Sunday, December 13, 2009

Menelusuri sejarah Johor (Siri 1)

Buku ni dah pulang ke Perpustakaan. Alamak! Tak dapat nak dinyatakan pengarang dan penerbitannya…

Tidaklah dapat menghabiskan keseluruhan penceritaan buku ini di setiap Daerah di Negeri Johor. Buku ini pun memuatkan sekadar beberapa lokasi di setiap Daerah. Dalam pembacaan saya fokus pada daerah kelahiran saya, Segamat. Banyak yang saya tidak tahu tentang tanah Segamat ini selain ayat popular yang bermain di mulut “Segar amat”. Kenapa saya tak tahu, apakah lokek sangatkah mak, abah nak bercerita tentang sejarah bumi Segamat ini? Oh! Tidak… mak dan abah berasal dari Muo (loghat tempatan bagi Muar). Laluan kami balik kampung selama-lama hidup ni ialah Chaah-Yong Peng-Parit Ya’ani-Parit Sulong-Parit Yusof-Parit Jawa. Saya lebih mengenali sekitar tanah jajahan ini berbanding tanah kelahiran sendiri, Labis Segamat.

Buku ini menceritakan sejarah Parit Sulong berkaitan penjajahan Jepun. Kesan penulisan yang baik oleh si penulis mampu buat saya berdiri bulu roma kerana saya sempat melihat fenomena tinggalan sejarah itu waktu kecil dulu. Jambatan Parit Sulong menyimpan sejarah yang sepatutnya dipelihara tapi telah diroboh akibat pembangunan. Masih terbayang-bayang rumah pasung diperbuat dari papan yang sunyi sepi ditumbuhi rumput memanjat berhampiran sungai ini. Berhampiran sungai ada Sekolah Kebangsaan. Saya pernah berurusan dengan sekolah ini, terasa semacam juga dengan rekabentuk bangunan lama di pintu masuk sekolah. Namun dah ada beberapa bangunan baru dibina seiring dengan pertambahan murid. Menurut buku ini, di sekolah ini ada sebuah perigi yang telah mengalami zaman tragis dimana berlaku pembunuhan org2 cina oleh tentera Jepun. Perigi itu mengeluarkan bau yang sangat busuk mungkin kesan timbunan mayat-mayat.

Pada zaman komunis, wujud satu kumpulan Selendang Merah. Kumpulan ini terdiri dari orang alim yang memilikki amalan khusus yang pada masa itu berjuang untuk menentang komunis yang menindas orang Melayu. Waktu itu adalah tempoh sengitnya api semangat perkauman. Kumpulan ini panjangnya pengaruh dari Batu Pahat hingga ke Muo. Emak dan abah pernah cerita pengalaman mereka melihat sebahagian amalan mereka kerana arwah datuk dan datuk saudara saya turut menyertai kumpulan ini. Namun zaman mak dan abah kenal kumpulan ini, ia dah semakin hilang mungkin kerana waktu itu adalah tempoh masa selepas termeterai perjanjian damai antara Dato’ Onn dan ketua pemimpin Seledang Merah.

*Tak mungkin lupa peristiwa pernah ternampak seorang lelaki berpakaian putih dan berserban (berkulit agak gelap) seperti Pak Kiyai duduk di tepi sungai waktu saya kecil dulu, waktu itu sedang sibuk mencari abah dikebun tetapi terserempak dengan hamba Allah ini, perasaan ketika itu terlalu takut tetapi mulut seakan dikunci untuk menceritak semula pada keluarga. siapakah hamba Allah ini... adakah permainan minda saja. Namun peristiwa ini semacam ada misterinya..

No comments:

Post a Comment