Sunday, December 13, 2009

Menelusuri sejarah Johor (Siri 2)

Pasal Segamat, penulis banyak mendapat respond dari penyimpan sejarah yang mengatakan “jika hendak mengenal Segamat, kenal dulu sejarah sungainya”. Al-kisah Bendahara Tepok yang lumpuh, lari dari Melaka untuk meyelamatkan diri bersama anak-anak buahnya. Oleh kerana sukarnya menyelusuri jalan darat, baginda menggunakan sungai untuk memudahkan perjalanan hingga sampai di satu tempat yang selamat. Lokasi tersebut digambarkan sangat indah dengan pasir memutih dan air nyaman. Ketika dibawa mandi baginda tersangat puas dan berkata ‘segar amat’. Itulah asal nama Segamat. Selang beberapa keturunan sekitar Sungai Segamat meriah dengan kegiatan social dan ekonomi. Beberapa pengkalan untuk orang tempatan berdagang mula wujud. Yang paling popular adalah Pengkalan Esah. Selain kegiatan ekonomi, masyarakat di situ menggunakan sungai sebagai aktiviti hiburan dengan aktiviti yang dianggap seronok masa itu. Namun banjir besar 1926 telah meranapkan semua kemeriahan Sungai Segamat. Terkini banjir besar 2007. Juga kisah tersebarnya penyakit kusta, menjadikan sungai segamat bertambah muram. Dan sekarang tiada apa lagi yang dapat dilihat kecuali sekadar air yang mengalir.

Teringat saya pernah menyertai persembahan nasyid sempena Program Ekspedisi Kayak Laluan Bersejarah “Penarikan” ke Sungai Muar tahun 2004. Bertempat di perkarangan Jambatan Putus, Buluh Kasap. mm.. waktu itu apalah kesedarannya sangat pasal sejarah tempat itu, cuma dengar dan angguk-angguk o..

Jambatan Putus. Segamat adalah antara kawasan hebat bagi Jepun. Perebutan kuasa dengan British, menjadikan Jambatan ini sebagai sasaran bom oleh tentera British. Tujuannya supaya dapat melambatkan pergerakan tentera Jepun keluar dari Segamat untuk mara ke kawasan strategiknya. Tapi Jepun tak mati akal, dipotongnya pokok-pokok getah dan timbunkan ke dalam sungai supaya mudah diseberangi, dipikulnya basikal masing-masing. Hingga kini, Jambatan ini masih kekal dibiarkan sebegitu sebagai peringatan dan menjadi monumen sejarah yang boleh dilihat.

Kehebatan Jepun menguasai Tanah Melayu hanya dalam tempoh 2 tahun, buat kita terfikir2, apakah ilmu yang digunakan hingga mendapat kejayaan mudah untuk menjajah? O.. sebelum Jepun masuk ke Tanah Melayu, telah lama perisik-perisik Jepun menjalankan tugasnya disini. Perisik Jepun ini terdiri dari peniaga, doktor, tukang gunting rambut (gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut) Mereka berkhidmat disini dalam tempoh beberapa lama sambil menjadi agen memberi maklumat rahsia geografi Tanah Melayu kepada ketenteraan Jepun.

Lain, tidak dapat saya ceritakan pula sejarah Bukit Kepong, Liang Batu, Pagoh. Ini laluan ke rumah adik saya yang menetap di Muo. Laluan ini bukanlah asing, namun tinggalan sejarah dan pandangan alamnya, kadang-kadang buat saya, sedikit seram jika memandu bersedirian, hmm… perasaan saya sendiri kot, tapi apa yang dibaca menjadikan bayang-bayang itu seolah-olah baru lepas berlaku…. Dugaan….

No comments:

Post a Comment