Sunday, May 31, 2009

Inspirasi dari Adik Nik Nur Madihah

Salam pagi Isnin....

semalam keberangkatan mak abah dan adik ke tanah suci Mekah atas tuntutan menunaikan Umrah, selama langsungnya cuti sekolah musim ini.





Sepeninggalan mereka, saya mengambil pengalaman berseorangan dengan driving. sambil menyelam minum air. Mengambil peluang masa yang tersisa, sebelum mengorak langkah laju dalam cabaran kerja di tempat baru. Saya ke rumah kakak di Melaka dengan perjalanan hampir 3 jam dari Labis selepas dicampur tolak dengan berhenti solat Asar di Masjid Tangkak dan menge'teh' di perjalanan ke Air Molek. Tak pasti apa nama warung tepi jalan tu, tapi dikhabarkan cukup popular dengan capatinya..Bila pekena.. mm.. boleh tahan la. Kereta besar2 yang tersadai di tepi jalan cukup membuktikan kepopularannya di dunia luar...



Pagi tadi, anak sedara menunjukkan satu buku biografi seseorang. Wow! menarik.





Catatan Hati Nik Nur Madihah, tulisan adik Nik NurMadihah dan Ummu hani Abu Hassan. Terbitan HR Publisher, setebal 126 mukasurat. Buku ini memaparkan sekitar kelangsungan hidup adik Nur Madihah bersera keluarganya di Kelantan. Bagaimana dia menguruskan sesi pembelajarannya untuk menjana kejayaan dan yang menariknya ada lampiran amalan doa dan tips2 kecemerlangan yang mengitari kitaran hidupnya.





Adik Nik Nur Madihah berpegang kepada motto 'Hablum minallah hablum minannas'.





Apa yang menjadi buah ajaib bagai anugerah durian runtuh yang tak terjangka dan buat saya teruja ialah bila masa sepanjang pengkisahan sepanjang umur sessi persekolahan adalah beberapa impian yang sama seperti rakannya yang lain, namun atas kekuasaan Allah selepas menerima kejayaan dalam keputusan SPM, sungguh di luar dugaan yang tak pernah diminta. Semua yang ada di keliling bagai mahu menyerah padanya. Hingga ke saat itu si ayah masih bimbang adalah ini anugerah atau ujian. Benar ia anugerah atas kejayaan atau ujian jika mereka mendapat ini semua akan menyebabkan mereka akan merasa sombong.





Buku ini turut memberi inspirasi buat saya, amat memerlukan kasih sayang-Nya dan mungkin juga anda yang mencari motivasi semangat....

Wednesday, May 20, 2009

Cina terbangsa



Selama dua hari saya membaca buku karangan Ann Wan Seng bertajuk RAHSIA BISNES ORANG CINA terbitan PTS Professional. Nak masuk tajuk ke 28; Matlamat Bisnes Orang Cina muka surat 123 (cantik nombor ni..ada ong ni he..). Ann Wan Seng adalah seorang saudara baru yang lama bergiat dalam bidang penulisan, saya pernah melihat slot saudara baru yang menyiarkan tentang biografi beliau di Tv 1 tahun lepas. Sungguh teruja apabila melihat di dalam biliknya penuh dengan buku. Dibelakang buku ini turut diceritakan sedikit latar belakang beliau.

“Ann wan seng lahir dalam keluarga Cina yang berniaga dan turut memilikki perniagaan sendiri. Beliau kini adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan juga kolumnis Dewan Ekonomi. Beliau juga banyak menulis artikel berkaitan bisnes dan ekonomi untuk terbitan majalah dan akhbar tempatan.”


Banyak perkara menarik didalam buku ini. Saya sekadar menyebut beberapa isi penting.

1) Dimana ada air di situ ada orang cina
Pepatah ini menunjukkan betapa orang cina boleh hidup dimana jua pelusuk dunia, termasuklah dikawasan paling sukar, padang pasir, asalkan disitu ada air dan sumber alam. Sebab itu ada hadis (saya tak pasti dari sumber yang mana) Belajarlah kami hingga ke Negeri Cina. Secara psikologinya belajarlah dari pengalaman orang Cina.



2) Orang cina tidak kisah jika mereka jatuh dalam perniagaannya kerana itu adalah pelajaran untuk mereka membina perniagaan yang baru, itu lebih baik dari makan gaji. Sebab itu jika di luar bandar (macam tempat saya di Labis ni yang penuh dengan orang cina) boleh buat pelbagai jenis perniagaan di pelbagai tempat dengan bisnes berskala kecil. Mereka tidak kisah dengan pangkat, standard.

3) Saya tertarik dengan tajuk ‘pemikiran bisnes orang cina’; bagi orang cina, peniaga tidak semestinya cerdik memilikki otak geliga. Apa yang lebih penting adalah keberanian menghadapai cabaran yang datang. Mereka mencari, merebut peluang. Jika peluang itu tidak ada merekalah yang mencipta peluang. Sesukar, secerewet manapun berniaga, mereka akan menjadikannya semudah mungkin.

4) Jaringan memainkan peranan sebagai tulang belakang, ada yang formal dan tidak formal. Mereka saling bahu membahu. Sejak berkurun lama hingga kini ada kod etika yang mesti dipatuhi untuk membolehkan mereka bertahan dalam dunia perniagaan.

Cukup saya berikan empat point ini, untuk kita bermuhasabah.

Berkerja dengan majikan saya, membuka ruang antara saya berkomunikasi dengan cina hingga menjalin kepercayaan. Chie Weng Onn, dia ini tokey sewa premis majikan saya. Peringkat awal berurusan dengan beliau, rasa susah utk sesuaian diri, ye lah dulu saya orang yang tidak ramai kawan. Saya menggelarkan dia ‘uncle’ yang banyak bercakap. Saya pernah rasa nak lari saja apabila dia mula bercakap kerana saya berfikiran labih baik aku buat kerja dari duduk mendengar cakap-cakapnya. Selepas beberapa tempoh saya asyik berurusniaga dengan orang-orang cina lama-kelamaan kami jadi serasi, Hingga satu ketika, majikan hendak berpindah dan saya menguruskan hal premis. Saya jadi terharu apabila uncle menawarkan tempat utk saya meneruskan perniagaan di premis tersebut. Apa yang menggembirakan saya bukan kerana tawaran itu tetapi kepercayaan yang diberikan. Uncle memberi cadangan perniagaan dan sedikit strategi. Saya cuba selidik, adakah dia minat pada perkara yang dicadangkan itu? Tidak, dia menunjukkan isyarat gesekkan jari menandakan DUIT.

Abah saya tidak berniaga tetapi, ayam-ayam kampungnya sentiasa di cari orang cina. Kebiasaannya adalah mereka yang pernah berurusan dengan abah dalam hal lain sebelumnya. Kenapa mereka sanggup masuk kampung, walaupun pekan banyak ayam? Kerana mereka percaya pemeliharaan ayam abah adalah dari sumber asli yang memberi kesihatan baik untuk mereka.

Dalam perbelanjaan harian, kami juga senang membeli di kedai Cina warisan. Kedai Cina warisan ialah kedai yang dahulunya diuruskan tuan punya kedai hinggalah sekarang diuruskan oleh anak cucunya. Biasanya kedai tradisional ini memahami kehendak orang tempatan. Layanan yang baik. Baru sekarang wujud kedai-kedai runcit melayu, dan boleh membuat pilihan. Apapun perniagaan warisan Cina disini, masih lagi relevan dengan budaya kami, janji ia tidak menjual arak dan bercampur dengan perkara buruk yang terzahir depan mata.

Akhir kata….cuba kita fikirkan…… bangsa apakah yang boleh hidup berniaga di semua Negara dalam dunia?
Apa yang ada dalam buku ini adalah rahsia yang sudah diberitahukan dahulu di dalam Al-Qur an, bangsa Cina kafir tidak tahu apa yang ada di dalam Al-Qur an, tetapi mereka mereka lakukan sesuatu yang rasional untuk memperjuangkan hidup supaya dapat terus hidup bukan sekadar hidup, bukan untuk dirinya sahaja tetapi untuk kehidupan generasi-generasinya yang akan datang.

Allah tidak mengangkat hanya bangsa Cina sebagai bangsa yang tinggi tetapi mereka berjaya menjadikan itu kepada bangsa mereka…

Monday, May 18, 2009

Ingatan buat guru

16 Mei 2009 telah beberapa hari berlalu... saya agak terlewat untuk menulis tentang Hari guru pada tarikh hari ini 19 Mei 2009. namun guru tetap di hati saya, dan saya percaya anda juga begitu....

Pagi itu saya mengirim sms tanda ingatan kepada guru-guru yang masih dpt dihubungi. samada mereka adalah guru yang mengajar saya atau kerjayanya sebagai guru termasuklah adik saya Cikgu Fadzilah yang mengajar di SMK St Andrew, Muar. Guru tidak semestinya mengajar di sekolah tadika, sekolah rendah atau menengah. Guru adalah mereka yang mendidik. Ucapan pertama yang saya tuju pagi itu adalah untuk emak yang bergelar Guru Al-Quran, selain itu guru juga boleh jadi pensyarah atau mereka yang terlibat dengan pengajaran.

Masih ingat lagi sewaktu di kolej dulu, program Yaumul Jumaah diserikan dengan dendangan nasyid oleh kumpulan saya dan rakan ...An-Nasuha.. Mungkin pensyarah-pensyarah kami bangga dengan ucapan Selamat hari Guru yang bergema di dewan Ibnu Khaldun, KKYPJ.

Selama saya meninggalkan alam persekolahan, ada beberapa orang guru yang sgt2 diingati atas insiden yang pernah terjadi. Apabila saya kecewa, wajah merekalah yg saya kenang untuk mengembalikan semangat. bersyukurnya Allah mengizinkan saya menemui sekali arwah Cikgu Abu Bakar semasa hayatnya. Ketika itu sy terlibat dengan program PPSMI. Sempat juga mengucapkan terima kasih kepada beliau yg menjadi guru matematik. saya tak kisah dia tidak mengingati saya (waktu itu saya bukanlah org yg popular), tetapi saya senang nama-nama kawan-kawan saya masih terpahat dalam ingatannya, seperti Shamsiah Sukarso, Halizuan Biamin, Abd. Latif Tokiran (saya sendiri pun boleh tak cam muka kawan2 saya yg dah berubah, cuma ingat nama).

Lagi, Cikgu Balakrishnan. Cikgu Bala, guru matematik, merangkap guru disiplin yang paling garang ketika itu ditakuti tetapi disegani. Cikgu Bala besar tinggi orang, kepalanya kurang berambut nampak kilat menambah value garangnya. tapi bila masuk kelas, saya paling suka dengan subjeknya. Masih basah lagi ingatan saya semasa beliau mengajar topik 'kebarangkalian', saya diminta memberi contoh. Dengan spontan saya menyebut "Bila saya makan, maka saya gemuk" lalu Cikgu Bala membalas sambil ketawa "bila saya tak makan, saya kurus" suasana kelas jadi happy.. (waktu itu perbandingan saya dengan Cikgu Bala antara ibu jari dan jari kelingking ha..ha...). Dengarnya, dia akan bertukar ke sekolah yang baru di Chaah sebagai Pengetua, Cikgu Mashasifah yg cakap.

Malam Khamis lalu, saya dikejutkan dengan seorang ustaz yang pernah berkhidmat di KKYPJ Segamat menjadi panel jemputan untuk program Forum Perdana Ehwal Islam di TV 1. Ustaz Noor Hamizi bin Mohd. yaakob, dulu saya dan seorang rakan karib rasa seperti masyuuuk dengan beliau. Seorang yang memilikki ilmu agama membuat program Yaumul Jumaah sentiasa terisi dengan ilmu agama dalam sessi ucapannya. Pernah satu ketika beliau lama tidak berucap dengan panjang lebar, kecuali perkara penting, kami jadi rindu... Hingga kami mengambil keputusan berani bersemuka dengan beliau yang menjadi Pengarah pada masa itu untuk meminta beliau meneruskan apa yang telah dilakukan. Telah lama saya meninggalkan kolej dan beliau pun sudah berkhidmat di tempat lain, saya sentiasa mengenang saat getir yang dilaluinya pada masa itu. Berhadapan dengan situasi penolakan kepada dakwahnya. Kini, saya sedar semua itu adalah tanggungjawab dan satu pengalaman yang diperlihatkan kepada saya untuk diambil iktibar. Ustaz Noor Hamizi tidak pernah mengajar saya, tetapi saya dapat merasakan ada sesuatu pada dirinya sebagai guru yang berdakwah melalui apa yang diceritakan oleh sahabat saya Norhafizah Mohmad Zabir.

Apapun, semua guru adalah pemberi ilmu buat bangsa. Buat guru-guruku, Selamat Hari Guru...
Terima kasih kepada Cikgu, Ustaz, Ustazah yang membalas sms saya.....

Moga Allah berkati.

Monday, May 11, 2009

Perlindungan Takaful

Assalamualaikum,
hampir seminggu tidak menulis post hanya sempat menjenguk.

Penat juga otak utk memikir bagi memilih. Memilih apa? pasangan???!!!

Tak.... beberapa bulan lalu saya sudah mengumpul maklumat beberapa jenis simpanan berbentuk insuran. hu... umur dah menjangkau 30-an baru merancang insuran. Dulu? niat aje... tapi nak buat tak terbuat.

Mungkin petunjuk Allah menemukan saya dengan seorang kakak senior masa sekolah dulu, memberi ruang untuk memilih yang benar berlandaskan hukum islam. Hari Ahad semalam saya pun kerumahnya utk mdpt penerangan dan pemahaman. Dengan bisikan hati yang jelas, tidak bergaduh antara kata hati besar dan hati kecil saya mengambil keputusan utk melibatkan diri dlm dunia takaful.

Saya share dgn anda Takaful Ikhlas melalui link http://www.ikhlas-sejati.blogspot.com

Anda sudah membuat peruntukan insuran? Pilihlah yang mengikut syariat islam..

Saturday, May 2, 2009

Pesan Pak Kiyai

Kelmarin 30 April 2009, satu majlis sederhana meraikan bakal Haji dan sambutan Maulidur Rasul diadakan di Masjid Labis. Emak dah berprogram sejak petang, katanya ada sessi berzanji. Saya dan abah bertolak lepas Isya’ lepas abah siap mengimami jemaah kampung. Malam itu ada ceramah disampaikan oleh Kiyai Suhaili bin Solehin tentang Sunnah menuntut ilmu. Mgkin penat kerja siang hari tu, adooi mata ni sekejap-sekejap rasa macam nak letak batang mancis biar terbuka. Nak hilangkan mengantuk, jalan-jalan sikit jengah seberkas makanan capai sepotong tembikai buat ubat hilang mengantuk.

Isi kandungan ceramah banyak menekankan penting berusaha untuk duduk di majlis ilmu.

Rasulullah pernah mengingatkan bahawa di akhir zaman banyak orang tidak suka duduk di majlis ilmu dan baginda memberi amaran kepada orang yang tidak memberatkan majlis ilmu akan menerima balasan :
1) Semakin jauh dari ahli agama
2) Rezeki tidak berkat
3) Mati luar iman

Ada yang menarik perhatian saya iaitu istilah ‘lamcing’ yang lebih kurang maksudnya selepas solat beri salam tak nyempat-nyempat terus cabut lari. Sebab Kiyai ini keturunan Jawa jadi nampak lebih ‘mengena’dengan gaya bahasa yang digunakan. Semua yang mendengar tertawa lucu. Kan elok kalau peruntukkan masa barang lima minit utk berdoa, berzikir.

Pak kiyai memberi semangat kepada hadirin untuk melaksana qiamullail. Qiam bukan boleh dilakukan dengan mudah. Maklum le dah sedap tidur. Pak Kiyai mengusik para suami lebih-lebih lagi yg muda baru berkahwin dan yang ada isteri-ISTERI pada malam Jumaat ni

Kalau dulu masa saya berada dalam komuniti org kebanyakkan malam Jumaat cukup popular dengan title malam permintaan para isteri, dan saya beranggapan itu ayat orang-orang muda, rupanya sampai dah bertukar komuniti ke jemaah agama pun mengatakan ayat yg sama juga! O.. faham la saya itu ayat-ayat biasa kaum Adam. (Baru ni saya diberitahu oleh rakan online makna kod 004 103 atau 403 atau 143 he…anda tau?)

Ceramah tamat jam 10.45 malam.

Balik rumah dulu, makan jap dan tidur, sedar hampir jam 2.30 bersiap semula ke masjid dengan mak dan abah. Sampai-sampai saja, jemaah dan berada dalam saf mendengar penerangan imam Ustaz Haji Wagiman.

Rasa seronok pun ada setelah sekian lama tak buat Qiam berpakej (maklum le bila buat secara solo main short cut) kali terakhir di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, KUSZA (sekarang UDI). Masih ingat lagi qiam bersama kakak-kakak senior di Blok Ummu Habibah dalam keadaan samar-samar bercahayakan lilin. (bukan xde lampu tetapi rupanya ibadah dalam keadaan seperti itu lbh mendatangkan khusyuk, lagi-lagi dengan suara kakak-kakak yang merdu dalam alunan zikir, sajak dll yg menjdi pengisian program malam itu)

Balik kepada cerita qiam tadi, malam itu acara bermula dengan solat sunat Tahajjud, Awwabin, Tasbih, Taubat, Hajat, Witir (dah biasa buat satu rakaat, Allah! cepat2 tukar niat rokaataini semasa imam baca surah lazim di rakaat pertama tu.. ) dan penutup adalah sujud syukur.

Sambil menunggu Subuh, kami diberi ruang masa berehat. Subuh pagi ini mengingatkan saya pada satu peristiwa semasa mengikuti kursus di ADTEC Batu pahat beberapa tahun dulu. Ye la Subuh, selalunya bersurahkan surah Sajjadah, tapi masa tu terlalu la jahilnya, saya dan ramai lagi yang lain, tidak faham kenapa imam ni rukuk lain macam je pada rakaat pertama hingga saya mengambil keputusan niat keluar imam. Orang lain saya tak pasti tapi saya yakin, ada yang semberono…. sebab saya kenal siapa yang duduk di kiri kanan saya…. Ya Allah… terasa malu dan hinanya diri waktu tu bila diingatkan kembali. Satu kes lain, pernah juga solat jama’ mahgrib dua rokaat.

Itulah realitinya, kita sering bertemu dengan situasi-situasi bukan kebiasaan dalam kehidupan seharian. Bila agama dipandang ringan, pasti kita akan melanggar banyak hukum hakam. Kekukuhan asas Ilmu fardu Ain penting untuk kita membantu kita menyelseaikan tuntutan dunia dan akhirat. Tanpanya kita tidak akan faham apa erti wajib, haram, harus, makruh dan sunat, yang mendatangkan dosa dan pahala untuk catatan malaikat rokib/atid.


Selesai bersubuh, kami dijamu sarapan pagi nasi lemak dan air teh, kemudian terus balik dengan satu perasaan yang emmmm…. tak tau la nak cakap, syukur….

Kepada bakal-bakal Haji selamat berkursus, bakal umrah selamat berangkat, moga menndapat keberkatan.