makanlah makanan buatan Malaysia, produk IKS lbh sedap dan berkhasiat dr produk resepi import)
Sokong makanan buatan islam, halal dan suci

4)What are 5 jobs you've had?
1) Operator
2) QC
3) PC
4) QA
5) Eks IT

5 People i want to tag :
1) Ustaz Arsyad
2) NurilHakim
3)
Sha
4) Hilal Asyraf
5)Izan

Wednesday, August 27, 2008

Wahai pemimpin kami!!

Hari ini 28 Ogos.....
Nantikan beberapa hari lagi untuk mendengar laungan MERDEKA kali ke-51 dan pengumuman 1 Ramadhan 1429H..
Detik ini kita cuba lihat disekeliling kita siapa mereka yang merayakan MERDEKA dengan budaya-budaya yang berbeza, bersesuaiankah dengan kecintaannya kepada Negara. Adakah sekadar laungan sahaja, adakah dengan gelek goyang, adakah dengan hiruk-pikuk rempit-merempit, adakah dengan botol arak dan kondom. Itulah kebanjiran yang diperdengarkan sejak akhir-akhir ini.

Wahai pemimpin kami,
Masih ada muda-mudi yang berjiwa Merdeka dengan semangat yang membara dengan ingatannya terhadap sejarah Negara. Masih ada muda-mudi yang menadah tangan kepada Ilahi untuk memohon kesejahteraan Negaranya..Dimana mereka ini? Ya.. mereka ada tetapi kebanyakan wajah mereka tidak disedari dek kerana julukan wajah-wajah menggila...

Wahai peminpin kami,
Kami tidak mahu Merdeka dengan hiburan yang melalaikan................
Kami tidak mahu wujud muda-mudi yang bakal menjadi golongan TERLUPA melalui hiburan yang melalaikan ini.........
Kami tidak mahu ada yang terjerumus ke lembah hina melalui hiburan yang melalaikan ini....
Kami tidak mahu!!!!!!!

Kami mahukan amalan yang boleh membataskan moral kami....
Kami mahu amalan baik diteruskan......
Setiap agama ada amalan yang baik untuk diamalkan
Teruskan yang itu.....
Amalan apa?
Doa, tafakur.......
Itu saja?
Buatlah apa saja asal berbatas

Ada hiburan...?
Ye... tetapi penjarakan kebebasannya

Kerana....
Esok Ramadhan menjelma...

Kenapa mesti sedar hanya kerana Ramadhan?
Itu lebih baik kerana...
akhir zaman banyak petanda yang tidak disedari
membuatkan kita terlupa, terleka....

Ramadhan yang datang...
pun dengan bermacam cerita dari umat yang terleka...
Mereka terlupa..

Cerita yang datang bukan dari muda-mudi saja
Tetapi setiap lapisan usia...
Mereka TERLUPA
apa sebabnya?
HIBURAN.....
Ya, penjarakan hiburan...
Kita akan terpedaya dengan muslihat(nya) kelak
yang akan menghancurkan kita sendiri...

Selamatkan kami wahai pemimpin..

* luahan hati dr insan yang tak pandai bersajak..

Tuesday, August 26, 2008

Seribu kemaafan....

Saya mohon maaf kepada pengunjung blog 'cari rahsia' kerana hingga kini masih belum menyambung post 'Lelaki Pilihan'....
Seminggu lepas, bilik saya telah dibuat rombakan besar-besaran... nak update jadik bilik pengantin. Bukan saya la.... adik. (aku bendul yang dilanggar!!!!) So katil ku yg penuh dgn serakan buku telah di punggah ke tempat yg tak dapat dipastikan....smpi saat ini saya masih mencari Kitab Syeikh Abdul Kadir Jailani. Terpaksa sorting satu-satu buku-buku dlm rak. Mak tuan.....

Harap pengnjung blog ku bersabar menantikan post sambungannya ye...

Wednesday, August 20, 2008

Ingat2 wajah kawan2

Memory birtday Cin Rin


rasa2 tag ni Kanesan yg create..


X-Treme PC Day Carnival my class,
Cantik Ajib create (ada gelaran group ni PerutAjibBulat)








Seronok depa orang ni!!





rasa2 masa program ni Jaja paling glamour disebut2 junior tapi Kalau ada Azam Penang memang kita semua lingkup..



Majlis perpisahan Cik Ana..Sapa yg jatuhkan meja dan nasi goreng kita habis terabur?? kah!kah! kah!



Baru 3 tahun tinggalkan kolej, jangan hendaknya semua di lupakan.
Semoga semua kawan-kawan berjaya dunia dan akhirat.........