Monday, March 16, 2009

Azimat Hafiz Hafizah






Ya Allah!!! 20A?????!!!!!!
macammana dia belajar?
Pandainya budak ni?

Biasa kita dengar ayat-ayat kagum apabila seseorang pelajar itu berjaya mencapai keputusan luar biasa cemerlang.

KOTA BHARU - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Menurut seorang ustazah yang mengajar di Maahad Muhammadi Perempuan yang saya hubungi sebentar tadi ,beliau mengatakan ramai wartawan datang ke sekolahnya pagi ini termasuk dari Bernama,The Star,berita harian metro dan yang sewaktu dengannya. Dan setakat yang dia tahu Nik Normadiha adalah pelajar terbaik bagi negeri kelantan dan peringkat Kebangsaan bagi tahun 2008 .

(copy keratan dari http://muslimeen-united.blogspot.com)

Tahniah buat adik Normadiha..

Kejayaan tersebut membuktikan satu perkara iaitu "Man jadda wajada" - Siapa berusaha akan mendapat hasilnya-. Tidak kira siapa kamu, sebanyak mana harta kamu atau keturunan mana kamu. Yang penting adalah berusaha dan bertawakal kepada Allah.
(copy dari http://al-khazaain.blogspot.com/)

Bila dilihat secara dasar kejayaan adik madiha dan peraih2 kejayaan seangkatan adik madiha ini, menghafaz Al-Quran adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaannya. Bagaimana dia boleh membahagi masa untuk menghafaz dengan tugasan hariannya? Ya.. disiplin adalah pengaruh penting dan niat menjadi tunjangnya.

Bacaan Qur an bukanlah beban atau penyibuk dalam jadual harian kita. Ia menjadi pelengkap dalam segala urusan. Bezakan antara selesainya masalah/urusan bagi orang yg meletakkan Qur an di dalam hatinya berbanding orang yang tidak meletakkan sebahagian jiwanya untuk huruf Qur an? Ya mungkin kedua-duanya akan merasai kelegaan namun kepuasannya tidak sama. Dimana org yg meletakkan Qur an dalam hatinya akan mengakhiri proses urusan mereka dengan kesyukuran, kehambaan atas dirinya sebagai makhluk kepada tuhan.

Zaman kian canggih dan moden ini, jangan la memandai nak beralasan tak sempat memegang Qur an. Malas???!!! Kalau malas nak pegang mushaf, hafazlah. Teknik dan teknologi canggih juga telah mendekatkan kita kepada pembudayaan Qur an. MP3, MP4, download sajalah dari intenet, media hiburan Qur an, dengarlah IKIM.fm.

Kalau ahli keluarga bukan golongan hafiz/hafiz juga, boleh disangkal juga dengan contoh adik Normadiha dan seorang lagi si hafiz cilik adik Ahmad Mohamad Zahid yang saya kagumi.

Saya????!!!!!
Ewah-ewah.....pandai menasihat orang, diri sendiri pun mau ingat ye...

Moga Allah lindungi jiwa-jiwa org beriman.
Mari berjuang, perjuangkan ayat-ayat Allah!!!

* smlm dan hari ini saya terbaca tentang pengharaman lagu 'Allah Peduli'.. ada sesiapa boleh kongsi?

No comments:

Post a Comment