Tuesday, June 17, 2008


Semua orang tau la ni musim euro 2008. Demam bola, makan bola, tidur bola.......

Ramai orang bercakap pasal bola..
Termasuk la iklan ni..
yang kau tau, bola sotong!bola sotong! bola sotong!

Apa yg nak sentuh disini bukan pasal bolanya, bukan pasal bajunya, bukan pasal pemainnya, pun bukan pasal coach...

Dalam bayak-bayak gambar entah knapa aku cukup tertarik dengan gambar diatas.....
Tengok!
Satu pasukan yang dah dilih ke pertandingan international dirasakan mempunyai pemain yang cukup bagus, hebat...
Aku.... tak kenal pun sapa yang ada dlm gambar tu. Yang aku kenal David Becham, Ronaldo, Ronaldinho, Zinaden... itu je la. maklumlah org tak tak kenal bola...
Yang menariknya....
Betapa sokongan dari org atasan sanggup memimpin si pemain, itu yg mengusik jiwa.....
Orang dibawah al-maklum kita tau bila sedang belajar akan terima sepak terajang, sumpah seranah, maki hamun. Orang yg nak belajar memang kena telan semua tu demi untuk pandai. Org yg mengajar memang mengharapkan agar org yang diajar dpt memberikan yang terbaik. Jangan kasi malu tokey la.. senang cakap. Kita yang belajar ni pun mempunyai harapan untuk harumkan nama pasukan, nama geng nama pengajar. Namun bukan semua benda akan berpihak pada kita. Ada ketika orang yang diajar akan mengecewakan pengajar. Hakikat tu kena terima. Ada ketikanya pengajar perlu tolak ansur, gantikan sumpah seranah dengan kata perangsang, gantikan sepak terajang dengan kasih sayang...kerana pada waktu ini hati org di ajar tengah jatuh, semangatnya hilang akibat rasa bersalah yg amat sgt. Jika ada pengajar sanggup membuang ego pd masa-masa begini, ia akan membuat pelaburan untuk menjana kecemerlangan pada masa akan datang kerana org yg diajar ini telah berjanji dengan dirinya untuk menebus maruah pengajarnya, pasukannya...

No comments:

Post a Comment