Monday, January 18, 2010

Generasi pertama dan generasi akhir

Bermula semalam memulakan ‘Tariq, menang atau syahid’ (tulisan Abdul Latip Talib), memperuntukkan dua hari untuk menamatkan bacaan dengan kefahaman.

Saya tertarik dengan intro Bab 12;

Nabi Muhammad berkata, “kebaikkan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan”

-Direkodkan oleh Tarmizi dan Nasa’i.

Saya merasakan berbezanya situasi perjuangan dan cabaran pembukaan sinar islam di luar Tanah Arab berbanding zaman Panglima Khalid. Zaman Tariq begitu rapat perkaitan dengan ‘perempuan’. Antara dendam Panglima Julian terhadap anak perempuannya, tawaran perempuan-perempuan gotik kepada tentera islam, permintaan pengiring Julian yang mengingini kanak-kanak perempuan tawanan Islam, godaan perempuan jelita bernama Isabela yang bertujuan untuk membunuh Tariq dan perempuan-perempuan yang dihantar kepada Khalifah Yazid bin Abdul Malik oleh Raja England kerana memenuhi kesukaannya.
Zaman ini banyak cabaran dari perempuan untuk melekakan, untuk melemahkan, untuk membuat para pahlawan berangan-angan.

Namun kecintaan Tariq kepada syahid memenangkan semuanya sehingga beliau dipanggil pulang…

Wahai perempuan-perempuan muslim,
Jagalah diri kamu, perkataan-perkataan kamu, gerak langkah kamu..
Jadilah pendorong kepada kekuatan agamamu..

3 comments:

  1. bukan saje wanita je kene jage tingkah laku dan percakapan tapi seluruh manusia kerana segala amalan kite akan dihitung di padang mahsyar nanti.. :D

    ReplyDelete
  2. Fasiha, miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

    ReplyDelete
  3. Ahmad Zulfadhli,
    alangkah bagusnya kalau semua orang saling men'jaga' ek! tapi itulah hikmah Allah menjadikan syurga dan neraka bagi tujuan penganugerahan bagi kita yang diuji di dunia fana ini. Terima kasih atas makluman url stormreaders.

    ReplyDelete