Monday, March 23, 2009

Sekitar Walimah adik tercinta























Selamat Pengantin Baru De An dan Padli, moga bahgia ke akhir hayat dlm keredhaan Allah.
Padli, selamat dtg ke keluarga kami, penambah seri...Banyakkan sabar kalau De an asyik kena dengki dgn beradik kami, sbb habit dia yg buat kami suka menyakat..
De an, jlnkan tanggungjawab sebaiknya.. walaupun Ngah rasa macam ada x best skit (ye la..ko dah masuk dunia lain), tapi apo nak buek...
Tapi Ngah suka gak bila ko kena tarbiah, rasa mcm nak gelak geliati pun ada bila ko dah di'upgrade' skit he..Syukurlah dah masuk seorg ahli keluarga yg ada ciri2 imam. He....
Terima kasih kepada semua tetamu dan saudara-mara yang hadir, tidak lupa buat warga kampung yang datang rewang. Moga kalian dilimpahi rahmat atas sumbangan tenaga yang sungguh tak terhingga.
Buat pembaca budiman,
Doakan kebahagian kami sekeluarga.....

Monday, March 16, 2009

Azimat Hafiz Hafizah






Ya Allah!!! 20A?????!!!!!!
macammana dia belajar?
Pandainya budak ni?

Biasa kita dengar ayat-ayat kagum apabila seseorang pelajar itu berjaya mencapai keputusan luar biasa cemerlang.

KOTA BHARU - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Menurut seorang ustazah yang mengajar di Maahad Muhammadi Perempuan yang saya hubungi sebentar tadi ,beliau mengatakan ramai wartawan datang ke sekolahnya pagi ini termasuk dari Bernama,The Star,berita harian metro dan yang sewaktu dengannya. Dan setakat yang dia tahu Nik Normadiha adalah pelajar terbaik bagi negeri kelantan dan peringkat Kebangsaan bagi tahun 2008 .

(copy keratan dari http://muslimeen-united.blogspot.com)

Tahniah buat adik Normadiha..

Kejayaan tersebut membuktikan satu perkara iaitu "Man jadda wajada" - Siapa berusaha akan mendapat hasilnya-. Tidak kira siapa kamu, sebanyak mana harta kamu atau keturunan mana kamu. Yang penting adalah berusaha dan bertawakal kepada Allah.
(copy dari http://al-khazaain.blogspot.com/)

Bila dilihat secara dasar kejayaan adik madiha dan peraih2 kejayaan seangkatan adik madiha ini, menghafaz Al-Quran adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaannya. Bagaimana dia boleh membahagi masa untuk menghafaz dengan tugasan hariannya? Ya.. disiplin adalah pengaruh penting dan niat menjadi tunjangnya.

Bacaan Qur an bukanlah beban atau penyibuk dalam jadual harian kita. Ia menjadi pelengkap dalam segala urusan. Bezakan antara selesainya masalah/urusan bagi orang yg meletakkan Qur an di dalam hatinya berbanding orang yang tidak meletakkan sebahagian jiwanya untuk huruf Qur an? Ya mungkin kedua-duanya akan merasai kelegaan namun kepuasannya tidak sama. Dimana org yg meletakkan Qur an dalam hatinya akan mengakhiri proses urusan mereka dengan kesyukuran, kehambaan atas dirinya sebagai makhluk kepada tuhan.

Zaman kian canggih dan moden ini, jangan la memandai nak beralasan tak sempat memegang Qur an. Malas???!!! Kalau malas nak pegang mushaf, hafazlah. Teknik dan teknologi canggih juga telah mendekatkan kita kepada pembudayaan Qur an. MP3, MP4, download sajalah dari intenet, media hiburan Qur an, dengarlah IKIM.fm.

Kalau ahli keluarga bukan golongan hafiz/hafiz juga, boleh disangkal juga dengan contoh adik Normadiha dan seorang lagi si hafiz cilik adik Ahmad Mohamad Zahid yang saya kagumi.

Saya????!!!!!
Ewah-ewah.....pandai menasihat orang, diri sendiri pun mau ingat ye...

Moga Allah lindungi jiwa-jiwa org beriman.
Mari berjuang, perjuangkan ayat-ayat Allah!!!

* smlm dan hari ini saya terbaca tentang pengharaman lagu 'Allah Peduli'.. ada sesiapa boleh kongsi?

Tuesday, March 10, 2009

Rindu yg dicari

Dua hari sudah berlalu majlis sambutan Maulid Nabi di tempat saya Labis tercinta (walaupun rasa agak terkujat dgn berita Labis yg agak panas baru2 ini dan tahun2 sblmnya).

Lewat Februari lalu entah kenapa hati sy di runtun sepi..... serasa mcm ada yg tidak kecukupan. Mungkin jg asbab dari tarikan2 yg membuat hati sy meronta2. Dan akhir2 ini tarikan itu semakin menghimpit. Aduh! seksa utk menahan sabar....

Aku rindukan kumpulan2 seusia yg duduk bertarbiah. Aku rindukan malam indah seperti di KUSZA dulu. Aku rindukan berkeringat kerana korban demi agama seperti di YPJ dulu. Aku rindukan suara2 semelodi mengalun lagu zikrullah di kiri kanan ku ..Aku rindukan rakan yg sama sejalan seperjuangan bergenggam tangan di hadapanku, belakangku, sisiku....

Oh!! dimanakah mereka, atau aku yg tercampak jauh dari mereka... aku bersendiri bersama perjuangan yg tidak terlihat....

Dan baru berlalu Maulidur Rasul memberi sedikit penawar, melegakan kerinduan itu....Namun itu bukan sekadar cukup bagiku. Kaki melangkah mencari sang murabbi yg sudi memimpin ku di hadapan bertentangan pandangan ainun lahiriahnya.....

Saat indah itu sukarnya utk ditemui kembali tapi akan diusahakan jg utk kecintaan hakiki.

Ya Allah! izinkan daku menemui jalan itu...amin.

Tuesday, March 3, 2009

tidur dgn MP4

Malam tadi saya tertidur dgn telinga bersumbat MP4. Tak sengaja!!!

Kerana seronok berjumpa laman yg boleh download Qur an recitation Sheikh Masyary Rashid Al-Afasy (format MP3). Saya mula memuatkan dlm MP4 utk dibuat bekalan ke rumah (rumah xde internet hua...hua..). Klik blog sahabat http://subulassalam.blogspot.com/ atau http://www.mymaktabaty.com/

Lepas solat maghrib, mcm biasa berteleku ke dlm bilik biasa utk projek Qur an. Entah le.. dirasakan lokasi bilik yg satu ni senang utk kerja kaji-mengkaji Qur an..tempat lain mcm susah sikit, tak tahu le nape... baca buku pun mcm tu..
bukan itu saja, klu niat mlm nak qiam pun, bila tidur dlm bilik ni senang nak sedar. Aiyo... kes apa ni? ada penunggu ke? Tapi xde pula rasa seram sejuk.

Sebab bilik tu di bahagian dapur, sejak peristiwa musibah tempoh hari tu, mak suruh tidur di bilik lain (eeeeei tak bestnya), tapi ikutkan je..

Waktu baring2 nak tidur sy buka la MP4 tu dengar2 ceramah Ustaz Akhil Hayy dan entah bila terus ZZzzzz..... sedar2 je dengar suara Sheikh Masyari dan bateri terus 'kong' dan sambung tidur semula ZZzz....

Monday, March 2, 2009

Try error idea bisnes mini

Berbual dgn abah kelmarin,buat saya berfikir-fikir....

Rasanya dah dekat sebulan saya tak memetik limau kasturi utk jualan. Limau kasturi?

Ya.... saya kini sedang berjinak2 dgn dunia bisnes sampingan dari produk pertanian. Mengambil peluang berkecimpung dlm dunia IT mendekatkan saya kepada sifu-sifu yg mahir dlm kepakaran masing2 secara maya. Saya mendapat ilham kualiti produk dari mohdashiku.blogspot.com tentang tip penanaman limau.

Abah kurang minat dengan limau nipis sebab daunnya menjadi kesukaan ulat. Tambah lagi projek ini adalah pendptn sampingan jadi tumpuan kami byk kepada yg lain. Bermula dengan dua pokok, saya telah memperuntukkan keuntungan hasil jualan pertama untuk membeli 10 pokok lagi sebagai usaha menambah kuantiti dengan kualiti yg mampu dijaga.

Abah merangka-rangka jualan manggis. Dengan saluran idea-idea yg diutarakan saya menyusun-nyusun strategi melalui tulisan minda. O right abah!

Sehari sebelumnya saya mendapat semangat dari rancangan Nasi lemak Kopi o dlm temubual bersama Billy Lim dan Puan Mona Lisa melalui slot 'Berani Gagal'. Baru2 ni pun dapat contact semula rakan perjuangan di kolej tempat saya belajar dulu. Dia juga menceburi bidang yg hampir sama dgn saya. mm... ada juga tips darinya yg boleh dibuat panduan dlm merencana planning saya. Itu sudah bagussss.

That's is story of today