Monday, January 18, 2010

Generasi pertama dan generasi akhir

Bermula semalam memulakan ‘Tariq, menang atau syahid’ (tulisan Abdul Latip Talib), memperuntukkan dua hari untuk menamatkan bacaan dengan kefahaman.

Saya tertarik dengan intro Bab 12;

Nabi Muhammad berkata, “kebaikkan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan”

-Direkodkan oleh Tarmizi dan Nasa’i.

Saya merasakan berbezanya situasi perjuangan dan cabaran pembukaan sinar islam di luar Tanah Arab berbanding zaman Panglima Khalid. Zaman Tariq begitu rapat perkaitan dengan ‘perempuan’. Antara dendam Panglima Julian terhadap anak perempuannya, tawaran perempuan-perempuan gotik kepada tentera islam, permintaan pengiring Julian yang mengingini kanak-kanak perempuan tawanan Islam, godaan perempuan jelita bernama Isabela yang bertujuan untuk membunuh Tariq dan perempuan-perempuan yang dihantar kepada Khalifah Yazid bin Abdul Malik oleh Raja England kerana memenuhi kesukaannya.
Zaman ini banyak cabaran dari perempuan untuk melekakan, untuk melemahkan, untuk membuat para pahlawan berangan-angan.

Namun kecintaan Tariq kepada syahid memenangkan semuanya sehingga beliau dipanggil pulang…

Wahai perempuan-perempuan muslim,
Jagalah diri kamu, perkataan-perkataan kamu, gerak langkah kamu..
Jadilah pendorong kepada kekuatan agamamu..

Saturday, January 16, 2010

Oh! Andalusia..

Allah..., kenapa la sukar untuk menjiwai Tariq bin Ziyad, menang atau syahid.
Sudah sampai halaman ke belasan lebh kurang tiba2 lagu Uhud (kumpulan nasyid Brother)yang berdendang di mp3, telah berjaya mengejutkan saya. Alhamdulillah, dapat!

Tidak puas hati diselak semula helaian pertama selepas dedikasi. Ada nama-nama pahlawan yang membuat sel otak sedikit bergerak mencari-cari, mengingat-ingat akan Panglima Khalid Al-Walid. Tak puas hati lagi, diambil satu fail yang banyak dimuatkan artikel perang Islam. Mula melakar-lakar salasilah sejarah dan tahun berkaitan. Tak lupa ensaiklopedia peta dunia terbitan Fajar Bakti, menjejaki bumi Andalusia yang kini dinamakan Sepanyol.

Belum pun habis membaca baru 1/4, tetapi ia cukup untuk membangkit tenaga untuk menerima maklumat seterusnya.

Kisah yang berkisar di tanah Andalusia untuk membela rakyatnya yang dizalimi Raja Roderiga bernafsu binatang. Panglima Julian bukan pengkhianat kepada negaranya, tetapi beliau penyelamat selepas kecewa dengan kematian anaknya Florinda yang menjadi mangsa raja itu.

Panglima Tariq bin Ziyadlah yang mendapat seruan untuk berjihad bersama 12 ribu tenteranya. Tariq bin Ziyad dulu adalah orang suruhan keturunan Balbar tetapi dipilih Allah menjadi Panglima. Seterusnya.............. nak sambung baca lagi.

Bacaan lain secara on-line Klik

* Teringat2 lagu dendangan sifu M.Nasir 'Andalusia'. Sedang memikirkan dimana perkaitannya?

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu

Abah Ayah Bapa abi



Beberapa hari lepas ada isu pasal anak buang ayah. Ish!ish! macammana boleh jadi gini..
Masa sekolah dulu kan rajin buat karangan, KELUARGA saya, IBU saya, AYAH saya.

mm..saya panggil ABAH. Nampak manja sikit kan..
Masa kecil dulu entahnya kenapa, mungkin sengaja Allah turunkan ujian. Asyiknya la demam. Bila demam, abah la yang hantar ke klinik. Dari sekolah rendah sampai le ke sekolah menengah. Klinik dan hospital dah macam rumah sedara mara. Tapi tak le duduk wad. Yang bestnya, balik dari klinik pasti kami ‘ngeteh’.

Dan sekarang dah melepasi zaman muda-remaja (alamak! tua dah aku ni?? Toing!!!), asbab Allah punya perancangan, dalam adik-beradik, saya yang diamanahkan oleh-Nya paling dekat dan paling selalu ada bersama abah dan mak. (setakat buat masa ini).

Abah suka buat air sendiri tapi sesekali abah berkias minta saya buatkan air. He… rindu air tangan aku tu. Bila abah gurau dengan mak suka berkias, he… mesra tapi kadang adakala gurau abah melampau sampai mak bising, eei geram juga.

Ada masa saya berdebat dengan abah. Wah! Panas! Tak kira, aku nak menang juga! Tapi debat anak-beranak, tak perlukan pengadilan menang atau kalah. Yang pasti itu salah satu cara percambahan idea.

Dan yang pasti setiap hari selepas solat, adanya doa untuk mak abah yang terlafaz di bibir. Walaupun mereka menjejaki usia senja, belum pasti mereka yang akan pergi dulu. Sama ada mereka atau kita yang pergi dulu, saling berdoa untuk keberkatan dan keredhaan.

Peringatan dari Al-Maidah

Tafsir Qur an~ Al-Fur qan
A-Hassan
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd

Terjemahan Surah Al-Maidah

Ayat 45
Dan KAMI telah wajibkan atas mereka dalam (Taurat) itu, bahawa jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka-luka itu (ada) balasannya. Tetapi barangsiapa dermakan (hak membalas) nya, maka (adalah) dengan demikian itu jadi penebus dosa baginya, dan barangsiapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka (adalah) mereka itu orang-orang yang zalim.

Ayat 46
Dan KAMI telah iringka Isa, anak Maryam, sesudah mereka, sebagai menggenapi (khabar) yang ada lebih dahulu daripadanya dalam Taurat, dan KAMI telah beri kepadanya Injil yang padanya ada petunjuk dan penerangan, dan sebagai mencukupi apa yang lebih dahulu daripadanya dalam Taurat, dan (sebagai) petunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang berbakti.

Ayat 47
Dan hendaklah Ahli Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah padanya, kerana barangsiapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka (adalah) mereka itu orang-orang yang fasik.

Ayat 48
Dan KAMI telah turunkan kepadamu kitab (Qur an) dengan (membawa) kebenaran, sebagai menggenapi khabaran yang lebih dahulu daripadanya, iaitu Kitan Taurat, dan sebagai penyaksi atasnya. Lantaran itu, hukumlah antara mereka dengan apa yang Allah telah turunkan, dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka (yang bisa memalingkanmu) daripada kebenaran yang datang kepadamu. Bagi tiap-tiap (umat) daripada kamu, KAMI telah adakan peraturan dan jalan, padahal kalau Allah mahu, nescaya Ia jadikan kamuhanya satu umat, tetapi Ia mahu memberi pengujian kepada kamu tentang apa yang Ia telah kurniakan kepada kamu. Oleh kerana itu, berlumba-lumbalah (menuntut) kebaikkan-kebaikkan. Kepada Allahlah tempat kalian kembali, maka Ia akan khabarkan kepada kamu apa yang kamu berselisihan padanya.


---------------------------------------------------------------------------------


Ayat 51
Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan Yahudi-Yahudi dan Nasoro itu sebagai ketua-ketua, sebahagian daripada mereka (pantas) jadi ketua bagi sebahagiannya, kerana barangsiapa diantara kamu menjadikan mereka sebagai ketua-ketua, maka sesungguhnya ia (jadi) sebahagian dari mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Ayat 52
Maka engkau akan melihat orang-orang yang di dalam hati-hatinya ada penyakit itu, pergi dengan lekas-lekas kepada mereka, sambil berkata “kami takut, bahawa kami akan mendapat kecelekaan,” tetapi mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan dan pertolongan dari sisinya, supaya mereka menjadi orang yang menyesal atas apa yang mereka telah sembunyikan dalam diri-diri mereka.

Ayat 53
Dan berkata orang-orang yang beriman: “Apakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan bersungguh-sungguh dalam sumpahan mereka, bahawa mereka (akan bekerja) bersama-sama kamu?” telah gugurlah amal-amal mereka, lalu jadilah mereka orang-orang yang rugi.

---------------------------------------------------------------------------------

Ayat 55
Tidak ada ketua bagi kamu melainkan Allah dan Rasulnya dan mukminin yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, padahal mereka tunduk.

Ayat 56
Dan barangsiapa menjadikan Allah dan Rasulnya dan orang-orang yang beriman sebagai ketua-ketua maka sesungguhnya golongan Allahlah yang akan menang.

---------------------------------------------------------------------------------

Ayat 72
Sesungguhnya telah kufur orang-orang yang berkata bahawa Allah itu ialah Masih, anak Maryam. Padahal Masih telah berkata: “Hai Bani Israil! sembahlah Allah, tuhanku dan tuhan kamu, kerana barangsiapa menyengutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan atasnya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tidaklah ada penolong-penolong bagi orang-orang yang zalim.”

Ayat 73
Sesungguhnya telah kufur orang yang berkata bahawa Allah itu yang ketiga daripada tiga, padahal tidak ada tuhan, melainkan tuhan yang tunggal, dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan, nescaya akan mengenai orang-orang kafir dari mereka itu azab yang pedih.

Ayat 74
Dari itu,tidakkah mereka mahu bertaubatkepada Allah dan meminta ampunkepadaNya, kerana Allah itu pengampun, penyayang?


---------------------------------------------------------------------------------

Ayat 81
Dan kalau mereka beriman kepada Allah dan kepada nabi(nya) dan kepada apa-apa yang dirunkan kepadanya. Tentu mereka tidak jadikan orang-orang (yang kafir) itu sebagai ketua, tetapi kebanyakkan daripada mereka itu orang-orang yang fasik.

Ayat 82
Engkau akan dapati manusia (yang paling keras) permusuhannya kepada orang-orang yang beriman (ialah) Yahudi dan mereka itu yang menyengutukan Allah, dan engkau akan dapati sedikit-sedikit mereka (dalam) percintaan kepada orang-orang yang beriman, (ialah) mereka yang berkata : “Seseungguhnya kami Nasoro.” Yang demikian itu, lantaran diantara mereka itu pendita-pendita dan ruhban, dan lantaran mereka itu tidak sombong.

~ Sesungguhnya benarlah kata-kata Allah ~
Amin.

Nota : Perkataan KAMI merujuk kepada zat Allah yang bererti Kebesaran, KeagunganNya. Bukan merujuk kepada bilangan atau kuantiti lebih dari satu.

Sunday, January 10, 2010

Makan dengan berkat

Dalam Utusan Malaysia 1 Januari lalu, saya menggunting dan menyimpan artikel ‘Pantau bahan guna label halal’ tulisan Dr. Saodah Abd. Rahman (seorang Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama UIAM).

Sebagai umat islam kita semestinya menjaga sudut pemakanan bermula dari punca dan sumber untuk mendapatkan hasil yang diberkati. Saya percaya masih ramai dikalangan kita yang tidak mengambil kisah tentang apa yang dimasukkan ke dalam mulut mereka melainkan keinginan untuk kenyang, sihat dan cantik. (kadang-kadang nak baca bismillah mula makan pun lupa apatah lagi doa ketika kenyang).

Dalam usrah Sabtu lalu ada menyebutkan tentang perihal makanan. Tanggungjawab sebuah Negara untuk menyediakan makanan kepada rakyatnya. Menyediakan dalam istilah lebih luas menyentuh kepada pemantauan dan penguatkuasaan. Wajib menyediakan makanan yang halal untuk umatnya.

Artikel tersebut membayangkan tentang kepercayaan logo halal yang terdapat pada produk di pasaran. Ini menunjukkan kita masih perlu berhati-hati ketika membeli apa saja keperluan harian. Ini bukan saja merujuk kepada makanan tetapi juga bahan-bahan lain seperti ubat gigi, minyak wangi, alat solek dan macam-macam lagi. Ini tidak mustahil kerana jika dikira nisbahnya, berapa jauhlah nisbah produk islam yang dihasilkan di dunia ini berbanding produk bukan islam.

Kita disogokkan dengan jenama terkenal, nilai mahalnya barang/produk hingga tidak perasan kepada perkara yang lebih penting iaitu isi kandungan. Memanglah dimaafkan jika kita tidak tahu tetapi saya juga percaya ada yang ‘syubhah’. Mereka tidak tahu bahawa syubhah itu telah jatuh kepada hukum.

Saya sering menerima e-mail tentang produk yang mengandugi kod-kod berunsur lemak babi (tak pasti sama ada ia khabar ingin atau benar). Mula-mula mungkin kita berhati-hati setelah menerima pesanan, namun lama-kelamaan mungkin kita terlupa jika peringatan ini dibuat sekadar cara sembunyi-sembuyi. Mengapa tidak makanan yang mengandungi kod lemak babi ini, dilabel terus perkataan LEMAK BABI atau LEMAK KHINZIR. Kan mudah nak mengelak atau sekurang-kurangnya produk itu sah-sah mesti dijauhi jika terlanjur membeli buat kali pertama.

Makanan membentuk peribadi seseorang muslim, jika makanan yang dimakan tidak dijaga, ia akan masuk ke dalam tubuh untuk diproses menjadi hasil yang kurang berkat. Bila kurang berkat, jadilah hamba yang celaru….



*Gambar diatas adalah ahli keluarga saya dengan kisah makannya masing-masing.
Ada yang hidupnya agak murah rezeki dengan duit, lalu makannya disediakan orang. Entah le dari remaja sampai la ni dah kawin, saya cuma teringat air tangannya adalah mee hailam. Itupun waktu kami sekeluarga berkampung di rumahnya di KL, November tahun lalu. Yang lain macam betul-betul tak ingat.

Ada yang pernah menjadi bibik, yang ni sebab boleh memasak, kuranglah bergantung pada tukang masak kedai.

Ada yang raja makan, beruntung dia sebab bersuamikan lelaki yang ringan tangan dengan presentation masakan. Di awal perkahwinannya, dia lebih banyak memerhati si suami melayan periuk belanga (bukan tak pandai masak langsung) sekarang dah pandai la masuk gelanggang.

Itu semua perangai adik-adik, kakak yang sulong pula. Ok la dah dari dulu jadi kakak, bab makan mudah disediakan sendiri. Cuma kadang-kadang mungkin dah biasa dengan selera belah suaminya, jadi ‘chemistry’ dengan saya mcm kurang sikit.

Seorang lagi pra-wanita yang bakal bergelar wanita, kini sedang membesar dalam proses belajar untuk mengenal erti makan, dapur dan masak.

Saya? Dulu membeli makanan di luar dirasakan macam hidup bermewahan atau bermalasan, namun mungkin lama hidup ni lebih tahu dan faham sedikit tentang kaitan ilmu makanan dan kehidupan sebagai hamba Allah, lebih selesa makan dari periuk di dapur sendiri, lebih puas walaupun tak sehebat chef yang menjanjikan keenakkan menjilat jari. Namun bila dapat bersyukur, itu lebih memuaskan. Yang indah bila sesekali dilakukan sessi ‘open table’ berkeluarga, bukan selalu.

Apapun, pastikan makan, yang halal dimulakan bismillah, jika terlupa; bismillahi awwaluhu wal akhir.. (selalu aje lupa doa lepas makan, terbaca doa bangun tidur atau keluar tandas sebab ada kalimah alhamdulillah)

Tuesday, January 5, 2010

Dialog masalah ketuhanan

Dialog masalah ketuhanan “Jesus”

Gemparnya isu menggunakan perkataan ‘Allah’ yang berlaku di tanahair kita sekarang ini, menarik perhatian saya. Peminat buku dan kitab agama mungkin ada yang pernah melihat atau membaca sebuah buku bertajuk ‘Dialog masalah ketuhanan Jesus’.

Saya, hamba yang lemah masih lagi menimba ilmu dengan rasa rendah diri kepada Maha Pencipta ingin berkongsi beberapa isi kandungan buku tersebut yang diterbitkan semula oleh Saba Islamic Media Sdn. Bhd. Oleh sebab saya menulis entry ini asalnya secara offline, jadi macam ingat2 lupa bahawa sebelum ini pernah menulis entry yang sama. Tak apalah, kini saya mengulang semula bagi tujuan ‘refresh’ kembali.

Dialog ini berlaku antara Kiai Haji Bahaudin Mudhary (1921-1979) dan Antonius, seorang yang beragama Kristian Roman Khatolik semenjak kecil.

Saya kemukakan beberapa dialog pendek yang terdapat dalam buku ini;

(m/s:7&8)…Bahaudin : Adakah saudara mempunyai kitab Bibel?
Antonius : Ya, saya mempunyai kitab-kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru;yang berbahasa Inggeris: “The Holy Bible” dan juga kitab Bahasa Belanda: “Bijbellezingen voor het Huisgezin ” dan saya ada juga “Al Kitab” terbitan tahun 1968 dan terbitan 1970 serta kitab “Zabur”.

(m/s:13)…Bahaudin : Sila buka “Ulangan” fasal 4 ayat 35.
Antonius : Baiklah. Di fasal dan ayat ini menyatakan: “Maka kepadamulah Isa ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahawa Tuhan itu adalah Allah yang Esa, dan tiadalah selainNya Tuhan lagi”.

..Kalau begitu sila buka “Matius”, fasal 27 ayat 46.
Antonius: Baiklah, di fasal dan ayat tersebut menyebutkan: “Maka kira-kira pukul tiga itu berserulah Isa dengan suara yang nyaring katanya, “Eli,Eli, lama sabaktani”, ertinya: “Wahai Tuhan, wahai Tuhan, apakah sebabnya Engkau meninggalkan aku?”

(m/s:39)….Bahaudin: Baiklah, saya penuhi permintaan saudara. Sila saudara teliti kitab “Samuel yang kedua” fasal 7 ayat 22.
Antonius: Fasal dan ayat ini menyebutkan sebagai berikut: “Maka sesungguhnya sangat agunglah Engkau, Wahai tuhan Allah. Kerana tiada yang serupa denganMu, dan tiada tuhan melainkan Engkau, sebagaimana yang telah kami dengar telinga kami.”

Bahaudin : Di ayat ini jelas bahawa Isa sendiri menghadapkan kata-katanya kepada Allah, bahawa tiada yang dapat disamakan dengan Allah. Jadi Isa sendiri mengaku bahawa dirinya tidak sama dengan Tuhan, dengan kata lain dia bukan Tuhan, dan ditengah-tengah ayat itu Isa sendiri berkata: “…Tiada Tuhan selain Engkau..”, jadi Isa termasuk yang lain, yakni dia bukan Tuhan Allah. Di rangkaian ayat tersebut, Isa sendiri yang berkata, “…tiada Tuhan melainkan Allah..” mengapa kaum Kristian mengangkat Isa sebagai Tuhan? Sila teliti lagi “Yahya fasal 17 ayat 8

Begitulah sessi dialog yang berlangsung hingga sembilan malam lamanya hingga akhirnya Antonius sendiri dengan hati yang dikurniakan hidayat telah mengakui ke-Esaan Allah dan memeluk Islam pada malam terakhir 18 Mac 1970 pukul 1015 malam.

Jika dibuat persamaan kisah pemelukan Islam oleh Umar Al-Khattab, selepas mendengar alunan ayat dari kitab suci Al-Qur an. Kisah Kiai Bahaudin dan Antonius pun menggunakan kitab.

Apakah ada perkaitan dengan yang berlaku di tempat kita sekarang ini? Bagaimana kalau saya kata YA. Kitab Al-Qur an sukar dijumpai dalam pegangan kita (kecuali segolongan orang yang sedikit), apatah lagi berkaitan bab amalan. apakah ada meninggalkan kesan terhadap serangan musuh islam. Kaum kuffar sudah tidak diperdengar isi Al-Qur an lalu hati mereka menjadi bertambah keras untuk menggegar. Hujahan kita dari suara Al-Qur an semakin menghilang. Yang ada hanyalah hujah berdasarkan undang-undang dan akta yang bersifat fid dun ya. Sepanjang pengalaman hidup bersama kelompok-kelompok masyarakat memberi jawapan-jawapan pasti tentang janji Allah di akhir zaman ini, Bayangkan saja sepanjang saya pernah bersama kelompok masyarakat kecil satu ketika dulu, sungguh menyedihkan dalam setahun (mengambil tempoh singkat) bersama mereka tidak pernah kelihatan Al-Qur an bersamanya, tidak pernah diperlihatkan solat yang lima (adalah mustahil jika tidak terserentak 1 kali dari 365 hari untuk solatnya jika dikatakan solat tidak perlu menunjuk-nunjuk).

Maka, inilah masanya kita kembali kepada Al-Qur an untuk menghadapi situasi ini supaya pembelaan kita adalah dari suara Al-Qur an yang boleh melunakkan hati sesiapa pun juga yang hendak memahaminya. Mari kita perhatikan siapakah orang yang paling lantang dalam perbantahan dan pemberontakan. Sebagaimana hebatnya ayat yang melunturkan bara dendam Umar al-Khattab, tidak mustahil Allah akan turut memberi juga padanya. berdakwahlah kita berterusan dengan kemampuan kita masing-masing.

Sunday, January 3, 2010

Ulat dan kaktus

Ulat dan pokok kaktus,
Banyak juga blog-blog dan penulis yang memperkisahkan tentangnya. Tahun 2009 (1430H), membuat saya tersentuh dengan kisah ini.. oh! Tuhan, terasa begitu lama untuk menunggu si rama-rama yang cantik dan bunga nan indah itu.. Tahun 2010, saya.. dan anda juga pasti menginginkan sesuatu yang bermakna melalui azam yang yang telah dilakarkan. Bagaimana dengan kesimpulan KPI bagi tahun 2009/1430H?

Menelusuri hari-hari bagi tahun Hijri 1431 dan Masihi 2010, pastinya mengharapkan yang lebih baik dari tahun-tahun berlalu. Kadang-kadang Allah menganugerahkan kita kejayaan, kebahagiaan melalui jalan yang perit. Disitulah menguji kesabaran dan keimanan kita. Apapun masa kan terus berjalan. Usah terlalu lama menoleh kebelakang hingga terlupa jalan dihadapan yang masih ada berduri, mungkin lebih tajam.


Semalam saya temui semula diari kehidupan 15 tahun lalu (lingkungan lepasan SPM). Masih ada ruang-ruang kosong pada helaian seterusnya, saya mengambil pen dan menulis ulasan perkembangan peribadi sekarang dan juga watak-watak dalam diari tersebut. Terasa begitu banyak perubahan dan pengalaman dilalui. Saya berhasrat untuk menyimpan buku ini baik-baik, ia akan ditulis semula 10 tahun kemudian. (insya Allah, jika diizinkan panjang umur) pada kehidupan yang mungkin lebih lagi banyak perbezaannya. He.. mungkin waktu itu telah berkongsi dengan seseorang.. wa Allahu a’lam.

* Illustrasi gambar bukan sekadar hiasan, ada maksud disebaliknya bagi anda yang suka menafsir..
yang tak suka menafsir, duduk diam2.