Thursday, April 30, 2009

Lagi-lagi anugerah artis

mmm..... dirasakan akhir-akhir ini dah banyak sangat program anugerah untuk hiburan. Ye lah akhir zaman ni... benda-benda macam yang akan diangkat menjadi mertabat tertinggi. Entahlah mungkin sebab umur dah meningkat ke atau hiburan sekarang makin melampau.. saya seakan tertolak dengan hiburan yg lagha ni... bukan membenci kepada hiburan tapi seperti kata Al-Ustaz Akhill Hayy, berhibur boleh tapi kena berbatas, kena dikawal. Barulah Nabil akan sempat berfikir 20x kali sebelum memeluk. Hebat juga diperkatakan tentang isu pelajar AF yang memeluk gurunya yg disifatkan kekeluargaan. Pening kepalo eden! Selepas AF Zahid dan AF Mawi, saya tak mengikut perkembangan, tak le tau cerita tapi bila dah buka paper, on-line inetrnet, itu ceritanya... apa lagi tak banyak sikit benda tu tetap terjadi cuma prosesnya tak diketahui.

Baru berlalu Anugerah Bintang Popular BH, lepas ni Anugerah apa lagi... Yang harunya, selepas2 majlis tu, ada saja media yang mengeluarkan satu laman khas berkaitan fesyen artis. Masya Allah, rasa macam nak gugur satu-satu bulu mata aku menengoknya...

Moga2 mereka ini sempat kembali sebelum dijemput dalam keadaan yg haru-biru ini. Contohi Amy Search (ha... aku pun boleh kata peminat juga), Ustaz Akhill Hayy, Hajah Siti Nurhaliza (sikit... lagi dah nak tutup penuh), Fauziah Dato' Ahmad Daud dll yg mgkin sy tak perasan.

Apapun apa yg berlaku dikeliling kita ingatan buat kita. Yang bertudung labuh pun boleh goyah, berkopiah boleh tergugat, kesimpulannya... mesti beringat dan saling mengingat, sendrik mau ingat!.

Saturday, April 25, 2009

Melumpuh senjata iblis syaitan

'Melumpuhkan senjata iblis dan syaitan' itulah tajuk buku yang sdg saya baca untuk minggu ini. Saya bukanlah peminat kepada drama hantu, siri seram... namun jauh lebih dari itu cuba mendalami ilmu yang bersangkut paut dengan Tasauf. Tidaklah dikatakan Tasauf itu suatu ilmu yg menerangkan tentang perjalanan susurgalur hantu pontianak. Tidak juga menceritakan skop sempit tentang kewujudan jin, iblis.

Ia bertitik tolak dari peranan mendekatkan diri kepada Allah, belajar untuk mengenal dan menyintai yang Esa, belajar untuk menjiwai rasa hidup bertuhan. Pernah saya membaca kitab mengenai biografi 'Syeikh Abdul Kadir Jailani'. Beliau pernah berbicara dengan iblis; dimana iblis menyamar sebagai tuhan sengaja menguji tahap ketebalan iman beliau dikatanya tuhan telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Hakikatnya Syeikh Abdul Kadir Jailani tidak terusik sedikit pun hatinya pada godaan itu. Pernah juga satu ketika dikatakan kurang siuman kerana Syeikh Abdul Kadir Jailani merasa hiruk pikuk merasai perkongsian hidup dunia ini dengan makhluk Allah berupa jin yang sarat memenuhi segenap alam.

Kalau Syeikh Abdul Kadir Jailani sebagai wali Allah merasainya, apatah lagi para Nabi Allah.

Anda? Kita?

Lihat kiri kanan anda yg paling dekat di bahu, depan anda paling dekat dimata, belakang anda paling dekat di tengkuk, di atas anda paling dekat di kepala... ada sesiapa? ada....

Kalau manusia dari keturunan Adam, jin pula dari keturunan Jaan. Yang paling jahat, kejam, sakti adalah jin ifrit. (baca kisah Nabi Sulaiman)

Pada manusia banyak laluan masuk untuk menghuni hati manusia. Bolehkah kita menghalangnya dari masuk menghuni hati kita? mampukah kita melawan serangannya? Jawabnya.. boleh...

Bagaimana caranya?

Setakat ini, apa yg anda amalkan dalam kehidupn harian? Kalau makan pun terlupa membaca bismillah.. hmmm apa lagi yg lain.... senyum aje pak iblis itu.

Kalau baju ketat birat menonjolkan yg depan dan belakang, berjoget sakan le abang2 syaitan itu...

Na'uzubillah....

Ingatlah, ketika iblis disuruh sujud di depan Adam, dia lagi bongkak, lihatlah betapa kita ini manusia yg mulia berbanding dia. Tapi itu la... kita ini selalu terlupa...

Oleh itu, janganlah kita putus berdoa akan tidak melupakan-Nya. Andai kita terlupakan-Nya, itulah syaitan yg mudah menerobos hati-hati kita, subhanallah......

Thursday, April 23, 2009

cantik wanita

Jumaat ini.....
Terasa lain juga kalau bercuti hari biasa begini. Rasa rindu juga dengan Pembudayaan Qur an di office baca Al-Qur an jemaah walaupun sekerat dua tiga orang ahli. Rindu nak bertazkirah ringkas. Idak le hebat sangat tapi kalau satu ayat bermaksud yg menyentuh jiwa dibuat secara istiqamah, kesannya adalah penawar untuk diri.

Pagi ini ke Perpustakaan Desa Labis, memulang dan meminjam buku. Pn. Suhana (pustakawan) memuji penampilan.. mmm... telahannya 'nak gi dating ke?' oh! no...... agaknya org berdating memang memerlukan penampilan khas ea... aku mmg begini le..

Pujian itu ku kembalikan pada Allah dan moga Allah mengurniakan anak yg cantik juga di dalam kandungannya.. amin

Semua orang perlu berpenampilan indah sesuai dengan tempatnya. Penampilan indah, cantik, tidak terletak pada jenama pakaian, suit aksesori digayakan, ketebalan dan colouful tepek make-up yang terhias diwajah namun dimana kita mula berhias dengan niat lillahi taala.

Dalam laman komuniti Salam Cyber yang saya lawati baru ini ada ahli yg menulis post tentang kecantikan wanita (tak ingat tajuknya), lalu sy memberi komen; cuba buat kaji selidik org di sekeliling kita, berapa org yg mengamalkan doa/niat ketika bercermin. Berapa org yg boleh terus melafaz, berapa orang yang tersipu2 malu (macam ingat2 lupa gitu), berapa org yg geram sbb rasa kebengangan.

Sedar atau tidak perkara yg dianggap kecil ini juga diberi perhatian kerana ia memberi kesan besar pada penghidupan. Jika dilihat pada persekitaran hari ini, tiada kesedaran lillahi taala selalu manusia terpesong. Dari kesilapan tidak disengaja, atau jahil menjadi tabiat yang buruk sukar ditinggal. Isu susuk, botox dan sebagainya, tidak akan berlaku jika manusia memahami hakikat kejadian manusia yang berasal dari air hina.

Satu masa sy pernah dikritik akan penampilan yg tidak terampil semasa menghadiri temuduga mendapatkan satu projek utk syarikat. waktu itu, sy tidaklah menyalahkan mereka dan tidak juga merendah diri sendiri serendah-rendahnya. Namun teguran orang lain yg menilai kita mesti diterima dengan memikirkan semula cara mengaplikasikan perubahan yg bersesuaian diri kita. Tidak semestinya kita terus membuat perubahan drastik menjadi sebaliknya dari yang tersedia ada. Berubahlah asalkan tidak melanggar batas agama.

Hai kaum wanita,
Mari kita pelihara diri kita utk menjadi manusia yg sesuai diberikan haknya kepada yang berhak sahaja.

Tuesday, April 21, 2009

Cinta dan benci kerana Allah

“Orang muslim yang kuat imannya tidak mencintai sesuatu kecuali kerana Allah. Dan tidak pula membenci sesuatu, kecuali benci kerana Allah. Oleh kerana itu ia akan mencintai atau membenci sesuatu kalau Allah dan Rasul-Nya mencintai atau membencinya”

Saya menulis ayat tersebut dari sebuah kitab ‘PEDOMAN HIDUP MUSLIM’ bab 7 Adab Bersaudara kerana Allah cinta dan benci kerana Allah. Kitab ini karangan Abu Bakr Jabir Al-Jazairi. (Buku ini dibeli oleh adik saya, Cikgu Fadzilah masa dia masih menuntut di UPM, sekarang mengajar di Sek St Andrew Muar ).

Tertarik untuk menulis post tentang persaudaraan islam atas tarikan-tarikan istimewa yang berlaku pada diri saya beberapa hari kebelakangan ini. Betapa sayangnya Allah pada hamba-Nya akan diuji atas kesabaran yang mampu ditampung untuk menerima hadiah anugerah di hari kemudiannya.

Didatangi oleh insan-insan yang mengingatkan aku pada-Nya….oh! sungguh indah hidup ini.

Sabda Nabi Muhammad (S.A.W):
“Seorang laki-laki berkunjung kepada saudaranya kerana Allah. Lalu Allah menyuruh seorang Malaikat untuk mengikuti laki-laki itu. Malaikat bertanya; Mahu kemana kamu? Ia menjawab: Aku mahu mengunjungi saudaraku si Fulan. Malaikat berkata: Apakah engkau punya keperluan dengannya? Laki-laki itu menjawab: Tidak ada! Malaikat berkata: Apakah kerana pertalian kerabat antara engkau dan dia? Laki-laki itu menjawab: Tidak! Malaikat berkata: Barangkali ada satu nikmatnya dengan kunjunganmu padanya? Laki-laki itu menjawab: Tidak! Malaikat bertanya: Kalau begitu apa keperluanmu? Laki-laki itu menjawab: Aku menyenangi dia kerana Allah. Malaikat berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus aku untuk menyampaikan berita kepada kamu, bahawa Allah mencintaimu, kerana engkau mencintai-Nya. Maka Allah menwajibkan kamu masuk Syurga” (Riwayat Muslim).

Saya masukkan beberapa perkara penting dalam tajuk bersaudara atau istilah biasa disebut bersahabat;

Adab orang yang ingin dijadikan saudara

Diantara adab orang yang akan dijadikan sahabat adalah:

a) Orang berakal, sebab tak ada kebaikkannya berkawan dan bersaudara dengan orang yang dungu. Kerana terkadang mereka itu dapat membahayakan dan hanya ingin mengambil keuntungan.
b) Baik budi pekertinya, kerana buruk akhlaknya walaupun berakal kadang-kadang dikalahkan oleh dorongan hawa nafsunya atau dikuasai oleh amarah sehingga berakibat buruk sahabatnya.
c) Orang taqwa, kerana orang fasik yang tidak taat kepada Tuhannya tidak aman bagi orang yang berada dekat dengan-Nya. Kadang-kadang dia berbuat suatu kejahatan kepada sahabatnya sendiri dengan tidak mempedulikan persahabatan dan sebagainya. Sebab orang yang tidak takut kepada Allah, tidak takut pula kepada hal-hal lainnya.
d) Menekuni kitab dan sunnah, menjauhkan diri dari khurafat dan bid’ah, kerana tukang bid’ah kadang-kadang mebawa sial bagi sahabatnya.Tukang bid’ah dan khurafat harus dijauhi, sebab tak mungkin dapat membina persahabatan.

Perkara ‘bersaudara’ amat luas definisi dalam kehidupan. Saudara dalam keluarga, saudara dalam bersahabat, saudara dalam masyarakat, saudara sesama insan.

Menyebut tentang adab bersaudara, saya tersenyum sendiri mengenang memori semalam. Seorang trainee, cukuplah saya gelarkan ‘S’, meluahkan rasa debaran menjelang hari bahagianya. Namun apa yang menarik disebalik perbualan singkat kami, dapat dirasakan betapa Allah menganugerahi dia dengan jalan kehidupan yang indah nur islamnya, insya Allah. Selama saya berkhidmat disini pun, dia antara trainee yang mempunyai perilaku budi pekerti indah. Pertuturan, pakaian, akhlak, amalan yang cukup enak dipandang dan didampingi. Mungkin dibesarkan dan dipelihara dalam keluarga memberatkan amalan, itu pengaruh dan kesan apa yang dimilikki dan dipersembahkan kepada masyarakat. Bakal bertemu jodoh pula dengan seorang hamba Allah yang pernah berpengalaman hidup di bumi anbiya’…

Walaupun S bukanlah ‘sahabat’ yang sebaya yang pernah makan sepinggan, tidur sebantal, namun saya menyenangi kehadirannya yang sekejap ini sebagai saudara dan anugerah kerana cantik akhlak yang mengingatkan aku pada-Nya.

Semoga ‘S’ diberkati Allah hendak-Nya, selama dilimpahi rahmat kasih-sayang-Nya.

Mudah-mudahan Allah memelihara persaudaraanku kepada semua saudara-saudaraku….amin.

Bunyi itu..

Waktu rehat makan tengah hari, saya ke restoran berdekatan untuk mebeli makanan tengah hari. Wah! Manyak ontong hari ni, ramai pelanggan. Kalau aku jadi tokey pun senyum panjang, duit masyuuuk.Suasana nampak meriah, bisingla dengan suara bual pelanggan, para pekerja dengan peranan masing-masing dan hiburan muzik membingit (macam lebih dari satu radio. Sambil tunggu order bungkus, duduk la sekejap baca tajuk-tajuk menarik akhbar Berita Harian. Tiba-tiba, pendengaran ku menangkap satu bunyi unik dicelah-celah kebisingan muzik lagu-lagu Melayu yang sedang berkumandang. Saya cuba menarik sepenuh perhatian pada bunyian itu….. sayup2 terdengar tenggelam timbul ….

Hingga suara pada bunyian itu hilang, otak saya masih ligat memikir dan hati berdetak sepintas mengingat pada jam ini dinihari….Oh! itu AZAN.

Sungguh malang nasib manusia zaman ini. Antara azan dan lagu sudah tidak dapat dibezakan keutamaannya. Azan tenggelam dalam lagu. Tuntutan manusia kepada duniawi menyebabkan lupa dan alpa..

Sabda Nabi;
“Jika kamu mendengar muazin, maka ucapkanlah seperti muazin, kemudian bacalah selawat untukku. Sesungguhnya siapa yang berselawat padaku sekali, maka Allah akan memberinya rahmat sepuluh. Kemudian jadikanlah aku sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah, kerana wasilah itu suatu manzilah (kedudukan) di syurga. Dan aku mengharapkan agar aku menjadi wasilah melalui aku, maka dia berhak atas syafaatku”

Isunya disini, kalau azan pun dah sayup-sayup antara dengar dan tidak, jadi ia terpinggir. Bagaimanakah manusia hendak mengambil peluang untuk menjawab muazin. Bagaimanakah manusia yang tanpa disedari sebenarnya dia mendapat nikmat peluang syafaat.

Jangan pula nnti akan ada orang bertanya ‘apa itu syafaat’?

*Teringat waktu sekolah rendah dulu, cikgu-cikgu akan berhenti mengajar sekejap di dalam kelas kerana menghormati azan, lunak, lantang sepelaungan mikrofon jauhnya…
- Sekolah Kebangsaan Labis bersebelahan dengan Masjid Jamek Labis

- Rutinku setiap hari Isnin, menghantar dan menjemput emak di masjid untuk Kelas Berzanjinya…..moga Allah mengizinkan aku untuk istiqamah dalam rutinku ini..amin..

Monday, April 20, 2009

Rindu pada .......

Sungguh indah anugerah Allah bagi org yang tahu menilai erti syukur.

Satu masa aku pernah merindui insan insan ini, terkesan hubungan sillaturrahim kami terjalin atas nama agama. Allah menganugerahkan insan ini sungguh unik diatas pertalian yg sungguh ampuh sekalipun bukan terzahir di depan mata.

Hari ini, kehadiran seorg tetamu di ofis sangat menarik perhatian ku membuat aku memberi lebih dari apa yg diminta. Dapat ku rasa dia agak terkejut dgn keterujaanku melayannya. Ya, tetamu ini mengingatkan aku akan insan yang aku rindu.... Kak Alang. Kak Alang, teman semasa kami menghadiri kursus Market Intelligent di Kota Bharu tahun 2006 lalu. Kami berkenalan dan bertemu dlm kejap tapi entah kenapa terasa dekat dan sejuk ketika bersamanya.

Kak Lang adalah graduan dari Mesir dan kini menetap di Shah Alam berkhidmat sebagai guru JQAF. Cikgu Sri (tetamu yg ku anggap hadiah istimewa dari Allah ini) mengingatkan aku pada Kak Lang, kelembutan bahasa, keindahan salam ukhwahnya, lipat tudung labuhnya, melegakan kerinduanku pada Kak Alang... ah... serasa macam lega sdkit.

Kak Lang, sy berjanji dgn diri saya utk bertemu akak suatu hari nnti, moga Allah mengizinkan..... Kenapa saya merasa akak begitu penting dlm hidup saya. mm... akak memberi saya jawapan-jawapan dlm persoalan agamaku....

*Adakah orang lain tidak penting? atau kurang penting?
.... aku mencari kelebihan setiap manusia.

Thursday, April 9, 2009

Rancangan dengan abah

Rabu 8 April 2009, cuti umum bagi Negeri Johor..
saya menyusun jadual dengan abah utk projek kami waktu menjamu sarapan.....
he... rancang merancang akhir lewat laksana... hmm... macammn ni... apapun ia menjadi juga.

Lepas solat zuhur kami bersiap utk ke satu tempat ....

Dengan RM100 dimodalkan membeli anak-anak pokok Limau Kasturi yg akan menjadi projek mini kami. Oh! anak pokok dah naik harga!! Baru bulan Disember 2008 RM3.00 utk satu anak pokok kini dah menjadi RM4. Abah dah lama melanggan dengan kedai ini yang telah diwariskan kepada anaknya..saya tak sempat nak menanya nama kedai dan nama tokey cina muda yg agak handsome tu, manis pulak boleh dibawak bergurau. Insya allah di post akan datang saya cerita skit pasal kedai ni...bukan nurseri, kedai papan ala2 org zaman dulu tapi manyak untung..

hasil fasa pertama akan nampak akhir tahun ini...owh! tak sabar rasanya... fasa kedua pertengahan tahun depan, insya Allah. ya Allah ya tuhan ku, berikanlah kami rezeki atas usaha kami ini dan berilah petunjuk atas jalan yg lurus, amin........

Kalau org lain menyediakan tapak khas di ladang berkeluasan tertentu, tapi abah cukup tanam di keliling rumah yg saya kira agak lumayan jika keluasan tanah itu digunakan sebaiknya.....

Terima kasih emak yg memberi sokongan dan bertindak sebagai penasihat... he.. boleh buat chart organization satu hari nnti..

Syukur ku pada yg Esa kerana mengizinkan aku memulakan langkah pertama.....

Monday, April 6, 2009

Akan tinggal



Bulan lima bakal menjelang...

bulan itu saya akan ditinggalkan sebahagian ahli keluarga...

mereka akan menziarahi Makkatul Mukarramah Insya Allah, umrota lillah..

hua..hua... nak ikut!nak ikuuuuuuut..

Mak, abah, kak Uda dan Emi akan berangkat ke tanah suci di musim cuti sekolah..

Buatlah persediaan seadanya, bekalan kesihatan, keimanan yg sesempurnanya utk kalian...

Aku yg tinggal bersama amanah... mmmm...macammn nak jaga ayam-ayam kampung abah ek, buka reban, beri makan, kumpul bekalan, periksa ancaman anjing, biawak, musang.... telur ayam...

Pokok2 abah, limau, serai, pisang, belimbing, yg selalu abah belai. Pokok manggis dah berputik buah, yg lain2 belum lagi....

bunga2 kt laman......... adakah akan terjadi seperti dulu, waktu mak abah menunaikan haji, bunga2 berkembang indah, bagai tersenyum berdoa.....

hmmmm... tak pe lah, Wak Idah ada... itulah kawan baik mak yg senang membantu, sering berkunjung..

Tinggallah aku bertemankan aku (aku?) dan Dia... (Dia, siapa?) Dia la...

* semoga Allah menerima ibadat kami dan kamu..

Sunday, April 5, 2009

Cinta????!!!

Cinta?????????!!


Setiap insan dilahirkan dengan sepasang mata, telinga, tangan, kaki namun pada hati hanya sekeping yang akan disesuaikan dengan pasangannya pada suatu masa yang ditakdirkan….

Cinta itu anugerah yang tidak ada subjek khusus di dalam dunia pendidikan. Ia wujud secara halus di hati manusia dari tuhan yang Esa. Cinta sebenarnya indah………… tanpa nilaian yang boleh diperhitungkan…… Cinta sebaik-baik penghubung dalam mencari nikmat persaudaraan. Jalinan cinta lebih suci berlandaskan hukum ketuhanan.

Namun cinta bakal menjadi punca kerosakan, kebinasaan bagi pencinta yang lari dari landasan-Nya.

Cinta dunia sangat lazim ditemui, malah tamak untuk dimilikki. Cinta ukhrawi…. Adoooi mana nak cari. Susah, payah, perit.. benarkah begitu?

Zaman ini cinta dunia banyak membawa petaka. Seluruh dunia mempamerkan kerosakkan cinta asbab keduniaannya seperti duit, harta, dendam, wanita, lelaki dan macam-macam lagi.

Dua kisah anbiya’ yang sgt melekat dlm hati saya adalah pengkisahan Nabi Sulaiman dan Balqis serta Nabi Yusuf dan Zulaikha selain Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Balqis dan Zulaikha adalah wanita-wanita yang mendapat cinta bukan semudah melafaz kata I LOVE U. Mereka mendapat hidayah Allah selepas berlakunya peristiwa yang memberi keinsafan pada diri mereka. Cinta dunia mereka menjadi cinta abadi selepas mengenali siapa Pencipta melalui suami yang menjadi utusan Allah.

Zaman ini, ada yang harmonis tetapi kedengaran luahan yang tidak mencapai maksud cinta hakiki… kerana apa? Mungkin mereka juz’i-juz’i. Mengambil separuh-separuh. Benar mengimplimentasikan semua ciri kebahagiaan tetapi dalam bab syara’, fardhu ainnya banyak meninggalkan lubang-lubang kosong.

Suka saya memetik satu petua DMFK dari buku mini bertajuk ‘Petua Membentuk Cinta Abadi’; Petua 4: Cinta Abadi perlu berteraskan iman. Kukuhkan hubungan dengan Allah bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan. Dirikan ibadah dengan sempurna.

Nah! Bila cinta Allah menjadi tempat pertama, kehilangan yang lain tidak menjadi soal besar. Zaman ini, cinta Allah diletak entah nombor yang keberapa, sebab itu ramai yang nak bunuh diri apabila kecewa, ada yang angau bagai nak gila hingga betul2 menjadi gila, masih ramai juga yang bermain dengan sihir, tak kurang juga yang menyalahkan tuhan..

Wahai saudaraku sekalian, sematkan dalam hati kita Tauhid Allah.
Awak tak kenal tuhan sebab itu tak datang cinta. Awak mahukan sesuatu yang zahir sahaja sebab itu yang batin tak terzahir….

Marilah kita kembali kepada cinta-Nya…………

Saturday, April 4, 2009

Jangan ke jalan hina

Tajuk akhbar Metro Ahad hari ini, cukup membuat saya mual tapi jauh di sudut hati.. hati terasa simpati dan kasihan kepada mangsa si suami yang disihir oleh si isteri menggunakan darah haid. Simpati juga kepada si isteri yang seolah2 buta iman. Masya Allah...!

Darah haid,
Ia dari wanita yang dilihat secara mata kasar adalah najis, hadas besar. Benar, ia sesuatu yang kotor hinggakan ada artikel yang saya pernah baca mengatakan jika darah itu jatuh ke tanah, tanah akan mati. Dari kisah zaman jahiliyyah pun, wanita yang didatangi darah ini akan dikuarantin. Tapi itu dahulu, suatu kaum yang tidak mendapat petunjuk dari Islam. Cuba fikirkan kembali kenapa Allah menjadikan wanita yang disempurnaan darah ini..

Lihatlah akal manusia yang bijak pandai jika menggunakannya pada jalan hina, maka hinalah kehidupannya.. wanita itu tidak hina tetapi siapa yang membawa dirinya kepada jalan hina, dialah yang menanggung.

Penggunaan tangkal, wafak dan lain2 lagi... apakah tujuannya jika tidak sebagai pelindung. bayangkan... jika dia tidak bersolat atau tidak cukup solatnya, puasa entah cukup entah tidak, qur an entah reti entah tidak, tiba-tiba menggunakan benda2 ini sebagai pendinding.... sapa lagi kalau tidak jin/syaitan yg dtg membantu. apalah ertinya jika Allah tidak memandang padanya, Oh! malang, malang....

Kita masih diberi ruang oleh Allah untuk menjadikan diri kita dihormati, dikasihi atau setidak-tidaknya menjadi masyarakat yang diterima baik.. Amalkanlah surah Yusuf dari ayat empat.

Buat pembaca budiman, awasilah sesiapa yg menjadi sahabat kita, nasihatilah mereka semampu mungkin jika ada yang terlupa bahawa Allah sahaja pelindung kita..

Friday, April 3, 2009

Misteri NUsantara

Dah lama tak menonton tv lewat malam, saya teruja dgn isu yg di bawa malam kelmarin mengenai 'Santau'.

Kita sebagai hamba Allah telah diingatkan supaya jangan menjadikan yg lain dari Allah untuk memohon bantuan. Akibat kejahilan, masih ada dikalangan org kita yg menjadikan jin syaitan sebagai pendamping. Saya mempunyai kenalan yg mengalami penyakit2 misteri seperti ini. Oh! alangkah zalim si pelaku yg menganiayai sesama saudara mereka ini.

Letakkan ayat Qur an itu tetap di dalam hati;
Saat mula membuka mata sedar dari tidur utk Subuh hinggalah menutup mata kembali di watu malamnya... jangan lah terlepas dari satu huruf pun ayat suci ataupun doa.

Banyak doa amalan yg boleh dipraktikkan utk mendinding diri dari yg mudah2 umpamanya 3 Qul yg mempunyai intipati tentang ke-Esaan Allah S.W.T.

Saya ada mengingatkan anak buah, bila kita rasa ada semacam...seram sejuk apabila berada di satu-satu tempat terutamanya di tempat asing, amalkan doa yg menyebut Nabi Sulaiman... ada sejarah disebaliknya..

Amalan khurafat seperti memanggil jin dalam upacara2 pemujaan sungguh menunjukkan kejahilan si pelakunya..Apakah dia tidak sedar bahawa Allah lebih berkuasa atas apa yg diminta.. Mereka sungguh jahil untuk menTAUHIDkan Allah. Ya... Allah akan menunaikan apa yg diminta melalui jin syaitan ini, tetapi jangan kita lupa; bagaimana keadaan Allah menunaikan permintaan mereka ini? Keadaan redhakah atau murkakah?

Buat sahabat dan kenalan yg menjadi mangsa penganiaya atau yg diuji dgn dua dunia ini.. tetapkan iman kalian, sabar menghadapinya dan berusahalah utk menyembuhi asal tidak menggunakan sifat syirik. Janganlah marah kepada keadaan yg dialami...berbaik sangkalah kepada Dia Maha Pencipta kerana kita akan kembali juga pada-Nya...