Thursday, February 26, 2009

Berprogram

Semalam 26 Februari 2009, saya membawa 9 org remaja menyertai Program Lawatan Pendidikan anjuran Syarikat ke Kolej Komuniti YPJ Segamat.

Kami berkumpul di office jam lbh kurang 9.00 pg. Tapi student ni awal lagi dah tiba, cuma ada seorg yg agak lewat tp saya blh consider dgn komitmennya. Jam 10.00pg spt yg dirancang, tepat tiba di lokasi. Kami dihidang dgn sessi taklimat, persembahan montaj, lawatan site, pameran kursus dan akhir sekali jamuan tengah hari.

Adat berprogram, memang tak lepas dari risiko dan masalah. Fuh! berpeluh juga perah otak mencari idea, mencari alternatif. Dah lama tak berprogram, bila start balik, engine dah berkarat sikit.

Selepas ini saya merangka-rangka untuk program kampung pulak. Dah duk rapat2 dgn org kuat kg. ni ada chance le..... Dgn niat utk membawa perubahan kg ke arah kebaikkan, moga Allah menunjukkan jalan. Ada kerisauan di hati saya apabila terserempak dgn kumpulan yg duduk bermesyuarat jalanan. Apakah agenda mesyuarat jalanan ini?

Beberapa tahun duduk di kg. rasa sunyi dgn ketiadaan aktiviti pelbagai. Yang kekal hidup adalah program keagamaan,(kenduri tahlil, yassin dan mengaji Al-Qur an) dan kesenian (kompang). Program sosial kali terakhir saya ingat mcm dua tiga tahun lepas....mgkin faktor, masa, tenaga dan kewangan?

Beberapa tahun sy tinggal bersama parent, sy meninjau2 dan memahami personaliti org perseorangan kejiranan, melihat peluang2 yg boleh diwujudkan, melihat budaya dan kepercayaan dll. Emmm..... agak sukar juga, tetapi ia bukan penghalang besar.

Sekejap lg belia kg akan bangkit dengn ilham dari seorg hamba Allah.....insya Allah

No comments:

Post a Comment