Saturday, January 16, 2010

Abah Ayah Bapa abi



Beberapa hari lepas ada isu pasal anak buang ayah. Ish!ish! macammana boleh jadi gini..
Masa sekolah dulu kan rajin buat karangan, KELUARGA saya, IBU saya, AYAH saya.

mm..saya panggil ABAH. Nampak manja sikit kan..
Masa kecil dulu entahnya kenapa, mungkin sengaja Allah turunkan ujian. Asyiknya la demam. Bila demam, abah la yang hantar ke klinik. Dari sekolah rendah sampai le ke sekolah menengah. Klinik dan hospital dah macam rumah sedara mara. Tapi tak le duduk wad. Yang bestnya, balik dari klinik pasti kami ‘ngeteh’.

Dan sekarang dah melepasi zaman muda-remaja (alamak! tua dah aku ni?? Toing!!!), asbab Allah punya perancangan, dalam adik-beradik, saya yang diamanahkan oleh-Nya paling dekat dan paling selalu ada bersama abah dan mak. (setakat buat masa ini).

Abah suka buat air sendiri tapi sesekali abah berkias minta saya buatkan air. He… rindu air tangan aku tu. Bila abah gurau dengan mak suka berkias, he… mesra tapi kadang adakala gurau abah melampau sampai mak bising, eei geram juga.

Ada masa saya berdebat dengan abah. Wah! Panas! Tak kira, aku nak menang juga! Tapi debat anak-beranak, tak perlukan pengadilan menang atau kalah. Yang pasti itu salah satu cara percambahan idea.

Dan yang pasti setiap hari selepas solat, adanya doa untuk mak abah yang terlafaz di bibir. Walaupun mereka menjejaki usia senja, belum pasti mereka yang akan pergi dulu. Sama ada mereka atau kita yang pergi dulu, saling berdoa untuk keberkatan dan keredhaan.

2 comments:

  1. 2lah manusia.. bile dah besar mulelah lupe daratan.. :D

    ReplyDelete
  2. Ahmad Zulfadhli,
    apa-apa yang berlaku sekarang ini, telahpun diketahui oleh orang yang membaca dan dan yang memilikki keinginan untuk menyedari peringatan dari Allah melalui wahyu-Nya. Ia memang benar-benar menjadi petunjuk bagi kita. Ia benar-benar menjadi peringatan bagi kita..

    ReplyDelete