Monday, March 2, 2009

Try error idea bisnes mini

Berbual dgn abah kelmarin,buat saya berfikir-fikir....

Rasanya dah dekat sebulan saya tak memetik limau kasturi utk jualan. Limau kasturi?

Ya.... saya kini sedang berjinak2 dgn dunia bisnes sampingan dari produk pertanian. Mengambil peluang berkecimpung dlm dunia IT mendekatkan saya kepada sifu-sifu yg mahir dlm kepakaran masing2 secara maya. Saya mendapat ilham kualiti produk dari mohdashiku.blogspot.com tentang tip penanaman limau.

Abah kurang minat dengan limau nipis sebab daunnya menjadi kesukaan ulat. Tambah lagi projek ini adalah pendptn sampingan jadi tumpuan kami byk kepada yg lain. Bermula dengan dua pokok, saya telah memperuntukkan keuntungan hasil jualan pertama untuk membeli 10 pokok lagi sebagai usaha menambah kuantiti dengan kualiti yg mampu dijaga.

Abah merangka-rangka jualan manggis. Dengan saluran idea-idea yg diutarakan saya menyusun-nyusun strategi melalui tulisan minda. O right abah!

Sehari sebelumnya saya mendapat semangat dari rancangan Nasi lemak Kopi o dlm temubual bersama Billy Lim dan Puan Mona Lisa melalui slot 'Berani Gagal'. Baru2 ni pun dapat contact semula rakan perjuangan di kolej tempat saya belajar dulu. Dia juga menceburi bidang yg hampir sama dgn saya. mm... ada juga tips darinya yg boleh dibuat panduan dlm merencana planning saya. Itu sudah bagussss.

That's is story of today

No comments:

Post a Comment