Tuesday, December 15, 2009

Fakta tersembunyi atau disembunyi..

Malaysia, Perspektif Sejarah dan Politik. Tulisan Kassim Thukiman, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan Sumber Manusia, UTM Skudai. Banyak aspek dan fakta yang mengejutkan saya yang tidak pernah diberitahu oleh cikgu-cikgu atau sesiapa, atau mungkin sekarang saya sahaja yang baru hendak membuka lembaran sejarah…

Susur galur corak pemerintahan yang terhasil pada zaman ini bertunjangkan sejarah politik era pentadbiran British. Logik juga dikatakan penulis yang mana sejarah Negara banyak dilihat dari western centric bukan dari kaca mata tempatan, dari jiwa yang sedar akan aku milik Allah. Tidak pasti sama ada fakta yang sebenar tersembunyi atau disembunyikan. Penerapan jati diri terhadap bangsa agama dan Negara tidak berjaya diterapkan ke dalam jiwa anak muda mungkin salah satunya adalah faktor fakta yang tersembunyi. Apapun asasnya adalah membaca dan meneroka, jika tidak rajin meneroka dan membaca kita tidak akan tahu.

Antaranya yang dihuraikan dalam buku ini adalah mengenai sebab dan akibat dari agenda penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam, strategi serangan Jepun, perkembangan ideology komunis berkaitan Negara China, kemerdekaan 1957 dan Suruhanjaya Reid, keluarnya PAS dari Parti Perikatan, Keluarnya Singapura dengan sikap Lee Kuan Yew, tegasnya Brunei tidak mahu menyertai Malaysia dan beberapa lagi yang lain.

Tidaklah saya terangkan secara mendalam kerana apa yang saya cari adalah sesuatu lain yang agak kompleks memakan masa bertahun-tahun mungkin.

Apa yang saya cari? Penghujungnya adalah nur Islam…

No comments:

Post a Comment