Saturday, January 16, 2010

Peringatan dari Al-Maidah

Tafsir Qur an~ Al-Fur qan
A-Hassan
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd

Terjemahan Surah Al-Maidah

Ayat 45
Dan KAMI telah wajibkan atas mereka dalam (Taurat) itu, bahawa jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka-luka itu (ada) balasannya. Tetapi barangsiapa dermakan (hak membalas) nya, maka (adalah) dengan demikian itu jadi penebus dosa baginya, dan barangsiapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka (adalah) mereka itu orang-orang yang zalim.

Ayat 46
Dan KAMI telah iringka Isa, anak Maryam, sesudah mereka, sebagai menggenapi (khabar) yang ada lebih dahulu daripadanya dalam Taurat, dan KAMI telah beri kepadanya Injil yang padanya ada petunjuk dan penerangan, dan sebagai mencukupi apa yang lebih dahulu daripadanya dalam Taurat, dan (sebagai) petunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang berbakti.

Ayat 47
Dan hendaklah Ahli Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah padanya, kerana barangsiapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka (adalah) mereka itu orang-orang yang fasik.

Ayat 48
Dan KAMI telah turunkan kepadamu kitab (Qur an) dengan (membawa) kebenaran, sebagai menggenapi khabaran yang lebih dahulu daripadanya, iaitu Kitan Taurat, dan sebagai penyaksi atasnya. Lantaran itu, hukumlah antara mereka dengan apa yang Allah telah turunkan, dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka (yang bisa memalingkanmu) daripada kebenaran yang datang kepadamu. Bagi tiap-tiap (umat) daripada kamu, KAMI telah adakan peraturan dan jalan, padahal kalau Allah mahu, nescaya Ia jadikan kamuhanya satu umat, tetapi Ia mahu memberi pengujian kepada kamu tentang apa yang Ia telah kurniakan kepada kamu. Oleh kerana itu, berlumba-lumbalah (menuntut) kebaikkan-kebaikkan. Kepada Allahlah tempat kalian kembali, maka Ia akan khabarkan kepada kamu apa yang kamu berselisihan padanya.


---------------------------------------------------------------------------------


Ayat 51
Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan Yahudi-Yahudi dan Nasoro itu sebagai ketua-ketua, sebahagian daripada mereka (pantas) jadi ketua bagi sebahagiannya, kerana barangsiapa diantara kamu menjadikan mereka sebagai ketua-ketua, maka sesungguhnya ia (jadi) sebahagian dari mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Ayat 52
Maka engkau akan melihat orang-orang yang di dalam hati-hatinya ada penyakit itu, pergi dengan lekas-lekas kepada mereka, sambil berkata “kami takut, bahawa kami akan mendapat kecelekaan,” tetapi mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan dan pertolongan dari sisinya, supaya mereka menjadi orang yang menyesal atas apa yang mereka telah sembunyikan dalam diri-diri mereka.

Ayat 53
Dan berkata orang-orang yang beriman: “Apakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan bersungguh-sungguh dalam sumpahan mereka, bahawa mereka (akan bekerja) bersama-sama kamu?” telah gugurlah amal-amal mereka, lalu jadilah mereka orang-orang yang rugi.

---------------------------------------------------------------------------------

Ayat 55
Tidak ada ketua bagi kamu melainkan Allah dan Rasulnya dan mukminin yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, padahal mereka tunduk.

Ayat 56
Dan barangsiapa menjadikan Allah dan Rasulnya dan orang-orang yang beriman sebagai ketua-ketua maka sesungguhnya golongan Allahlah yang akan menang.

---------------------------------------------------------------------------------

Ayat 72
Sesungguhnya telah kufur orang-orang yang berkata bahawa Allah itu ialah Masih, anak Maryam. Padahal Masih telah berkata: “Hai Bani Israil! sembahlah Allah, tuhanku dan tuhan kamu, kerana barangsiapa menyengutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan atasnya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tidaklah ada penolong-penolong bagi orang-orang yang zalim.”

Ayat 73
Sesungguhnya telah kufur orang yang berkata bahawa Allah itu yang ketiga daripada tiga, padahal tidak ada tuhan, melainkan tuhan yang tunggal, dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan, nescaya akan mengenai orang-orang kafir dari mereka itu azab yang pedih.

Ayat 74
Dari itu,tidakkah mereka mahu bertaubatkepada Allah dan meminta ampunkepadaNya, kerana Allah itu pengampun, penyayang?


---------------------------------------------------------------------------------

Ayat 81
Dan kalau mereka beriman kepada Allah dan kepada nabi(nya) dan kepada apa-apa yang dirunkan kepadanya. Tentu mereka tidak jadikan orang-orang (yang kafir) itu sebagai ketua, tetapi kebanyakkan daripada mereka itu orang-orang yang fasik.

Ayat 82
Engkau akan dapati manusia (yang paling keras) permusuhannya kepada orang-orang yang beriman (ialah) Yahudi dan mereka itu yang menyengutukan Allah, dan engkau akan dapati sedikit-sedikit mereka (dalam) percintaan kepada orang-orang yang beriman, (ialah) mereka yang berkata : “Seseungguhnya kami Nasoro.” Yang demikian itu, lantaran diantara mereka itu pendita-pendita dan ruhban, dan lantaran mereka itu tidak sombong.

~ Sesungguhnya benarlah kata-kata Allah ~
Amin.

Nota : Perkataan KAMI merujuk kepada zat Allah yang bererti Kebesaran, KeagunganNya. Bukan merujuk kepada bilangan atau kuantiti lebih dari satu.

No comments:

Post a Comment