Sunday, February 8, 2009

Syaitan itu dipuja?

Seperti yang pernah saya janjikan sebelum ini, hendak menulis tentang apa yang saya lihat dan dengar dari siaran channel 9; Nasi lemak Kopi O. Hari Ahad (1 Feb 2009) menyentuh isu 'Remaja Puja Syaitan'.


Jika diimbas secara kasar pendidikan zaman sekarang juga secara tak langsung telah diterapkan budaya memuja satu kuasa yang bukan merujuk kepada tuhan@Allah. Saya cukup setuju dengan pendapat Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd. Hambali tentang kanak2 yang dimomokkan dengan hantu. Masa awal remaja, adik-beradik saya pun suka sakat-menyakat pasal hantu. Paling senang nak didengki, adik saya yang bongsu la..pasal dia ni dulu paling manja, asyik2 menangis (wong jowo ngomong 'gembeng'). Kalau dia ke dapur, toilet ke seorang diri, "aiyoo... ada hantu", mesti dia nangis le pastu gi ngadu dengan mak. Sekarang turun kat anak sedara yang sulong pulak (harap2 dah naik sekolah menengah di dah gentle sikit, ye along!).

Ok, balik semula kepada tajuk kita tadi..
Dalam siaran tersebut, Prof. ada membawa beberapa contoh bahan bacaan yang sepatutnya perlu dijauhi oleh mereka. Salah satunya bertajuk 'The Satanic Ritual' (novel dewasa). Bahan bacaan kanak-kanak pun macam tu juga. Saya tak ingat tajuk buku tersebut tapi ada perkataan 'scary'. Bayangkanlah, setiap kali selak muka suratnya akan keluar kepala-kepala hantu (memang kreatif la pencipta buku ni buat gaya lipatan kertasnya). Bengong! Tak ke budak tu jadi takut! Amalan yang sepatutnya bagi orang Islam kalau tak buku agama yang ringan, buku-buku biasa pun memadailah... kemudian baca doa tidur..baca 3 Qul. Cuba tanya remaja sekarang, apa yang terkandung dalam 3 Qul tu? Saya pasti kalau tak senyum kambing mesti malu kucing, jangan sampai ada yg tersimpul biawak udah le...

Selain dari bahan bacaan, biasa juga kita jumpa golongan muda yang memakai pakaian bercorakkan syaitan sama ada gambar atau tulisan. Mereka ini fahamkah akan fungsi simbol tersebut? Ada yang sekadar suka2, ada yang menjadi pengikut. Inilah masalahnya orang Melayu Islam kita. Bila kata tak tahu memang la di maafkan..tapi yang dah tau dia tu tak tau, kenapalah tak belajar. Yang dah ditegur kenapa la degil tak mahu terima.

Saya pernah ditanya oleh bekas trainee berkaitan kemusykilan pemakaian baju yang mempunyai logo arak. Alhamdulillah.. kini dia telah mengetahui hukumnya. Memakai pakaian itu tidak salah, tetapi bila dihiasi dengan gambar/tulisan yang menyokong kepada kemungkaran kan jatuh hukum. Lagi, apa lah cantiknya memakai baju lambang syaitan, kan ke jelek, ditambah lagi dengan si pemakainya yang mungkin tak handsome mana, yang handsome pun dah jadi cacat. Handsome? ye la yang selalu saya nampak, pakaian lelaki. (Yang perempuan, cerita lain).

Bila kita lihat tempat2 kelahiran pelbagai muzik ganas pun dari luar negara yang mana pencinta budaya ini ialah mereka yang tiada kesedaran hidup bertamadun. Mereka memuja sesuatu sebagai tanda protes kepada sesuatu yang lain. Itu adalah sifat yang dipegang oleh orang yang tiada iman. Bila dibawa ke luar untuk mencari pengaruh, mangsanya adalah orang yang lemah juga tiada berpegangan. Atas sebab yang dikaburkan, maka anak bangsa kita juga yang terpengaruh dek bawaan ideologi tersebut. Tanpa disedari yang ianya bertentangan dengan landasan dan syariat Islam. Lihat saja budaya Gothic, Black Metal, Punk dan lain2. Golongan ini berpegang kepada suatu konsep yang menyeru bahawa ada suatu benda lain selain dari Allah untuk mengabdi diri. Aktiviti-aktiviti yang menjadi amalan adalh yang merosak akidah; menggalakkan percampuran luar batas, arak, zina dan lain-lain. Mereka bergelak ketawa bersukaria, menjerit terlolong samalah aeperti sedara mereka; syaitan iblis. Tetapi ketawa syaitan iblis ini kerana kejayaan mereka dalam misi penyesatan.

Dan lagi simbol jari tangan.
Mana la sama simbol 'peace' dengan simbol anak syaitan!
Simbol peace menggunakan jari telunjuk dan jari tengah - boleh dilakukan.
Ada simbol lain yang menunjukkan pegangan Kristian; Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Nabi Isa - Tidak boleh dilakukan.

Faizal Tahir pun baru mengetahui ada antara watak dalam 'superman' yang bermaksud tuhan dalam bahasa Ibrani (Yahudi). Begitu juga nama-nama dalam siri Pokemon.

Jika difikirkan balik, apa saja dalam dunia yang tiada kaitan dengan Yahudi? Ye lah! misi Yahudi untuk menawan dunia yang mana bangsa selainnya dianggap binatang. Kitab pegangan mereka (Taurat, Talmud, Cabala, Protokol) yang telah diubahsuai mempunyai misi menghancurkan masyarakat dunia. Hah! apa nak kata....(loghat kedah)

Akhir slot Isu tersebut, Prof menasihatkan ibu bapa agar menjauhi kanak-kanak yang dalam proses membesar ini, menonton rancangan yang merujuk pada suatu kuasa makhluk seperti Final Fantasy dll. Umumnya peringkat kanak-kanak adalah satu proses pengembangan minda dimana sifat ingin tahu, ingin mencuba kesan dari pengamatan mereka secara audiovisual. Sebab itu bila dari kecil dan diterap budaya hitam, bila besar ia sukar diputihkan fikirannya. Saya sendiri melihat anak saudara saya bila menonton siri kartun kesukaannya, memang keras duduknya atau baringnya di depan tv. Tak kisah makan ke, main ke, mandi ke. Memang penat la ibu ayahnya membebel. Memang bijak orang Yahudi ini meng'hipnosis'.

Saya pulak masa kecil dulu rasanya macam tak suka sangat tengok cerita kartun kecuali Tom and Jerry (suka smpi skrg). Tapi waktu remaja, suka sangat cerita Jepun Mearo Attack. Ini pun merujuk kuasa ajaib juga ni. Syukur, syukur saya tak tenggelam dek drama khayalan tu.

Zaman ini, zaman penuh pengaruh. Akan datang lebih mencabar. Terima kasih kepada pencetus idea QQ (Qur'anic Quotien). Ideologi ini boleh menjadi pembantu kita dalam menghadapi kesulitan hidup dalam masyarakat. Jangan salah anggap, ini bukan ciptaan baru. Kita tetap berpandukan Al-Quran dan sunnah namun QQ membantu kita ke arah itu.

Moga Allah selamatkan jiwa kita dan jiwa generasi-generasi kita.

Amin..

No comments:

Post a Comment