Tuesday, January 5, 2010

Dialog masalah ketuhanan

Dialog masalah ketuhanan “Jesus”

Gemparnya isu menggunakan perkataan ‘Allah’ yang berlaku di tanahair kita sekarang ini, menarik perhatian saya. Peminat buku dan kitab agama mungkin ada yang pernah melihat atau membaca sebuah buku bertajuk ‘Dialog masalah ketuhanan Jesus’.

Saya, hamba yang lemah masih lagi menimba ilmu dengan rasa rendah diri kepada Maha Pencipta ingin berkongsi beberapa isi kandungan buku tersebut yang diterbitkan semula oleh Saba Islamic Media Sdn. Bhd. Oleh sebab saya menulis entry ini asalnya secara offline, jadi macam ingat2 lupa bahawa sebelum ini pernah menulis entry yang sama. Tak apalah, kini saya mengulang semula bagi tujuan ‘refresh’ kembali.

Dialog ini berlaku antara Kiai Haji Bahaudin Mudhary (1921-1979) dan Antonius, seorang yang beragama Kristian Roman Khatolik semenjak kecil.

Saya kemukakan beberapa dialog pendek yang terdapat dalam buku ini;

(m/s:7&8)…Bahaudin : Adakah saudara mempunyai kitab Bibel?
Antonius : Ya, saya mempunyai kitab-kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru;yang berbahasa Inggeris: “The Holy Bible” dan juga kitab Bahasa Belanda: “Bijbellezingen voor het Huisgezin ” dan saya ada juga “Al Kitab” terbitan tahun 1968 dan terbitan 1970 serta kitab “Zabur”.

(m/s:13)…Bahaudin : Sila buka “Ulangan” fasal 4 ayat 35.
Antonius : Baiklah. Di fasal dan ayat ini menyatakan: “Maka kepadamulah Isa ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahawa Tuhan itu adalah Allah yang Esa, dan tiadalah selainNya Tuhan lagi”.

..Kalau begitu sila buka “Matius”, fasal 27 ayat 46.
Antonius: Baiklah, di fasal dan ayat tersebut menyebutkan: “Maka kira-kira pukul tiga itu berserulah Isa dengan suara yang nyaring katanya, “Eli,Eli, lama sabaktani”, ertinya: “Wahai Tuhan, wahai Tuhan, apakah sebabnya Engkau meninggalkan aku?”

(m/s:39)….Bahaudin: Baiklah, saya penuhi permintaan saudara. Sila saudara teliti kitab “Samuel yang kedua” fasal 7 ayat 22.
Antonius: Fasal dan ayat ini menyebutkan sebagai berikut: “Maka sesungguhnya sangat agunglah Engkau, Wahai tuhan Allah. Kerana tiada yang serupa denganMu, dan tiada tuhan melainkan Engkau, sebagaimana yang telah kami dengar telinga kami.”

Bahaudin : Di ayat ini jelas bahawa Isa sendiri menghadapkan kata-katanya kepada Allah, bahawa tiada yang dapat disamakan dengan Allah. Jadi Isa sendiri mengaku bahawa dirinya tidak sama dengan Tuhan, dengan kata lain dia bukan Tuhan, dan ditengah-tengah ayat itu Isa sendiri berkata: “…Tiada Tuhan selain Engkau..”, jadi Isa termasuk yang lain, yakni dia bukan Tuhan Allah. Di rangkaian ayat tersebut, Isa sendiri yang berkata, “…tiada Tuhan melainkan Allah..” mengapa kaum Kristian mengangkat Isa sebagai Tuhan? Sila teliti lagi “Yahya fasal 17 ayat 8

Begitulah sessi dialog yang berlangsung hingga sembilan malam lamanya hingga akhirnya Antonius sendiri dengan hati yang dikurniakan hidayat telah mengakui ke-Esaan Allah dan memeluk Islam pada malam terakhir 18 Mac 1970 pukul 1015 malam.

Jika dibuat persamaan kisah pemelukan Islam oleh Umar Al-Khattab, selepas mendengar alunan ayat dari kitab suci Al-Qur an. Kisah Kiai Bahaudin dan Antonius pun menggunakan kitab.

Apakah ada perkaitan dengan yang berlaku di tempat kita sekarang ini? Bagaimana kalau saya kata YA. Kitab Al-Qur an sukar dijumpai dalam pegangan kita (kecuali segolongan orang yang sedikit), apatah lagi berkaitan bab amalan. apakah ada meninggalkan kesan terhadap serangan musuh islam. Kaum kuffar sudah tidak diperdengar isi Al-Qur an lalu hati mereka menjadi bertambah keras untuk menggegar. Hujahan kita dari suara Al-Qur an semakin menghilang. Yang ada hanyalah hujah berdasarkan undang-undang dan akta yang bersifat fid dun ya. Sepanjang pengalaman hidup bersama kelompok-kelompok masyarakat memberi jawapan-jawapan pasti tentang janji Allah di akhir zaman ini, Bayangkan saja sepanjang saya pernah bersama kelompok masyarakat kecil satu ketika dulu, sungguh menyedihkan dalam setahun (mengambil tempoh singkat) bersama mereka tidak pernah kelihatan Al-Qur an bersamanya, tidak pernah diperlihatkan solat yang lima (adalah mustahil jika tidak terserentak 1 kali dari 365 hari untuk solatnya jika dikatakan solat tidak perlu menunjuk-nunjuk).

Maka, inilah masanya kita kembali kepada Al-Qur an untuk menghadapi situasi ini supaya pembelaan kita adalah dari suara Al-Qur an yang boleh melunakkan hati sesiapa pun juga yang hendak memahaminya. Mari kita perhatikan siapakah orang yang paling lantang dalam perbantahan dan pemberontakan. Sebagaimana hebatnya ayat yang melunturkan bara dendam Umar al-Khattab, tidak mustahil Allah akan turut memberi juga padanya. berdakwahlah kita berterusan dengan kemampuan kita masing-masing.

No comments:

Post a Comment