Saturday, January 16, 2010

Oh! Andalusia..

Allah..., kenapa la sukar untuk menjiwai Tariq bin Ziyad, menang atau syahid.
Sudah sampai halaman ke belasan lebh kurang tiba2 lagu Uhud (kumpulan nasyid Brother)yang berdendang di mp3, telah berjaya mengejutkan saya. Alhamdulillah, dapat!

Tidak puas hati diselak semula helaian pertama selepas dedikasi. Ada nama-nama pahlawan yang membuat sel otak sedikit bergerak mencari-cari, mengingat-ingat akan Panglima Khalid Al-Walid. Tak puas hati lagi, diambil satu fail yang banyak dimuatkan artikel perang Islam. Mula melakar-lakar salasilah sejarah dan tahun berkaitan. Tak lupa ensaiklopedia peta dunia terbitan Fajar Bakti, menjejaki bumi Andalusia yang kini dinamakan Sepanyol.

Belum pun habis membaca baru 1/4, tetapi ia cukup untuk membangkit tenaga untuk menerima maklumat seterusnya.

Kisah yang berkisar di tanah Andalusia untuk membela rakyatnya yang dizalimi Raja Roderiga bernafsu binatang. Panglima Julian bukan pengkhianat kepada negaranya, tetapi beliau penyelamat selepas kecewa dengan kematian anaknya Florinda yang menjadi mangsa raja itu.

Panglima Tariq bin Ziyadlah yang mendapat seruan untuk berjihad bersama 12 ribu tenteranya. Tariq bin Ziyad dulu adalah orang suruhan keturunan Balbar tetapi dipilih Allah menjadi Panglima. Seterusnya.............. nak sambung baca lagi.

Bacaan lain secara on-line Klik

* Teringat2 lagu dendangan sifu M.Nasir 'Andalusia'. Sedang memikirkan dimana perkaitannya?

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu

2 comments:

  1. Al Hambra: Mutiara Berlokan Duka.

    (Ilham dari harapan perjuangan ketika menatap foto Al Hambra yang terpenjara kesepian di bumi Andalusia.)
    http://fikru1mustanir.wordpress.com/2009/11/12/al-hambra-mutiara-berlokan-duka/#more-537

    Monumen duka puncak Teres
    tersergam kemerah-merahan
    mengamit rindu perpisahan
    senandungkan syair menghiris
    mengetuk hati pemuda harapan
    untuk bangkit membebaskan
    mutiara kilauan zaman
    di tangan kotor berkurun tertawan.

    Aliran Darro sederas derai air mata
    biar sinar mentari Granada mendakap mesra
    kesayuan menatap menyapa jua
    menyebak dada
    membakar gelora
    semangat dan cita…

    Jejalur cahaya di sela jendela Dewan Duta
    memancarkan seribu warna nestapa
    tembok dan 13 menara
    menjulur lambai ke udara
    secemas tangan-tangan lemas meronta
    minta diangkat dari banjir derita.

    Aliran dan pancuran air di Halaman Singa
    tak kan mampu menyejuk atmosfera jiwa
    juga membasuh aib di muka
    kita yang sedang berputih mata.

    Sabarlah Al Hambra…
    detik bahagia kan berkunjung jua
    menemani perjuangan pemuda harapan
    adalah Janji yang tak termungkirkan.

    Akan datang ketika…
    rantai belenggu yang dikalungkan
    oleh helah Ferdinand dan Isabella
    akan jaya kita putuskan.

    Sekalah air matamu…
    tiada guna menangis sendu
    dalam isak gadis pemalu
    kerana perjuangan pembebasan
    mendambakan keberanian si JANTAN!

    Selama Janji tak tertunai lagi
    perjuangan ini tak kan berhenti!

    ReplyDelete
  2. Syabab,
    puisi nan indah buat Al-hambra..

    ReplyDelete