Sunday, November 22, 2009

Wahai panglima

“Selamat datang wahai Munajamah, utusan daripada khalifah. Pastinya ada perkara penting yang mahu disampaikan. Tidak sabar rasa hati ini mahu mendengarnya,” ujar Khalid bin Walid.

“memang benar kata tua. Ada perutusan penting daripada khalifah yang mahu saya sampaikan. Disebabkan perkara ini sulit dan rahsia, lebih baik hanya panglima seorang sahaja yang mendengarnya,” cadang Munajamah.

Khalid bin Walid mengarahkan yang lain beredar.

“Tinggalkan kami berdua sahaja di dalam khemah ini supaya kami boleh berbincang empat mata,” arahnya.

……. “Saya membawa dua berita sedih dan satu berita gembira. Berita manakah yang perlu saya sampikan dahulu?”

“Dahulukan berita sedih supaya hati saya terubat dengan berita gembira,” jawab Khalid bin Walid.

“Khalifah Abu Bakar meninggal dunia pada 23 Jamadil Akhir bersamaan 13H. Jenazahnya selamat dikebumikan bersebelahan dengan makan Nabi Muhammad.”

….”Inna lillahi wainna ilaihi raajiun…” ucap Khalid bin Al Walid.

“Umar bin Khattab dilantik menjadi khalifah Islam yang kedua denagn persetujuan oleh semua penduduk Islam di Mekah dan Madinah,” beritahu utusan itu.

…….

“Boleh saya sampaikan berita sedih pula?” tanya Munajamah.

“silakan.” Khalid bin walid sedia mendengarnya.

Munajamah menatap muka Khalid lalu berkata “saya harap tuan tidak terkejut dengan berita yang mahu saya sampaikan ini. Saya yakin tuan kuat semangat dan berhati cekal, baik semasa susah mahupun senang.”

“Katakan saja kerana saya sedia mendengarnya” balas Khalid

“Umar bin Khatab selaku khalifah Islam, memecat tuan daripada jawatan ketua panglima tentera Islam. Tempat tuan bakal digantikan oleh panglima Abu Ubaidah bin Jarah. Ini surat perintah daripada khalifah dan saya diamanahkan menyampaikan kepada tuan.”

Khalid bin Walid membuka surat itu dengan tenang lalu membacanya. Wajahnya langsung tidak menampakkan apa-apa perubahan.

Petikan buku :

Khalid Memburu syahid

Bab 40 : ‘Warkah Pilu’

Muka surat : 344-349

Emosi saya amat terusik dengan bab ini. jiwa sangat tersentuh dengan kandungannya. Terasa mata saya digenangi air… bagaikan mahu lari ke zaman itu utuk menyatakan sokongan dan pujian buat panglima berjasa Khalid Al-Walid. Allahu akbar!

Sunday, November 15, 2009

Apabila hadis diambil sedikit sebagai penambah perisa


Menukar-nukar channel untuk ditonton mengikut pilihan yg sesuai terhenti di channel Astro..hmm tak ingat yg mana. Beri tumpuan sekejap pada testimoni penonton untuk sebuah filem yg bakal ditayangkan. Saya bukan penjejak wayang tetapi tertarik mendengar maklumbalas seorang penonton wanita tentang kehebatan filem judul ‘JALANG’ tu. Mendengarkan tajuk saja dah menakutkan… mgkn sekadar tajuk, saya tidak bersangka buruk. Tetapi bila menyaksikan sepintas lalu potongan babak dalam filem tu…. mampu buat saya naik pitam….

Malamnya membelek akhbar, pastinya padat cerita panas, politik, hiburan, jenayah dan pelbagai lg. Wow! betullah panas. (bacalah akhbar Berita Minggu dan Mingguan Malaysia 15 November 2009). Mgkin produksi filem ini sedang memperhebat untuk mempromosikan hasil kerja mereka. Bidang pekerjaan begini memang memerlukan promosi, ye lah! kalau tidak mana orang nak tau…

Apa yang menjadi hati saya kacau ialah kandungan artikel yang membuktikan bahawa manusia sekarang telah menggunakan konsep ‘matlamat menghalalkan cara’. Ibaratkan sabda2 nabi ini diambil sedikit sebagai penambah perisa bagi menghalalkan produk untuk penonton muslim di Malaysia. Memang diakui di zaman Rasulullah ada banyak perihal mengenai wanita dan penzina yang dikisahkan bertujuan untuk menghuraikan soal hukum dan penyelesaiannya. Saya sokonglah maksud hadis itu berkenaan pelacur yang meninggal dunia dan bertaubat. Kemudian, Rasulullah menyelesaikan masalah hukumnya. Waktu itu adalah zaman awal Islam dimana lebih enam ratus tahun manusia zaman itu ditinggalkan oleh dakwah Nabi Isa (yang asal).

Sessi fotografi bersama pelakon filem itu dilihat agak mengaibkan. Sedangkan urat perempuan sesama perempuan islam pun antara pusat hingga lutut, inikan pula satu Malasia… mm.. apalah nasib hadis nabi dipergunakan utk satu-satu perkara utk menarik perhatian tetapi boleh pulak hadis untuk aurat tak digunapakai. … kenapa aurat? Sebab setakat ini, itu yg saya nampak.

Meneruskan bacaan akhbar, menyelak di helaian lain; artis dengan penafian baju kemban. Ini pun mampu buat saya migraine. Mana tak migraine, dinafikan berkemban tetapi baju yang ditunjukkan ketika diperkatakan orang tu pun tak cukup sifat. Cuba diperhatikan betul2, apa mgkin mata saya yg kelabu ke…tapi betullah pakaian tak bertutup sebahagian bahu dan tangan (boleh gunakan istilah berbaju tetapi telanjang). Apa benda lah ni….

Selak-dan selak akbar lagi, saya sedikit terkilan berita yang sepatutnya diletak dimuka depan, ‘Hafiz muda naik haji’, menjadi seolah2 berita picisan. hmm… tak sampai separuh muka surat pun…Sepatutnya berita ini antara yang menjadi tajuk utama, bagi hangat sikit, buat contoh pada anak-anak muda, jadi motivasi…

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm….. dengan harapan agar mereka segera mendapat hidayah. Peringatan dan amaran juga untuk diri saya.

* Ada terlintas juga di benak saya, inikah bentuk dakwah yang diperlukan oleh negara kita?

Friday, November 13, 2009

Orientalis



Saya teruja untuk berkongsi dengan saudaraku muslimin-muslimat tentang sebuah buku tulisan Ustaz Mohd. Fikri bin Che Hussein bertajuk BIOGRAFI TOKOH ORIENTALIS MENURUT KITAB AL-A’LAM AL-ZARIKI. Apa yang penulis fikirkan adalah antara yang saya cari-cari sebelum ini.

Memetik kata-kata beliau dalam muqaddimahnya :

….. Pembaca yang budiman,

Mutakhir ini keyakinan umat islam terhadap ulama mereka semakin tipis, kepercayaan kepada rujukan dan sumbangan ulama silam semakin terhakis. Kebenaran dan hakikat kian terkalis, kesucian dan kesahihan mula dijangkiti kudis..

Begitulah kehidupan umat Islam dewasa ini, kekecewaan dan kebingungan terus melanda. Dalam menghadapai masalah ini, ilmu pengetahuan masih tidak mempunyai kedudukan yang kukuh, sebaliknya ia sebegitu lemah sehingga umat Islam terpengaruh dengan pelbagai hal dan perkara yang disentuh.

Pertentangan agama antara Islam dan kristian sejak bermulanya Perang Salib, diikuti dengan penjajahan di negara-negara umat Islam dan usaha-usaha westernisasi atau pembaratan terhadap orang timur secara dakwah kristianisasi terhadap kaum Muslaimin semakin meluas.

Diantaranya ialah gerakan orientalisme yang mengkaji ilmu-ilmu islam dan memaparkannya kepada umat Islam dalam bentuknya yang terpesong daripada yang tulen. Gerakan ini mendapat tempat yang kukuh di dalam institusi pengajian negara-negara Islam dan berjaya memesongkan pengetahuan umat sejak dari umur yang kecil lagi. Hal ini sepertimana yang pernah diulas oleh Dr. Mustafa al-Siba’ie (rhm) dalam kenyataanya :

“Apabila kita membaca sejarah yang dipelajari oleh anak-anak kita dan segala bidang yang diajarkan kepada mereka di peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, kita pasti terlihat gerakan ini (orintalisme) secara terang-terangan menentang umat muslim kita dan menyelewangkan sejarah peradaban dan ketamadunannya.

Malangnya, mereka yang melaksanakan agenda ini terdiri dari kalangan anak-anak penjajah yang telah diasuh dengan acuan yang mereka kehendakki. Merekalah yang telah menyusui anak-anak kita dengan susus mereka, merekalah yang meracuni kotak fikiran anak-anak kita agar generasi ini bakal menjadi pengganti kepada gerakan-gerakan rahsia mereka” …..

Dua matlamat penulis menyusun buku ini yang saya ringkaskan :

1) Kerajinan orang barat mengkaji ilmu islam

2) Para orientalis ini yang berniat jahat menyelewang ilmu islam daripada asal kejadiannya.

Akhir kata penulis adalah situasi KEJAHILAN umat Islam sendiri yang mengundang banyak bahaya.

Inilah yang mesti umat islam sedar di dunia tua ini. Sungguh pengalaman kita dalam kehidupan akhir zaman amat sempit, sukar sekali memilih jalan yang ‘berlandasan’. Ada banyak pilihan disekeliling kita adalah jalan yang nampak lurus tetapi sebenarnya jerlus.

  • Teringat sahabat mendedahkan ideologi Freemason
  • Teringat sahabat memberi peringatan bahawa musuh islam tidak boleh dijadikan teman atau sahabat kerana musuh islam tetap musuh islam dengan agendanya.

Ya Allah, peliharalah aku dan saudara-saudaraku..

Sunday, November 8, 2009

Erti 'seseorang'

Sabtu lepas, menghadiri jemputan perkahwinan seorang kenalan… dlm hati berharap agar dapat bersua muka dengan seseorang. Ustazah yang lama nak kenal. Tapi nampaknya tidak ada juga rezeki itu..hm.. nombor telefon pun dah hilang tak ketahuan. Berbual dengan Cikgu Zul, oh! isterinya pun cikgu yang mengajar satu sekolah dengan ustazah. Tapi…. Hati ni jd kembang kecut tengok muka si isteri cikgu Zul ni..masam tak senyum pun tak. Tak jadilah nak tanya, rasa mulut ni macam terketip stepler..

Alangkah beruntungnya menjadi orang yang terpilih untuk dihormati, disukai kerana Allah. Bagaimana menjadi orang yang disukai manusia kerana Allah? Adakah bergantung penuh pada hatinya? amalannya? nasibnya?

Berkumpul dalam majlis Usrah bersama sahabat seperjuangan, selalu mengingatkan saya agar kita dipilih oleh Allah agar termasuk di kalangan ‘golongan yang sedikit’. Teringat kenangan sewatu di KUSZA, alangkah seronoknya komuniti waktu itu. Sukarnya untuk mendapatkan kembali masyarakat seperti itu di era perkembanganku sekarang ini. Beruntunglah mereka yang masih dapat bersama dengan kelompok sealiran mereka.

Namun hidup perlu diteruskan dengan hikmah mungkin ini perjuangan yang perlu diperjuangkan untuk mereka yang kehausan atau tidak ketahuan. Bertolak ansur dalam sosialis kehidupan bertukar milik apa yang dimilikki, jika semua orang tahu apa saja yang ada pada kita adalah pinjaman…

Apa yang menjadi ubat adalah ‘seseorang’ yang boleh dijadikan rujukan, panduan, mungkin juga sahabat, teman tentang duniawi dan ukhrawi. Inilah sebahagian pencarian saya mencari ‘seseorang’ Namun dugaan juga dalam usaha mencari seseorang ini heboh sekarang isu tauliah dalam urusan agama. Jika untuk berdakwah perlukan tauliah, lihatlah kesan kepada kemarahan bumi. Saya agak sedih dengan kejayaan percaturan yahudi seperti ini. Bacalah banyak buku sejarah islam berkaitan yahudi dulu hingga kini, kita akan faham mengapa situasi ini berlaku… Moga Allah pertemukan saya dengan ‘seseorang’ dan ‘seseorang’ dan ‘seseorang’. He… tapi bukan…orang-orang.