Friday, September 26, 2008

Beberapa hari tak update blog terasa sungguh jauh ketinggalan bila saya membuat kunjungan ke blog-blog ........... byk sangat la.. payah nak sebut satu-satu. Sifu-sifu blogger pun ada bagi nasihat, klu kita nak berkomitmen dgn blog update lah setiap hari, walaupun hanya dengan beberapa baris. Bukan malas tapi sibuk le.. pun begitu saya tak menganggap blog ini bebanan... kalau tak buat apa kita menulis blog, betul tak?

Ok la, tulisan saya kali ni.. berkisar pasal ibubapa (suka nak menambah sambung cerita dari post blog bro Hamzah).

Hari Raya sinonim bagi kita dengan memohon ampun dan maaf dari ibu bapa. Bagi yg bukan jd tabiat memang semasa hari raya sajalah masanya utk bersalaman ibu bapa.. kesian pada golongan kelompok ni..

Setiap hari kita melakukan dosa pada mereka, maka setiap hari kita wajar bersalaman memohon ampun. Tapi kita manusia ni seringkali terlupa..kita hanya melihat org lain yg menjadi anak tanggang kerana, kederhakaan itu nyata didepan mata. Tapi sebenarnya kita banyak melakukan ketersinggungan yg tak terperasankan oleh diri kita sendiri.

Teringat drama TV3 yang ditayangkan pada Sabtu lepas (tak ingat tajuk pulak) mengisahkan seorang anak (lakonan Zamarul Hisham) yg membuang ibubapanya untuk menjaga status. Apabila terkeluar dari mulut ibunya sampai tidak mengaku dia sebagai anak, hidup si anak automatik menjadi merana hina hingga ke saat disemadikan. Dosa kepada ibu bapa, Allah bayar tunai di dunia juga berbanding dosa yg lain..

Perlukan kaedah bersalam, memohon maaf memerlukan teknik tersendiri untuk menguatkan sifat anak itu sebagai anak yang mulia kepada ibubapa? Bagaimana si anak hendak menerapkan roh anak dalam diri di depan ibu bapanya?o...h

Hari Raya datang lagi, bagi yang tak biasa, tiba2 boleh tersipu2 malu, bila suara dah terkeluar mula teriak tangis pun membingit...

Wahai saudara ku, mari kita sedarkan diri kita, dunia hanya pinjaman... kita hidup melalui ibu dan ayah, saat lahir hingga hela nafas yg kita hembus sekarang, berapa banyak peluh yang mereka keluarkan? boleh kah kita bayar walau diletak contoh satu titik peluh berharga sekupang (RM0.10), boleh kira??

Akhir zaman, banyak anak jadi tuan kepada ibubapanya, jangan hendaknya kita jadi begitu, bantulah ibubapa kita di dunia dan akhirat? Akhirat? mcmmn, kita belum jumpe kiamat pun..!!?? Ada caranya...berjumpalah dengan ustaz/ustazah..bertanyalah..

Mohon berkat hidup dari tangan ibubapa, minta tiupan doa dari mereka. Allah akan beri perhatian untuk sedia dikabulkan. Mintalah doa mereka selagi mereka masih ada didunia.. jangan sampai menyesal hingga kita sendiri meratap di tepi kubur memanggil2 nama yang sudah tidak akan membuka matanya buat selama-lamanya.

**Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin' buat semua pengunjung blog 'cari rahsia'. Moga Allah berkati...

Tuesday, September 16, 2008

Dari hati seorang hamba..

Aku menulis hari ini 16 september 2008. Satu tarikh yang disedari oleh sebilangan, segolongan kelompok manusia yang celik politik. Aku bukanlah penggiat politik yang aktif untuk menjana kepentingan tetapi tulisan ku ini adalah dari detikan hati seorang bergelar hamba yang takut pada ketentuan-Nya atas peringatan ‘Kerosakkan yang berlaku di muka bumi ini adalah berpunca dari tangan manusia itu sendiri’

Bagaimana mana kita nak menyedarkan diri kita bahawa hidup kita ini hanya pinjaman (seperti kata boss aku). Andai manusia ingat akan janji semasa asal kejadian, pasti kita akan bertafakur penuh penyesalan. Kita banyak menumpahkan dosa pada diri dan sekeliling kita. Mari kita sucikan seluruh pancaindera kita..

Ya Allah selamatkan tanah pusaka bumi Malaysia kami ini. Jauhkan dari huru hara dan bala bencana. Ini antara petikan bacaan doa yang aku selalu dengar dari Mufti Johor, Datok Nuh Gadut sewaktu memulakan siaran radio best 104 Johor beberapa tahun lepas(sekarang dengar channel lain). Berikanlah kami petunjuk ke atas setiap perilaku kami, berikan kami petunjuk atas jalan hidup kami.

Dunia hari ini, manusia dilihat terlalu berani hingga terlupa akan ada yang lebih berkuasa. Lihat sajalah, dulu darah kotor ditumpahkan di negeri orang, darah kita darah perjuangan. Tapi kini darah kosong dan kotor berada dekat dengan kita. Dulu cerita, fitnah besar berada di tempat orang, kini semuanya dipersekitaran kita…benarlah tanda kiamat seperti yang tertulis di kebanyakan kitab-kitab.

Aku teringat salah satu post dari G-heart Muslim tentang solat. Memang ada logiknya jika perpecahan ummah hari ini berpunca dari solat jemaahnya yang sudah kurang sempurna dari sudut susunan saf-safnya. Sudah ramai juga yang melupakan Al-Quran, sebab itu hatinya mudah terpengaruh oleh ideologi sekular. Bila kita lihat sekeliling, saya akui masih ramai yang baca Quran, baca yassin tetapi… bila diamat-amati, subhanallah! Bacaan yang boleh diterima 1 per 50. Kenapa aku kata begitu? Apa ertinya bacaan Quran tanpa tajwid? Kan hancur namanya. Sedih yang amat bila dibuat kelas pelajaran Al-Qur an, berapa keratlah yang hadir… selain alasan-alasan yang cukup ringan utk mengelak. Bersyukurlah bagi mereka yang berusaha untuk belajar itu lebih baik tetapi itu tidak cukup untuk diwariskan kepada generasi sekampung dalam tempoh jangka panjang. Bimbang ‘charge’nya akan habis sebelum sampai waktu. Ini bukan rekaan, ini benar berlaku disetiap penglibatanku dalam pelbagai keadaan, pelbagai peringkat umur.

Natijahnya, ia membawa kepada… inilah apa yang berlaku kepada Negara kita.

Mari kita sama-sama berdoa untuk para pemimpin kita agar mendapat petunjuk, mari kita berdoa untuk saudara-saudara kita agar dilimpahi kasih sayang, mari kita berdoa untuk ahli keluarga kita agar dikuatkan sillaturrahim dan mari kita berdoa untuk diri kita sendiri agar diberi kekuatan bagi menghadapi arus akhir zaman ini..

Monday, September 15, 2008

Cinta si dia..

Sekali pandang mungkin tak terkesan mengusik jiwa, tapi bila dah mengena, uish! Terasa dialah terbaik buat ku…

Ha, ha.. anda fikir saya bercakap tentang siapa? ?? :) :P

Memperkenalkan cinta baruku
http://Sembangkomputer.com
Sejenak mengimbas detik pertemuan kami..
..Salah satu PC ofis ku sakit, kesian……nafasnya akan terhenti setiap kali di’inject’ pen drive. Lalu saya pun mencari sesiapa yang boleh membantu di layaran internet. Dan tiba2 ter’accident’ dengan tajuk LAJUKAN HARI ANDA DENGAN FARR. Bila diamati satu persatu, bibirku mula mengukir senyum yang tak putus. Mata ku bagai tak mahu melepaskan setiap satu baris ayat. Jariku bagai digam, bermagnet pada gerakan mouse dan ketukan keyboard. Dadaku sentiasa berdebar menanti setiap jelmaan post-postnya.

Sah! Aku jatuh cinta…

Wahai pembaca sekalian, alangkah bangga saya kalau dapat berkongsi kasih, ‘aku bukan kedekut’.

Mari-mari!!! Kita serbu sembangkomputer.com. Mungkin dialah yang anda cari. kita dibantu dan mungkin juga kita membantu. Apa yang dia ada? Ya, dia ada ilmu dan kemahiran yang tinggi nilainya.

Syukurnya aku pada Allah menemukan aku dengan dia…

*Baik……. punya promote!!

Friday, September 12, 2008

Lelaki Pilihan Siri 3

Diari Syeikh Abdul Kadir Jailani

Syeikh Abdul Kadir Jailani, bukan saja telah menyumbang ilmu melalui syarahan malah memberi makanan dan tempat tingal kepada anak2 muridnya di madrasah beliau pada tahun antara 528H hingga 561H (lebih kurang 3 tahun). Beliau juga membuat fatwa dan keputusan bagi pelbagai masalah tentang hukum dan syari'at islam. Oleh kerana terlalu bijaknya beliau dalam ilmu2 itu, maka tidak perlu lagi merujuk kitab atau berfikir2 lagi. Ramai bijak pandai pada zaman itu kagum dengan kepintarannya. Apabila beliau berpidato, maka beliau selalu menjawab yang beliau terlebih dulu mendapatkan keputusan dan petunjuk tuhan sebelum memberikan jawapan dengan menundukkan kepala sehingga kelihatan hebatnya atas rasa kehambaan.

Syeikh Abdul Kadir Jailani...beliau biasanya akan mengajar tiga hari dalam seminggu. Pada waktu pagi dan petang akan mengajar Tafsir, Hadis, Usul dll. Manakala selepas Zohor akan mengajar terjemahan Al-Qur an dan mencatat pendapatnya tentang soal2 hukum yang dikemukan kepadanya dari semua penjuru ilmu islam. Sebelum sembahyang Maghrib, sahabat beliau akan datang membawa roti dari gandum yang ditanam khas untuk beliau. Roti2 itu akan dipecahkan menjadi beberapa keping dan dibahagi2kan kepada fakir miskin dan selebihnya baru untuk dimakan sendiri.

Biasanya beliau berpuasa sepanjang tahun kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa. Pada masa berbuka, khadamnya bernama Muzaffar akan melaung memanggil sesiapa yang hendak makan roti boleh datang makan dan kemudian boleh berehat dan bermalam disitu. Ketika solat Isya', beliau akan bersendirian di dalam bilik untuk soalat sunat dan bertafakut kepada Allah yang Maha Esa hingga larut malam. Olh kerana itu ada masanya beliau keliahatan gemuk dan ada masanya kelihatan kurus. Adakalanya beliau akan berdiri dan membaca Al-Qur an sehingga 2/3 malam berlalu kemudian sujud bertafakur. Ucapan Assalamualaikum dan jawapannya akan kedengaran sehingga waktu Subuh.

Mengikut kepercayaan sufi, setelah seseorang itu mencapat tahap maqam (peringkat) wali, dia tidak perlu lagi melakukan sembahyang2 sunat kerana hatinya telah tetap kekal dengan Allah tidak lekang2 lagi. Oleh itu Syeikh Abdul kadir Jailani tidak perlu lg sembahyang sunat hingga larut malam untuk diri sendiri, tetapi sembahyang beliau adalah untuk kebaikkan anak2 muridnya. Beliau selalu berkata 'tangan beliau adalah di atas anak2 muridnya'. Semua anak2 muridnya telah mencapai matlamat mereka di dunia dan akhirat. Atas kesufiannya itu, beliau pernah bertanya kepada penunggu pintu neraka, adakah sesiapa dari sahabatnya yang masuk ke neraka? Jawapannya - tidak ada.

..Alangkah, beruntungnya mereka itu. Selawat dan salam atas nabi junjungan kita dan hadiah doa para wali Allah..

Wednesday, September 10, 2008

Lelaki Pilihan siri 2

Sudah terlalu lama benar rasanya saya meninggalkan post 'Lelaki Pilihan'. Tertangguh akibat kehilangan kitabnya. Hu hu..dah jumpe dah...saya mengambil masa untuk mengulangkaji semula. Selepas difikirkan.. susah untuk meninggalkan banyak perkara dari Kitab ini, saya mengambil keputusan untuk dipecahkan kepada beberapa siri.

Kali ini saya akan mengambil keratan2 mengenai salah satu syarahan Syeikh Abdul Kadir Jailani yang telah disampaikan kepada pendengarnya mengenai NAFSU DAN SIFAT SABAR. semoga menjadi ingatan dan panduan buat diriku dan pembaca semua...

"....Orang yang mengkritik Allah S.W.T kerana suatu takdir yang dijadikan oleh Allah kepadanya, adalah membelakangkan agama, tauhid, tawakkal dan keikhlasan, seorang mukmin akan menerima dengan redha segala yang ditakdirkan Allah keatas dirinya. Dia tidak mengetahui bagaimana dan apa sebenarnya dalam ilmu Allah. Oleh itu dia redha menerima takdir Allah itu.

Hawa nafsu itu adalah satu musuh besar. Oleh itu lawanlah dia dengan sedaya upayamu. Hawa nafsu sentiasa hendak menjahanamkan kamu. Jika nafsu itu dapat dikawal dan di'control' untuk menurut jalan Allah, maka dapatlah seseorang itu menghindarkan dosa dan maksiat dan menjlnkan perintah2 Allah. Janganlah hendaknya nafsu itu meng'control' seseorang. Capailah taraf nafsu yang MUTMA'INNAH (aman damai) seperti firman tuhan 'wahai nafsu yang aman tenteram, kembalilah kepada tuhanmu dengan redha lagi diredhai'.

Nafsu yang MUTMA'INNAH ini akan menjadi gila berahi dengan Allah dan segala dosa dan maksiat akan hapus darinya. Putuslah hubungan nafsu itu dengan makhluk. Lalu kembali kepada Allah S.W.T jadilah dia seperti moyangnya Nabi Ibrahim Alaihi salam. Semua nafsu yang angkara murka itu dihapuskan dan timbullah nafsu yang aman damai yang membawa kedamaian dan ketenteraman jiwa.


.......Wahai hamba2 Allah, mula2 kawallah nafsumu, kemudian barulah mengawal orang lain, sucikanlah nafsumu dan jangan kira orang lain kerana anda terpaksa membersihkan bayak perkara. Ketahuilah, diri anda sendiri sedang tenggelam, bagaimana anda hendak menolong orang lain? anda sendiri buta, bagaimana hendak menunjukkan jalan kepada orang lain? Hanya orang yang pakar berenang boleh menyelamatkan orang yang sedang tenggelam, dan hanya orang yang tidak buta yang boleh menunjukkan jalan. Hanya orang yang mempunyai makrifat Allah yang membimbing orang lain kepada Dia. Bagaimana orang yang tidak ada makrifat, membawa orang lain kepada Dia?

Selagi anda cinta kepada Allah dan bertindak kerana Allah, dan bukan kerana yang lain, dan selagi anda takut kepada Allah dan bukan kepada yang lain, maka anda tidak ada kuasa hendak mengkritik perbuatan2Nya. Hal ini dapat dicapaidengan menyucikan hati dan bukan dengan kata2 shj, dengan memencilkan diri dari orang ramai dan bukan dengan bergaul dengan orang ramai. Apabila tauhid berada dimuka pintu tetapi syirik berada di dalam rumah, maka itu adalah munafik! Anda salah dengan perkataan dan berdosa dengan perbuatan.....

....Dunia ini ibarat dapur bagi wali2. Dan akhirat adalah arkitek mereka. Apabila kasih kepada Allah bertambah, maka tertabirlah dia dari dunia ini. Jadilah objek dia itu Allah semata. Tidak perlu lagi kepada dia dunia dan akhirat pun.

Anda pembohong, dalam menikmati perkara2 yang baik, anda mengaku berdampingan dengan Allah. Apabila sesuatu bencana menimpa anda, anda lari seperti tidak ingat Allah lagi. Iman seseorang itu akan diuji. Apabila ditimpa bencana dari tuhan dan anda bersabar, maka itu menunjukkan anda berdampingan dengan tuhan, jika anda tidak bersabar, maka apa kata anda menganyatakan anda berdampingan dengan tuhan adalah kata2 yang palsu belaka. Dalam masa ujian inilah kepalsuan seseorang itu dapat dilihat. Rugilah orang yang berdusta itu...."

Friday, September 5, 2008

Pintu Ramadhan dengan ujian

Satu Ramadhan ku kali ini memberi sejarah..... Ya Allah.... tak sangka pulak terkena time ni, terperanjat. Semua urat ujung rambut sampai ujung kaki tegang. Bisa2 rasanya.

Dah lama tak kena demam, hah! kau.. ambik... berpakej aku dapat. Alhamdulillah.... tuhan bagi hadiah pencuci dosa..

Puasa pertama aku dan adik ke-4 ke Bandar Segamat untuk beli tiket adik bongsu balik Terengganu (sekali harga tiket naik, RM7!) lps raya nanti. Balik, sampi rumah je dah tak sedap badan. Aku guna tips mcm selalu 'jangan layan'.. tapi kali ni dia makin nak dekat, nak dekat. Rimas jugak. Akhirnya mlm tu, suhu badan mula naik. Aku minum air penyejuk 'cap badak', mkn vitamin utk tebus tenaga. Nampaknya kali ni aku kena akur dengan perjanjian Allah. Ya aku disahkan demam kuat (hhhh!!! mengigil tubuh seram sejuk).

Walaubagaimanapun, syukur aku masih boleh senyum, ketawa.., menjalankan ibadat seperti biasa. Seperti Puasa kita tak boleh kata ia gangguan hidup, begitu juga dengan ujian serangan demam. Ia sebenarnya beri peluang kita untuk berehat. Orang yang tidak sihat, emosinya mudah terganggu. Sewaktu menunggu giliran di klinik, aku pun pelik dlm lemah badan tu boleh menjadi pemberontak (dahsyat tu!!) menyimpan rasa geram (sebab lambat dipanggil). Rasa macam nak tendang2 dinding klinik tu. Kenapa jadi begitu? o.. itu menunjukkan kita masih ada jiwa yang kuat untuk memberi sesuatu pada diri. Apa kata tukarkan tindakan negatif itu kepada sentuhan positif untuk merangsang diri supaya cepat sembuh.

Kita cepat sembuh bukan setakat bergantung kepada ubat sahaja atau pemakanan tetapi terapi minda pun perlu dibelai supaya ia boleh menjadi sumber ubat kita cepat pulih.

Ini ujian bagi saya, saudara pula macammana? Apapun, hadapilah dengan tenang kerana dari ketenangan itu datangnya azimat yang menjadi ubat....

*pastikan diri boleh senyum dan ketawa dengan ikhlas dan kekal comel sentiasa... itu ubat sampingan.