Sunday, August 22, 2010

Nafsu

Diucapkan selamat berpuasa buat pembaca….
Tidak asing dari pendengaran kita bulan puasa ini, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga bahkan nafsu.
Berjayakah kita mendidik nafsu kita sendiri yang memerlukan kita berjuang mati-matian dalam peperangan melawan nafsu meskipun tanpa senjata.
Empat tingkat nafsu yang kita harungi dalam gelombang hidup bermula nafsu AMMARAH. Dengan ilmu dan usaha kita akan berjumpa nafsu LAWWAMAH, teruskan lagi usaha kea rah nafsu MULHIMAH, terus giat lagi usaha jangan jemu hingga berjumpa nafsu MUTMAINNAH.
Ah! Manusia biasa ni boleh ke tahap nafsu rodhiah yang diistimewakan kepada para wali? Untuk nafsu lawwamah pun kadang terumbang ambing, namun kuasa Allah maha pengasih penyayang maka berdoalah dan berusahalah menjadi pengurus dan pengendali yang cemerlang untuk diri kita sendiri dahulu kerana cabaran mualmalah sesama manusia amat menggusarkan pemarkahan dosa pahala kita..
Walaupun disuruh kita melawan nafsu namun hakikatnya kita masih juga memerlukan nafsu untuk hidup berkehendak berlandaskan apa yang Allah perintahkan, Ilmu dan amal kitalah yang membawa kita ke puncak jaya atau lubang jahanam.

Selamat berjuang..

Soalan mudah;
Berajayakah kita menjaga mata dengan hari ini ketika perjalanan pergi kerja, di tempat kerja hingga balik kerja?
Kalau ya, alhamdulillah, kalau sebaliknya mari istighfar dan baikki lagi hari esok (kalau diizin masih hidup…)

Friday, August 20, 2010

Mencari srikandi



Siri jejak rasul pada tahun ini berkisar srikandi Islam. Mungkin ramai antara kita yang terlepas pandang sebelum ini untuk memuhasabah diri menjadikan pejuang muslimah ini sebagai panduan untuk dihayati dalam hidup.

Teringat kenangan bersama sahabat baik.. Fiza sewaktu di kolej dulu. Nasyid Sumayyah antara yang menjadi persahabatan akrab. Di dewan asrama kita bawa radio untuk dengar nasyid melalui putaran kaset (klasik sungguh). Dan Ustazah Siti Khuzaimah datang duduk bersama kita lalu sama-sama mendendang lembut nasyid itu. Benar, waktu itu, saya belum mengenali ‘nilai’ Sumayyah yang disebut pejuang itu. Ustazah menerangkan serba ringkas dan kini tujuh tahun berlalu saya merasakan betapa harum wangi darah mujahidah pertama yang mati syahid ini.

Kita jangan terlupa bahawa ramai lagi nama-nama yang terukir di sisi Allah seperti Asiah isteri Firaun, Mariam Ibu Isa, Siti Khadijah, Siti Fatimah, Hana isteri Imran, Aisyah, Rabiatul Adawiyah dll. Tidak kurang yang di alunkan dalam nasyid-nasyid moden yang seharusnya boleh membuat kita mengingat semula kisahnya, dipelajari, dikaji dan diambil pelajaran sebagai hakikat hidup, bukan sekadar menyukai melodi dan keindahan penyanyi itu sahaja. Menonton di kaca televisyen saja pun tidak cukup, di tv kita Cuma ingat pada bulan Ramadhan saja, habis Ramadhan, habis juga cerita mujahidah ini. Teruskanlah mencari di buku-buku, kitab-kitab.

Sekarang zaman serba maju, berteknologi, kian berkembang dan membangun. Entah ada lagikah wanita untuk kumpulan srikandi ini. (turut mengingatkan diri sendiri). Kalau ada dimana kah ia, berapa ramaikah ia. Yang pasti jumlahnya memang tidak ramai, Nabi S.A.W pernah berpesan tentang janji Allah, selalu berdoa supaya kita termasuk dikalangan orang yang sedikit, bukan orang yang banyak. Akan bertemukah kita dengan kelompok srikandi ini sebelum kita menutup mata? Mari kita mencarinya..

Dititipkan sajak indah yang dipetik dari majalah Solusi Isu no 8:

Aku bukan Sumayyahmu!

Suamiku, bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulutku kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar dimatamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya.. bukan aku
Sumayyahmu

Dalam tangis ku cuba senyum seketika
Kau bermusafir
Seperti Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedang neraka dipagari nikmat

Monday, August 2, 2010

Muhasabah

Diakui sekarang lamanya tidak mengemaskini entry, bukan tiada cerita, bukan tiada bahan.
..Melihat pada tulisan2 yang lalu, terasa ingin mengubah gaya penyampaian. Terasa malu sendiri pun ada, seolah2 tulisan dari pemikiran yang santai. Aku muhasabah untuk perbaikki gaya dan bentuk penyampaian. Kalau dulu tadika, insya allah naik taraf darjah satu. Buat masa ini belum lagi. Mengambil banyak masa menyelak pelbagai bahan bacaan bermunafaat untuk dikumpulkan. Setakat ini belum ada yang mahu dikongsikan di paparan ini.
Seiring berubahnya zaman, banyak majalah yang dibeli dan dimilikki semuanya berakhir dengan 'pembuangan' tapi majalah agama tidak begitu. Sebagaimana dijaga qur an yang telah buruk lusuh, majalah agama juga dijaga dek kerana secebis hadis dan firman....
Kini aku.... dengan SOLUSI. Bagi yang mencari kesempurnaan HAMBA, milikkilah SOLUSI