Diucapkan selamat berpuasa buat pembaca….
Tidak asing dari pendengaran kita bulan puasa ini, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga bahkan nafsu.
Berjayakah kita mendidik nafsu kita sendiri yang memerlukan kita berjuang mati-matian dalam peperangan melawan nafsu meskipun tanpa senjata.
Empat tingkat nafsu yang kita harungi dalam gelombang hidup bermula nafsu AMMARAH. Dengan ilmu dan usaha kita akan berjumpa nafsu LAWWAMAH, teruskan lagi usaha kea rah nafsu MULHIMAH, terus giat lagi usaha jangan jemu hingga berjumpa nafsu MUTMAINNAH.
Ah! Manusia biasa ni boleh ke tahap nafsu rodhiah yang diistimewakan kepada para wali? Untuk nafsu lawwamah pun kadang terumbang ambing, namun kuasa Allah maha pengasih penyayang maka berdoalah dan berusahalah menjadi pengurus dan pengendali yang cemerlang untuk diri kita sendiri dahulu kerana cabaran mualmalah sesama manusia amat menggusarkan pemarkahan dosa pahala kita..
Walaupun disuruh kita melawan nafsu namun hakikatnya kita masih juga memerlukan nafsu untuk hidup berkehendak berlandaskan apa yang Allah perintahkan, Ilmu dan amal kitalah yang membawa kita ke puncak jaya atau lubang jahanam.
Selamat berjuang..
Soalan mudah;
Berajayakah kita menjaga mata dengan hari ini ketika perjalanan pergi kerja, di tempat kerja hingga balik kerja?
Kalau ya, alhamdulillah, kalau sebaliknya mari istighfar dan baikki lagi hari esok (kalau diizin masih hidup…)
Sunday, August 22, 2010
Friday, August 20, 2010
Mencari srikandi
Siri jejak rasul pada tahun ini berkisar srikandi Islam. Mungkin ramai antara kita yang terlepas pandang sebelum ini untuk memuhasabah diri menjadikan pejuang muslimah ini sebagai panduan untuk dihayati dalam hidup.
Teringat kenangan bersama sahabat baik.. Fiza sewaktu di kolej dulu. Nasyid Sumayyah antara yang menjadi persahabatan akrab. Di dewan asrama kita bawa radio untuk dengar nasyid melalui putaran kaset (klasik sungguh). Dan Ustazah Siti Khuzaimah datang duduk bersama kita lalu sama-sama mendendang lembut nasyid itu. Benar, waktu itu, saya belum mengenali ‘nilai’ Sumayyah yang disebut pejuang itu. Ustazah menerangkan serba ringkas dan kini tujuh tahun berlalu saya merasakan betapa harum wangi darah mujahidah pertama yang mati syahid ini.
Kita jangan terlupa bahawa ramai lagi nama-nama yang terukir di sisi Allah seperti Asiah isteri Firaun, Mariam Ibu Isa, Siti Khadijah, Siti Fatimah, Hana isteri Imran, Aisyah, Rabiatul Adawiyah dll. Tidak kurang yang di alunkan dalam nasyid-nasyid moden yang seharusnya boleh membuat kita mengingat semula kisahnya, dipelajari, dikaji dan diambil pelajaran sebagai hakikat hidup, bukan sekadar menyukai melodi dan keindahan penyanyi itu sahaja. Menonton di kaca televisyen saja pun tidak cukup, di tv kita Cuma ingat pada bulan Ramadhan saja, habis Ramadhan, habis juga cerita mujahidah ini. Teruskanlah mencari di buku-buku, kitab-kitab.
Sekarang zaman serba maju, berteknologi, kian berkembang dan membangun. Entah ada lagikah wanita untuk kumpulan srikandi ini. (turut mengingatkan diri sendiri). Kalau ada dimana kah ia, berapa ramaikah ia. Yang pasti jumlahnya memang tidak ramai, Nabi S.A.W pernah berpesan tentang janji Allah, selalu berdoa supaya kita termasuk dikalangan orang yang sedikit, bukan orang yang banyak. Akan bertemukah kita dengan kelompok srikandi ini sebelum kita menutup mata? Mari kita mencarinya..
Dititipkan sajak indah yang dipetik dari majalah Solusi Isu no 8:
Aku bukan Sumayyahmu!
Suamiku, bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulutku kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar dimatamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah
Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya.. bukan aku
Sumayyahmu
Dalam tangis ku cuba senyum seketika
Kau bermusafir
Seperti Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim
Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedang neraka dipagari nikmat
Monday, August 2, 2010
Muhasabah
Diakui sekarang lamanya tidak mengemaskini entry, bukan tiada cerita, bukan tiada bahan.
..Melihat pada tulisan2 yang lalu, terasa ingin mengubah gaya penyampaian. Terasa malu sendiri pun ada, seolah2 tulisan dari pemikiran yang santai. Aku muhasabah untuk perbaikki gaya dan bentuk penyampaian. Kalau dulu tadika, insya allah naik taraf darjah satu. Buat masa ini belum lagi. Mengambil banyak masa menyelak pelbagai bahan bacaan bermunafaat untuk dikumpulkan. Setakat ini belum ada yang mahu dikongsikan di paparan ini.
Seiring berubahnya zaman, banyak majalah yang dibeli dan dimilikki semuanya berakhir dengan 'pembuangan' tapi majalah agama tidak begitu. Sebagaimana dijaga qur an yang telah buruk lusuh, majalah agama juga dijaga dek kerana secebis hadis dan firman....
Kini aku.... dengan SOLUSI. Bagi yang mencari kesempurnaan HAMBA, milikkilah SOLUSI

Thursday, July 15, 2010
Piala dunia
Apabila dunia melihat Sepanyol sebagai juara Piala Dunia melalui bola sepaknya...
Siapakah yang melihat Andalusia dengan kegemilangan zaman Khilafahnya suatu ketika dulu???
Renungkan...

Monday, May 10, 2010
Semalam dan kenangan
9 Mei 2010, semua orang meraikan bonda masing-masing. Ada yang mengecap hari bahagia itu dengan perasaan gembira, terharu, dan ada juga yang menerima kehadiran tarikh tersebut dengan linangan air mata sayu, pilu atau sedih menyayat. Saya hampir terlupa tarikh tersebut yang sinonimnya dengan Hari Ibu. Dengan apa yang ada saya menjunjung perhargaan untuk dijadikan hadiah kepada Ibu. Tau apa saya bagi? Teh perisa strawberry dari Cameroon Highland buat semua yng meminumnya tersenyum.. Apa la sangat teh dibanding emas permata yang mungkin semewah2 hadiah yang org lain mampu beri. Tapi disebalik teh itu ada perjanjian yang saya sedang usahakan untuk Ibu. Mgkin ada yang tahu hadis berkaitan ganjaran mahkota untuk Ibu di syurga kelak bagi amalan yang disempurnakan si anak sepanjang hidunya didunia. (Seandainya Allah mengizinkan aku memilikki anak kelak, inilah yang aku harapkan juga..)
Selamat Hari Ibu buat mak.. Hjh Rubiah Md Jamari.
Buat mak-mak angkat sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia, buat mak-mak kenalan ku yang rapat yang pernah bergurau senda, menumpang kasih (bukan sebab tak cukup kasih sayang, tapi nikmat berkat melihat wajah yang penuh cerita kehidupan...)
Moga Allah merahmati para Ibu dengan berganjaran pahala bagi setiap nadi berdenyut..
Salam takziah untuk sahabat sekampung Suzana Selamat sekeluarga atas pemergian bondanya ke rahmatullah yang jatuhnya pada Hari Ibu. Takziah juga buat sahabat Salawati binti Salip atas pemergian bapanya juga jatuhnya pada semalam..
* Apabila 2X kentung berbunyi...

Thursday, April 29, 2010
Kisah anbiya' yang disembunyi
Assalamualaikum wahai saudaraku muslimin-muslimat,
Lama tak menulis dan hari ini nak menulis sedikit hasil dari ilmu baru yang ditemui dengan tak disangka-sangka.. Aku tersenyum gembira, ini hadiah dari Allah, syukur...
Aku pembaca fanatik sirah an-biya'...
Mengambil kesempatam masa rehat yg sekejap membuka blog ilmiah, tiba-tiba dibentangkan dakyah, penipuan barat dlm diam2.
Selama ini kita membaca kisah Adam, kita tahu kewujudannya, keluarganya, kehidupannya namun kita masih tak dapat mencari hubungkait helah dari buku teks sejarah yang kita belajar di sekolah menengah dulu. Siapa manusia yang dizebut zaman Paleolitik yang menganut agama anisme itu, Nabi Adamkah? Mesolitik, Neolitik, itukan laluan zaman Nabi kita Idris, Nuh dan seterusnya. Allah.... apa la kita ni? Bukankah dari sejarah Adam lagi telah adanya Tauhid Allah. Kalau dikatakan zaman batu itu mereka menganut kepercayaan anisme itu adalah golongan yang melawan dakwah Nabi, mungkin ye.. tetapi... bila difikirkan balik sejarah itu nampaknya lebih menumpu pada kaum yang melawan, jadi kenapa tidak digandingkan sekali kaum yang mengikut? Allah... nampaknya kita ditipu dengan liciknya. Aku beristighfar... betapa lembamnya fikiran aku ini..masih lemah untuk menyedari dua kisah itu dari dulu..
Ikuti tulisan ini yang membuat aku terpana..http://salmanku.blogspot.com/2008/07/kita-ditipu-sejarah-barat.html.
Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku...

Saturday, March 20, 2010
Wanita mukmin
Mengambil sekejap masa pada kesempatan yang ada untuk mengingatkan diri dan pembaca juga..
Sedikit ilmu memahami wanita 'mukmin'.
mm.. Dah lebih 30 tahun aku hidup sebagai perempuan@wanita, rasanya masih jauhnya untuk menyempurnakan diri sebagai wanita 'mukmin'. Semalam hari Jumaat ada Al-Kulliyah (TV 3) dengan tajuk 'berhias' bersama panel jemputan Ustaz Uda dan finalist celebriti jemputan Pn. Wardina Safiyah.
Cukup jelas Ustaz Uda memberi penekanan dan teguran tentang cara berpakaian bagi Wanita Islam berlandaskan Al-Qur an. Buat aku suka, Ustaz Uda bercakap terus terang tanpa kiasan atau ayat berselindung. Dijelaskan tentang baju, kain, jilbab, setokin, solek. Juga Tentang tumit, tapak kaki, leher, rambut dan pelbagai lagi yang semakin dilupakan wanita kini.
Beberapa hari lalu menglang baca kembali sebuah buku bertajuk Fiqih Wanita tulisan Muhammad Athiyah Khumais. Bukti menunjukkan kewajipan pada peraturan berpakaian bagi wanita mukmin terkandung dalam :
1) Surah An-Nisa' ayat 30
bermaksud : Dan hendaklah mereka (kaum wanita) menutup khumur (tudung) mereka sampai kedadanya.
2) Surah Al-Ahzab ayat 59
bermaksud : Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan kepada para wanita mukmin : "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu sekurang-kurangnya supaya mereka lebih mudah dikenal, lalu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang"
Keterangan JILBAB :
Kata jilbab jamaknya jalabib, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuh sejak dari kepala sampai kaki, atau meutup sebahagian besar tubuh dan dipakai dibahagian luar sekali seperti halnya baju hujan.
* Muka dan dua telapak tangan tidak termasuk aurat dengan syarat aman dari fitnah.
Selari dengan keterangan Ustaz Uda dalam Al-Kuliyyah, saya amat meyakininya. Marilah kita sama-sama bermuhasabah untuk perbaiki lagi penampilan kita selayaknya dituntut dalam agama.
.
Nota : Terima kasih buat Ukhti Zu, Ukhti Zainab dan Ukhti Ai atas pemberian hadiah Jilbab yang cantik tu.

Subscribe to:
Posts (Atom)