Thursday, June 19, 2008

Anak sedara

Ini bukan anak patung saya, semua-semuanya milik anak saudara saya Nurin Sakinah. Beumur 7 tahun dia...
Apa yang nak saya cerita bukan kisah anak patung ini tapi cerita disebaliknya.....
Dulu saya teruja sangat dapat anak sedara pertama Muhammad Fakhrul Radzi, sampai tak perasan tersilap cakap kat abang ipar. Nak cakap tahniah ter....cakap terima kasih. Kih!Kih!Kih!
Sebab dah pernah jd baby sitter so tak janggal sangat nak jaga yg sorang ni.. agak lasak masa kecilnya.. sekarang dah darjah enam, dah nak periksa UPSR. (Diam-diam dah nak bujang anak sedara aku ni).... Smpi sekarang aktif paling suka bersukan tapi..... satu le sifat dia yg unik sikit kuat merajuk, macam ibunya kot...... (klu Kak Long tau ni pun mesti geram ni!). Anak sedara yg kedua Irfan Syakirin, ni pun kuat rajuknya, tabiat merajuknya menyorok bawah meja ke bawah kerusi ke..... mukanya putih cerah, hensom sikit.... nak jadi saintis cita-citanya. Hmm... memang sesuai dgn habitnya yg suka bersendirian(buat kajian agaknya) dengan aktivitinya spt menghayati belalang, spider, anak ayam, melukis....
Dan yang ketiga Nurin, senang panggil Ude. Bijak orangnya....... kdg2 dlm diam saya yg belajar drpdnya (belajar apa? adala.....). Sebab belum muncul anak sedara yg lain maka Ude la yg selalu menjadi tumpuan... Anak-anak patung ni dialah yg punya. Dulu cuma satu sekarang dah banyak, ada yg diwarisi dr ibunya dan kebanyakkan hadiah dari makcik2nya, jiran dan kawan-kawannya. Gambar tu tahun 2004, bayangkan sekarang dah 2008 dah beranak-pinak dah.....
Saya........ tak menyimpan patung/bear tak minat tapi, suka GARFIELD...

Wednesday, June 18, 2008

Sahabat

hai x-classmate....
Ada yg masih berhubung, ada yg tenggelam timbul, ada yg tak dpt dijejaki.

Buat Fiza (JLKN)- Balik sabah bah, blik nnti jgn lupa buah tangan akak..
Lin ahmad - wa.. dah pakai trade alin_jayyid!
Mini - Hang dah pandai cakap lorat Kedah?
Wahida - masih kat BP?
Fizek - ni slalu gak YM,sapa la yg tak wish perkahwinan Fiza ni,alamak! hadiah belum bg lagi, tunggu baby pertama blh tak?
Mek Faira - amacam, dah settle blum?
Faris - boleh geng dgn mini duduk 1 negeri
Azam - harap berjaya,otai kelas Fujitsu ni..
Ayul - Sejak dah ada kreta susah nak berhubung, kreta apa ek? wira kan...
Amad - suka melawak, semua org suka tapi kdg2 smpi naik geram
PerutAjibBulat - 3 sekawan
Janggut - skrg buat janggut stail apa plk
Zakhy - di mana?
Jami/kecik/ajis - KL lg ke?

Tuesday, June 17, 2008


Semua orang tau la ni musim euro 2008. Demam bola, makan bola, tidur bola.......

Ramai orang bercakap pasal bola..
Termasuk la iklan ni..
yang kau tau, bola sotong!bola sotong! bola sotong!

Apa yg nak sentuh disini bukan pasal bolanya, bukan pasal bajunya, bukan pasal pemainnya, pun bukan pasal coach...

Dalam bayak-bayak gambar entah knapa aku cukup tertarik dengan gambar diatas.....
Tengok!
Satu pasukan yang dah dilih ke pertandingan international dirasakan mempunyai pemain yang cukup bagus, hebat...
Aku.... tak kenal pun sapa yang ada dlm gambar tu. Yang aku kenal David Becham, Ronaldo, Ronaldinho, Zinaden... itu je la. maklumlah org tak tak kenal bola...
Yang menariknya....
Betapa sokongan dari org atasan sanggup memimpin si pemain, itu yg mengusik jiwa.....
Orang dibawah al-maklum kita tau bila sedang belajar akan terima sepak terajang, sumpah seranah, maki hamun. Orang yg nak belajar memang kena telan semua tu demi untuk pandai. Org yg mengajar memang mengharapkan agar org yang diajar dpt memberikan yang terbaik. Jangan kasi malu tokey la.. senang cakap. Kita yang belajar ni pun mempunyai harapan untuk harumkan nama pasukan, nama geng nama pengajar. Namun bukan semua benda akan berpihak pada kita. Ada ketika orang yang diajar akan mengecewakan pengajar. Hakikat tu kena terima. Ada ketikanya pengajar perlu tolak ansur, gantikan sumpah seranah dengan kata perangsang, gantikan sepak terajang dengan kasih sayang...kerana pada waktu ini hati org di ajar tengah jatuh, semangatnya hilang akibat rasa bersalah yg amat sgt. Jika ada pengajar sanggup membuang ego pd masa-masa begini, ia akan membuat pelaburan untuk menjana kecemerlangan pada masa akan datang kerana org yg diajar ini telah berjanji dengan dirinya untuk menebus maruah pengajarnya, pasukannya...

Monday, June 16, 2008

Kali pertama..
Hidup kita bermula dengan kali pertama.
Dari semenjak kita dilahirkan, manusia memulakan hidup dengan langkah pertama dari tangisan, buka mata, senyum, mengereng, meniarap dan hingga kini kita dipanggil 'orang'.

Buat teman dan sahabat...
Hidup sebenarnya bukan dilalui dengan cara yg mudah.....
Hidup yg mudah ialah bg org yg tak memikirkan masalah, bagi org yg lari dr masalah...

Kematangan dtg dr cabaran yg pernah dilalui. Mgkin dari air mata, mgkin dari kesakitan, mgkin dari kejatuhan....

Tuhan tak pernah zalim pada hamba-Nya,
kita berdoa, kita meminta... pasti dikabulkan.

Sedikit kesenangan di satu-satu masa selepas berhempas-pulas dengan keringat..
Itupun bukan semua merasai nikmatnya...
Mungkin ditangguh ke satu masa yg kita tak ketahui..
Jgn berhenti berusaha....
Hidup selagi bernafas tiada makna putus asa
Cuma
setiap kita berlainan ketentuan

yang pasti jangan putus berharap kerana
janji kita sebagai manusia adalah untuk-Nya.....

Ingat, adanya langkah pertama kerana satu masa dulu kita menjadi JUARA!!