Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa


Hari ini 3 Ramadhan....
Dah hari ketiga, selamat berpuasa buat semua pembaca fasiview.

Mgkin kerana bukan amalan harian, mm...puasa di hari pertama terasa macam zaman kanak-kanak. hee...

Hari pertama tadarus, membaca Qur an selayaknya macam biasa dibaca. Bukanlah kata nak berlawan atau bertanding dlm bertadarus, tapi bila emak dan kak Uda dah mendahului jauh ke depan, saya jadi tercabar. Mula menukar melodi supaya dapat mengejar target pembacaan. Saya teringat ada satu koleksi Quran yang dah lama tidak disentuh. Qur an ini istimewa kerana berkulit keemasan yang dibeli semasa belajar di KUSZA dulu. Qur an inilah yg telah menemani saya sepanjang umur 20-an. Hinggalah saya bertukar kepada Qur an sumbangan 'Nur', saya terus berdampingan dengan Qur an berkulit hijau ini pula. Dan beberapa hari kelmarin puas saya mencari di segenap sudut rumah dimana letaknya Qur an mini berkulit keemasan itu. Terasa rindu yg amat. Akhirnya berjaya juga ditemui, dirasakan seolah2 puas dan buat saya gembira.

Dan malam tadi, saya tidak ke surau kampung, hanya terawih bersendirian dan menyambung bacaan tadarus kemudiannya. Membaca diwatu awal pagi tidak sepeti di siang hari. Mgkin kerana malam itu lbh sunyi dan tenang.

Marilah kita sama-sama bertadarus utk memunafaatkan bulan yg satu ini dan mudah melembutkan hati utk diteruskan ke bulan-bulan seterusnya.

Thursday, August 20, 2009

Ada Pemanggil

Berbual dengan orang yg banyak pengalaman hidup dalam membesarkan anak-anak membuat hati saya sedikit terubat.

Mak Cik Marfoah (60-an) seorang wanita yang kuat dugaan yg diuji Allah dengan pelbagai cerita mengerikan.. Saya pula tak jemu-jemu mendengar kisah peribadinya walau telah diulang beberapa kali tentang kisah dipatuk ular, disengat lipan, digigit kala jengking. Mak Cik Marfoah bercerita dengan penuh emosi dan ekspressi. Jauh di sudut hati saya selalu berbisik, mak cik ni memang seorang kuat.

Sedikit sebanyak kisah Mak Cik Marfoah ada persamaan dengan saya yg selalu saja ternampak2 binatang berbisa. Hinggakan ada antara adik-beradik saya yang melabelkan saya 'ada pemanggil'.

Bermula dari peristiwa digigit lipan pada malam hari raya lebih 10 tahun lalu, saya selalu saja terserempak dengan makhluk Allah ini. Selalu saja tertanya-tanya kenapa mesti aku yang nampak sedangkan orang lain tidak. Pernah satu hari saya terserempak lipan bara dan asyik mengejar/mengekor saya. Saya mengelak2 kesana kemari sambil menyembur dgn penyembur serangga. Bila dia hampir lemas barulah ayah saya sampai lalu ditetak2 dan dipotong entah ekor atau kepalanya dan dibakar.

Selain itu, selalu saja terserempak ular hitam dijalanan. Pernah juga satu hari saya terserempak ular besar sepanjang lebih kurang 5 meter melintas lalu masuk ke dalam parit rumah jiran. Yang peliknya apabila dijengah2 dalam berkenaan tak nampak pulak. wa allahu a'lam....

kata orang tua-tua bila kita asyik ternampak2 binatang berbisa ni maknanya ada hajat yg mesti ditunaikan. Entah dimana logiknya, tapi bila orang tua bercakap selalunya betul.

Yang penting dimana kita berada jangan lupa berdoa mohon keselamatan dan kesejahteraan.

Tuesday, August 18, 2009

akan muncul tak lama lagi

Tak lama lagi saya akan publish satu laman khas untuk promosi bunting/banner untuk perkahwinan anda.

Buat masa ini saya mengambil ruang di blog ini untuk memaparkan beberapa jenis design bunting sebagai pilihan untuk menceriakan hari bersejarah anda....

Kami menyediakan rekabentuk bunting untuk perkahwinan anda
Rekaan yang disediakan boleh ditambah gambar pasangan pengantin.


Saiz 2' X 5’ RM 50
Belanja pos RM 8
Jumlah RM 58
Siap dalam tempoh lima hari bekerja.
Terma dan syarat tempahan on-line :

1. Sila emailkan maklumat anda:
a) Nama pasangan
b) Tarikh perkahwinan
c) Alamat (untuk proses pos produk)
d) softcopy gambar pasangan
2. kami menyediakan draft design untuk persetujuan
3.Buat bayaran setelah rekabentuk dipersetujui sebagai pengesahan tempahan:
Bank : Maybank (no akan diberi apabila anda menghubungi kami)
3. Emailkan salinan transkrip sebagai bukti pembayaran di alamat :
Fasiha_it@yahoo.com
4. Produk akan dipos ke alamat yang telah diberi. Penghantaran akan dibuat bagi kawasan Labis dan Chaah.
Tempahan anda akan dibuat sebaik kami menerima maklumat lengkap serta salinan transkrip bayaran tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Fasiha 017-797 8281

Tuesday, August 4, 2009

Makan

Makan satu lauk ?


Pernah dulu dalm satu ceramah di masjid Pusat Islam USMKK, seorang penceramah menyebut antara sunnah cara makan Rasulullah ialah baginda hanya makan dengan satu lauk sahaja.

Sunnguh berbeda dengan senario kita sekarang.Bila berbuka habis penuh satu meja terhidang pelbagai jenis lauk..tidak cukup dengan ikan, tambah ayam.Tidak cukup dengan ayam dan ikan..tambah daging...then kadang2 dijamu pula dengan sotong,ketam dan lain2 rezeki ni'mat yang melimpah ruah.Kuah tak sah kalau satu jenis.Bila dah ada kuah berlemak, mau tambah pula dengan kuah berair sahaja.Pendek kata, entah ruang mana lagi yang ada dalam perut anak cucu Nabi Adam untuk diisi semua lauk itu dalam satu masa.

Nabi berpesan dalam perut kita dibahagi cukup2 untuk 3 space.1 bahagian untuk makanan, 1 bahagian untuk air dan bakinya untuk udara.Sesungguhnya sekiranya kita termakan space bahagian lain diibaratkan cara makan kita semacam orang2 jahiliyyah, dan tentunya Nabi kita tidak suka begitu.Sebab itu kita sering melihat dan sebenarnya boleh merasainya sendiri, apabila kita terlebih makan atau terlebih minum, kita menjadi seolah2 pendek nafas,kalau isatilah kelate sekok..jadi bersamalh kita koreksi diri sendiri adakah kita tergolong dalam kumpulan sekok ini yg mana jatuh dalm kategori kumpulan yg tidak disukai oleh junjungan Nabi kita, na'uzubillah,moga kita terlindung semuanya.

Dalam satu ceramah lain, ustaz ada menyebut,ambillah dunia sekadar keperluanmu.Bila ke kedai, seringkalilah mengharapkan agar ayat2 ini terngiang2 di telinga agar kita tidak ter'over' dalm membeli.Yang mana kita masih boleh hidup ber'amal ibadat dengan sempurna tanpanya,eloklah ditinggalkan.Justeru kita melihat hikmah di sebalik 'amal soleh ini adalah sifat berjimat cermat.Maha Baiknya Allah menyediakan manual panduan hidup yang penuh kamil dan cantik.

Dekatilah para fuqara'.Sesunnguhnya Nabi kita amat menyayangi dan suka berdamping dengan golongan ini.Paling tidak ia boleh melembutkan jiwa kita agar turut merasai kepayahan dan kesusahan hidup saudara kita yang lain,dan kita tahu kebiasaanya jiwa2 golongan ini sering merendah diri dan lebih dekat kepada tawaddu'.Namun jangan ditinggalkn golongan bangsawan,kerana mereka juga memerlukan kekuatan bimbingan kita bersama.

Dipetik dari http://bahrulilmi.blogspot.com

Hikmah memakan makanan HALAL

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Allah bersih, Dia tidak menerima kecuali amalan yang juga bersih.

Sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin dengan perkara yang Dia suruh para Rasul, maka dia berfirman yang bermaksud: Wahai sekelian Rasul, makanlah makanan yang baik-baik dan kerjakan amalan soleh. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Firmannya lagi yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah kamu daripada rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepada kamu.

Kemudian Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya lagi berdebu dia menadah kedua tangannya ke langit memohon doa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dibekalkan dengan bahan-bahan yang haram, maka bagaimana doanya diperkenankan. (riwayat Muslim, Kitab:al-Zakat, 1015).

Makanan yang Halal

Halal ertinya boleh, jadi makanan yang halal ialah makanan yang dibolehkan untuk dimakan menurut syariat Islam.

Segala sesuatu baik berupa tumbuhan, buah-buahan ataupun binatang pada dasarnya adalah halal dimakan, kecuali apabila ada nas al-Quran atau hadis yang mengharamkannya. Ada kemungkinan sesuatu itu menjadi haram kerana memberi mudarat bagi kehidupan manusia seperti racun, barang-barang yang menjijikkan dan sebagainya.

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya beribadat kepada-Nya. (al-Baqarah: 172)

Firman Allah SWT yang bermaksud: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang sangat nyata bagi kamu. (al-Baqarah : 168).

Firman Allah yang bermaksud: Menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk. (al-A’raf : 157)

Rasulullah SAW, pernah ditanya tentang minyak sanin, keju dan kulit binatang yang dipergunakan untuk perhiasan atau tempat duduk. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam Kitab-Nya adalah halal dan apa yang diharamkan Allah di dalam Kitab-Nya adalah haram, dan apa yang didiamkan (tidak diterangkan), maka barang itu termasuk yang dimaafkan”. (riwayat Ibnu Majah dan al-Tarmidzi).

Berdasarkan firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW, dapat disimpulkan bahwa jenis-jenis makanan yang halal ialah:

lSemua makanan yang baik, tidak kotor dan tidak menjijikkan.

lSemua makanan yang tidak diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

lSemua makanan yang tidak memberi mudarat, tidak membahayakan kesihatan jasmani dan tidak merosak akal, moral, dan akidah.

lBinatang yang hidup di dalam air, baik air laut maupun air tawar.

Jika diperhatikan dengan penuh teliti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW di atas, secara langsung menyuruh orang Islam memilih makan yang halal dan yang baik. Malahan perintah ini bukan sahaja ditujukan kepada orang awam malahan suruhan itu terlebih dahulu memerintah para Nabi dan Rasul a.s supaya beriltizam dengan sumber yang halal.

Ungkapan “halal lagi baik”, maksudnya halal dari sudut sifat makan itu dan baik bermaksud makanan yang berzat. Ini bertujuan supaya apabila makanan itu dimakan, ia bukan sahaja mengenyangkan dan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan jasad manusia dari sudut mineral dan vitaminnya.

Ini bermaksud Islam menganjurkan penganut mengamalkan sistem pemakanan yang seimbang.

Makanan yang halal dan berkat ada kaitannya dengan perangai dan tingkah manusia. Makanan yang halal dapat menjana kekuatan jiwa manusia, juga dapat mempertingkatkan produktiviti seseorang.

Saya juga yakin bahawa makanan yang halal dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia dan insan yang patuh dan tunduk pada perintah Allah SWT.

dipetik dari http://nmjnh.wordpress.com