Wednesday, December 30, 2009

Datang lagi





Selamat Tahun Baru 2010,
Moga ada kebahagiaan untuk ku..








mmm.....


amin...

Menulis

Terasa macam tak sempat nak menulis entry baru.. tetapi jalan2 cari knowledge & skill di blog mari bina blog, buat saya tersenyum-senyum membaca post http://maribinablog.blogspot.com/2009/12/kering-idea-perlukah-copy-paste-entri.html . Pasal mencari idea untuk update blog. Terima kasih kerana mengingat kan. Sepanjang penulisan saya, saya kira macam belum pernah lagi le copy-paste bulat2 dari blog orang lain. Paling-paling saya ambil sedikit untuk buat promo dan bagi kredit baik punya.

Semacam ada tarikan, tadi singgah perpustakaan mencari-mencari buku baru untuk dibaca dan bakal menjadi bahan teroka. Memilih dua dari 4 buah buku, hanya 2 yang boleh dipinjam, salah satu berkaitan dengan teknik penulisan. Masuk blog sendiri, klik link pautan mana2 blogger yang update post, tertarik dengan peluang dari blog Professor Ahmad Nawawi Uitm. Wah! dapat lubang untuk sumbang tulisan dari tangan yang kerdil ni, nak la. Tak de pengalaman formal cuma teringat-ingat lepas SPM dulu ada buat dua buah cerpen remaja untuk diri sendiri. Tulis dalam buku latihan je. Sayangnya tak simpan betul2, dah hilang. rasanya yang satu lagi ada lagi sebab pernah terjumpa masa kemas-kemas rumah beberapa tahun dulu, yakin belum terbuang.
"Ya Allah! kurniakan aku buah fikiran dari petunjuk-Mu. Aku ingin menjadi seperti mereka.."

Wednesday, December 23, 2009

Bayang-bayang western centric

Bertanya dan berkongsi pendapat dgn sahabat subulassalam, memberi sedikit sebanyak maklumat baru seterusnya keizinan Allah menunjukkan saya suatu penemuan baru dalam ilmu sejarah. Sebenarnya, ia bukanlah penemuan baru dan asing selayaknya kajian bioteknologi, ia sebenarnya telah sedia ada, tapi akibat tiadanya daya usaha dari tangan ini maka apa yang hanya sejengkal duduknya dengan kita tidak akan ditemuinya..

Lanjutan dari keinginan pencarian kesan dari pembacaan buku tulisan Kassim Thukiman (rujuk entry lalu), hati saya terkinja-kinja hendak mencungkil rahsia dimanakah kekuatan Negara Islam hingga kemerdekaan Tanahair kita terpaksa dituntut kepada satu bangsa yang bukan berdauhlahkan Islamiyah.


Memetik sedikit isi artikel bertajuk ‘Membongkar sejarah tentera Islam Hanzar dan Hitler’.

….. Mengapa Mufti Baitul Maqdis Sheikh Amin al Hussein boleh bekerjasama dengan Hitler yang zalim itu?....

Antara Nazi dengan orang Islam mempunyai musuh yang sama; British, Yahudi dan Komunis. Pengisytiharan Palestin sebagai Wilayah haram Israel, penjajahan Negara Islam oleh British, kejatuhan Kerajaan Bani Uthmaniah dan kebangkitan Zionis adalah rentetan kepada usaha Sheikh Amin al Hussein membuat kerjasama ketenteraan ini.

Penubuhan division Hanzar yang diketuai sendiri oleh Sheikh Amin al Hussein dianggotai 100,00 muslim Bosnia. Division ini membawa panji khalifah Uthmaniah yang telah jatuh pada 1925 (mungkin ke angkara Mustaffa Kamal Attartuk?)

Malangnya, ramai yang tidak mengetahui kerana sejarah kezaliman Hitler telah menenggelamkan sesuatu yang ingin disembunyikan. Ketika itu ramai pemimpin-pemimpin Negara Islam yang baru merdeka daripada penjajah terus mewujudkan kerjasama dengan bekas penjajah demi mengekalkan survival politik mereka. Sedangkan Sheikh Amin al Hussein telah hidup dalam buangan sejak 1937 hinggalah ke akhir hayatnya pada tahun 1974 (*17 tahun selepas Malaysia Merdeka)demi membebaskan bumi suci Islam dan Negara Islam lain dari cengkaman Zionis Israel dan penjajahan barat.

Lagi, tertarik untuk saya mengeluarkan sedikit intipati muqaddimah pengarang Hj. Abdul Malik Bin Abdul Karim Amirullah dalam kitab klasik jawi bertajuk ’Cara Mengenal Tuhan’.

…… Bertambah meluaslah pergaulan dan percampuran suku-suku bangsa dan pemeluk agama. Masing-masing membawa adat istiadatnya dan pandangan hidup, dengan sendirinya telah turut membina kebudayaan Islam…

…… Kemajuan penyalinan falsafah Yunani, terutamnya falsafah Plato dan Aristotles menyebabkan timbulnya pertimbangan-pertimbangan secara falsafah. Maka kemajuan falsafah itu kadang-kadang dapat meragukan orang daripada agama. Orang yang lebih banyak mengemukakan dalil fikiran daripada dalil kepercayaan…

…..Akhirnya kemaiuan barat dalam cara berfikir tadi menimbulkan perubahan baru yang merubah sama sekali jalan sejarah. Datanglah penjajahan barat kepada alam timur. Benua Eropah yang dahulunya separuh telah pernah jatuh bawah pengaruh Islam, sekarang kembali mendudukki Negara Islam. Maka seketika bangsa barat itu masuk ke negeri-negeri Islam, mereka mendapati raja-raja Islam sedang leka dengan istana dan gundeknya. Ulama’-ulama’ Islam sedang mengaji kitab-kitab lama, pesaka lama, berkhayal mengenangkan zaman yang telah lama berlalu…

Apa yang dapat kita gambarkan dari dari petikan-petikan diatas? Sesungguhnya kita acapkali diperingatkan tentang strategi barat; tv, radio, buku, pelajaran di sekolah bahkan mak ayah kita pun selalu cakap. Disuruh meneladani pejuang/pemimpin Islam hakikatnya, kita tidak diperlihatkan tentang sejarah dari dahulu hingga kini yang tidak lari dari konsep ketuhanan dan agama. Mmm…mungkinkah terlalu banyaknya bayang-bayang western centric hingga menutupi apa-apa yang sebenarnya?

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah

Salam Maal Hirah 1431 Hijrah..
Moga buku lama yang ditutup telah dibawa keluar segala panduan untuk memulakan buku yang baru..

Tuesday, December 15, 2009

Fakta tersembunyi atau disembunyi..

Malaysia, Perspektif Sejarah dan Politik. Tulisan Kassim Thukiman, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan Sumber Manusia, UTM Skudai. Banyak aspek dan fakta yang mengejutkan saya yang tidak pernah diberitahu oleh cikgu-cikgu atau sesiapa, atau mungkin sekarang saya sahaja yang baru hendak membuka lembaran sejarah…

Susur galur corak pemerintahan yang terhasil pada zaman ini bertunjangkan sejarah politik era pentadbiran British. Logik juga dikatakan penulis yang mana sejarah Negara banyak dilihat dari western centric bukan dari kaca mata tempatan, dari jiwa yang sedar akan aku milik Allah. Tidak pasti sama ada fakta yang sebenar tersembunyi atau disembunyikan. Penerapan jati diri terhadap bangsa agama dan Negara tidak berjaya diterapkan ke dalam jiwa anak muda mungkin salah satunya adalah faktor fakta yang tersembunyi. Apapun asasnya adalah membaca dan meneroka, jika tidak rajin meneroka dan membaca kita tidak akan tahu.

Antaranya yang dihuraikan dalam buku ini adalah mengenai sebab dan akibat dari agenda penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam, strategi serangan Jepun, perkembangan ideology komunis berkaitan Negara China, kemerdekaan 1957 dan Suruhanjaya Reid, keluarnya PAS dari Parti Perikatan, Keluarnya Singapura dengan sikap Lee Kuan Yew, tegasnya Brunei tidak mahu menyertai Malaysia dan beberapa lagi yang lain.

Tidaklah saya terangkan secara mendalam kerana apa yang saya cari adalah sesuatu lain yang agak kompleks memakan masa bertahun-tahun mungkin.

Apa yang saya cari? Penghujungnya adalah nur Islam…

Sunday, December 13, 2009

belajar seumur hidup


ada orang habis sekolah, habis lah belajar. Ada orang dapat ijazah, habislah belajar.

Bangganya ada juga orang semakin tua tak habis belajar. Semakin belajar semakin bodoh, semakin mencari ilmu... selagi hidup jangan berhenti belajar..





* Terima kasih Mr Ayi atas kritikan membina. Saya akan perbaikki dan baiki dan baiki..

Menelusuri sejarah Johor (Siri 2)

Pasal Segamat, penulis banyak mendapat respond dari penyimpan sejarah yang mengatakan “jika hendak mengenal Segamat, kenal dulu sejarah sungainya”. Al-kisah Bendahara Tepok yang lumpuh, lari dari Melaka untuk meyelamatkan diri bersama anak-anak buahnya. Oleh kerana sukarnya menyelusuri jalan darat, baginda menggunakan sungai untuk memudahkan perjalanan hingga sampai di satu tempat yang selamat. Lokasi tersebut digambarkan sangat indah dengan pasir memutih dan air nyaman. Ketika dibawa mandi baginda tersangat puas dan berkata ‘segar amat’. Itulah asal nama Segamat. Selang beberapa keturunan sekitar Sungai Segamat meriah dengan kegiatan social dan ekonomi. Beberapa pengkalan untuk orang tempatan berdagang mula wujud. Yang paling popular adalah Pengkalan Esah. Selain kegiatan ekonomi, masyarakat di situ menggunakan sungai sebagai aktiviti hiburan dengan aktiviti yang dianggap seronok masa itu. Namun banjir besar 1926 telah meranapkan semua kemeriahan Sungai Segamat. Terkini banjir besar 2007. Juga kisah tersebarnya penyakit kusta, menjadikan sungai segamat bertambah muram. Dan sekarang tiada apa lagi yang dapat dilihat kecuali sekadar air yang mengalir.

Teringat saya pernah menyertai persembahan nasyid sempena Program Ekspedisi Kayak Laluan Bersejarah “Penarikan” ke Sungai Muar tahun 2004. Bertempat di perkarangan Jambatan Putus, Buluh Kasap. mm.. waktu itu apalah kesedarannya sangat pasal sejarah tempat itu, cuma dengar dan angguk-angguk o..

Jambatan Putus. Segamat adalah antara kawasan hebat bagi Jepun. Perebutan kuasa dengan British, menjadikan Jambatan ini sebagai sasaran bom oleh tentera British. Tujuannya supaya dapat melambatkan pergerakan tentera Jepun keluar dari Segamat untuk mara ke kawasan strategiknya. Tapi Jepun tak mati akal, dipotongnya pokok-pokok getah dan timbunkan ke dalam sungai supaya mudah diseberangi, dipikulnya basikal masing-masing. Hingga kini, Jambatan ini masih kekal dibiarkan sebegitu sebagai peringatan dan menjadi monumen sejarah yang boleh dilihat.

Kehebatan Jepun menguasai Tanah Melayu hanya dalam tempoh 2 tahun, buat kita terfikir2, apakah ilmu yang digunakan hingga mendapat kejayaan mudah untuk menjajah? O.. sebelum Jepun masuk ke Tanah Melayu, telah lama perisik-perisik Jepun menjalankan tugasnya disini. Perisik Jepun ini terdiri dari peniaga, doktor, tukang gunting rambut (gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut) Mereka berkhidmat disini dalam tempoh beberapa lama sambil menjadi agen memberi maklumat rahsia geografi Tanah Melayu kepada ketenteraan Jepun.

Lain, tidak dapat saya ceritakan pula sejarah Bukit Kepong, Liang Batu, Pagoh. Ini laluan ke rumah adik saya yang menetap di Muo. Laluan ini bukanlah asing, namun tinggalan sejarah dan pandangan alamnya, kadang-kadang buat saya, sedikit seram jika memandu bersedirian, hmm… perasaan saya sendiri kot, tapi apa yang dibaca menjadikan bayang-bayang itu seolah-olah baru lepas berlaku…. Dugaan….

Menelusuri sejarah Johor (Siri 1)

Buku ni dah pulang ke Perpustakaan. Alamak! Tak dapat nak dinyatakan pengarang dan penerbitannya…

Tidaklah dapat menghabiskan keseluruhan penceritaan buku ini di setiap Daerah di Negeri Johor. Buku ini pun memuatkan sekadar beberapa lokasi di setiap Daerah. Dalam pembacaan saya fokus pada daerah kelahiran saya, Segamat. Banyak yang saya tidak tahu tentang tanah Segamat ini selain ayat popular yang bermain di mulut “Segar amat”. Kenapa saya tak tahu, apakah lokek sangatkah mak, abah nak bercerita tentang sejarah bumi Segamat ini? Oh! Tidak… mak dan abah berasal dari Muo (loghat tempatan bagi Muar). Laluan kami balik kampung selama-lama hidup ni ialah Chaah-Yong Peng-Parit Ya’ani-Parit Sulong-Parit Yusof-Parit Jawa. Saya lebih mengenali sekitar tanah jajahan ini berbanding tanah kelahiran sendiri, Labis Segamat.

Buku ini menceritakan sejarah Parit Sulong berkaitan penjajahan Jepun. Kesan penulisan yang baik oleh si penulis mampu buat saya berdiri bulu roma kerana saya sempat melihat fenomena tinggalan sejarah itu waktu kecil dulu. Jambatan Parit Sulong menyimpan sejarah yang sepatutnya dipelihara tapi telah diroboh akibat pembangunan. Masih terbayang-bayang rumah pasung diperbuat dari papan yang sunyi sepi ditumbuhi rumput memanjat berhampiran sungai ini. Berhampiran sungai ada Sekolah Kebangsaan. Saya pernah berurusan dengan sekolah ini, terasa semacam juga dengan rekabentuk bangunan lama di pintu masuk sekolah. Namun dah ada beberapa bangunan baru dibina seiring dengan pertambahan murid. Menurut buku ini, di sekolah ini ada sebuah perigi yang telah mengalami zaman tragis dimana berlaku pembunuhan org2 cina oleh tentera Jepun. Perigi itu mengeluarkan bau yang sangat busuk mungkin kesan timbunan mayat-mayat.

Pada zaman komunis, wujud satu kumpulan Selendang Merah. Kumpulan ini terdiri dari orang alim yang memilikki amalan khusus yang pada masa itu berjuang untuk menentang komunis yang menindas orang Melayu. Waktu itu adalah tempoh sengitnya api semangat perkauman. Kumpulan ini panjangnya pengaruh dari Batu Pahat hingga ke Muo. Emak dan abah pernah cerita pengalaman mereka melihat sebahagian amalan mereka kerana arwah datuk dan datuk saudara saya turut menyertai kumpulan ini. Namun zaman mak dan abah kenal kumpulan ini, ia dah semakin hilang mungkin kerana waktu itu adalah tempoh masa selepas termeterai perjanjian damai antara Dato’ Onn dan ketua pemimpin Seledang Merah.

*Tak mungkin lupa peristiwa pernah ternampak seorang lelaki berpakaian putih dan berserban (berkulit agak gelap) seperti Pak Kiyai duduk di tepi sungai waktu saya kecil dulu, waktu itu sedang sibuk mencari abah dikebun tetapi terserempak dengan hamba Allah ini, perasaan ketika itu terlalu takut tetapi mulut seakan dikunci untuk menceritak semula pada keluarga. siapakah hamba Allah ini... adakah permainan minda saja. Namun peristiwa ini semacam ada misterinya..

Sepi yang lama



Lama menyepikan diri, sejak seminggu dua lalu. Banyak perkara yg sedikit sebanyak menidakkan kesempatan untuk menulis blog.
Malam ini dengan semangat lagu Ar-Ruhul Jadid, tangan ni jadi ringan untuk memulakan post kali ini.


…Penuh dugaan jika komputer peribadi rosak, rasa dunia ni kosong… oh! Terlalu cintanya pada komputer kesayanganku… merajuk dia, buat aku pun jadi tak tentu haluan hua..hua… Percaya pada ketetapan Allah sesuatu ujian yg kita hadapi dgn sabar akan diganti dengan nikmat yang lebih baik kemudiannya…. komputer dan kembali sihat malah lebih menceriakan aku si pemunyanya….. love u pc

…Isnin lepas terlibat dengan program kemasyarakatan di kampung setelah sekian lamanya tidak diadakan majlis ilmu seumpamanya. Rasa jiwa ni dah kering gersang dah. Menjadi kelaziman aktiviti kampung: majlis tahlil, yassin, Qur an. Tapi, yang berbentuk begini kali terakhir masa majlis Maulidur Rasul entah tahun bila. ….akhirnya dengan izin Allah telah berlangsung diskusi ilmiah Program Pembinaan Insan dengan kerjasama KEMAS Labis. Penceramah program tersebut ialah Cik Fadzliza binti Hj. Mahat. Tahniah! Cik Fadzliza kerana berjaya memberi serapan penjiwaan melalui respond dan riak emosi yang ditunjukkan oleh peserta program, hinggakan saya secara tak sengaja memberi komen tentang ‘pitching’ di penghujung program tu (jadi juru acara, boleh le bersuara sikit…). Pengisian ceramah berkaitan ‘konsep bersyukur’. Menyentuh tentang kemakmuran yang kita nikmati dan institusi kekeluargaan.

….Menghadirkan diri dalam mesyuarat yang dimonopoli oleh orang-orang lebih berusia dan berpengalaman buat saya jadi kecil sekecil-kecilnya…. Entahkan dengar ke tidak suara ni… tak pelah, ikut je lah…. Op! setiausaha, jawatan kanan tu, orang bagi tumpuan juga. Ada juga ‘tempat’ aku di sini…


….Petang tadi, berusrah. Ya Allah! Rasa syukur yang amat. Menghadiri program majlis ilmu sebegini baru terasa sel otak bergerak. Kami mendengar, membaca dan bertukar-tukar pendapat. Ada yang salah untuk diperbetulkan, ada yang betul untuk diulas….asal kita bernama insan yang selalu terlupa (saya yang selalu ter……lupa), jadi program usrah ini membantu saya untuk mengingat kembali…terasa banyaknya amalan yang tertinggal, kerana banyaknya tabiat mengambil ringan… banyak juga perkara yang tersalah tafsir kerana tersalah sumber atau tidak cukup sumber.

Ok la itu sedikit cerita peribadi sepanjang menyepikan diri…untuk sekadar waktu ini.