Monday, February 16, 2009

Tahniah De' an!!!!!

Esok 18 Februari hari Jadi De' An, adik saya yang kedua bongsu.
hari ini saya nak menulis tentang dia... (An anggaplah ini hadiah yang kekal selagi Ngah berblogging he..he..)
Semalam adalah berita gembira baginya atas kejayaan dalam ACCA. Tahniah An!
De an..
setakat ni, dialah yg menggondol juara kategori akademi dalam keluarga. (Ada lagi sorang, si bongsu yg sdg berhempas pulas perah keringat la ni). Kalau nak dibandingkan tahap timang2 mak abah ni kira dia la kot yg paling tinggi lambungannya...
Dari kecil memang agak cerdik. Entah apa yg mak tanam dengan uri De an ni tak tau pulak. Mengikut petua org2 tua zaman dulu, uri anak dilahirkan kena tanam dengan benda2 mengikut apa yg diinginkan pada anak itu. (Seingat saya, uri saya abah tanam dengan buku dengan pensil, sebab tu tak jemu membaca dan suka menulis=menaip). Tapi zaman sekarang dah tak amalkan lagi.
Masa kecilnya agak pendiam tetapi sejak berada di sekolah menengah dia mula membuat anjakan paradigma dari sudut 'volume' hinggakan Kak Uda kdg2 gelarkan dia ni 'kucing' sebab mengiaunya yg kdg2 adussss perit telinga. Habitnya suka mengumpul kartunan hinggalah dia berkerjaya. Walaubagaimanapun habit ini sudahpun dihentikan sejak berkhidmat di LPP. Mungkin juga kerana Kak Long suka sgt menghadiahkan buku2 dan majalah kartun masa zaman kanak-kanaknya memberi kesan terhadap kecintaannya pada barang2 mainan utk tempoh yg sgt lama. Tak pasti diamalkan lagi ke tidak sekarang ni; kalau pergi ke Fast Food Restaurant bukan nak makan sgt tapi kerana nak dapatkan hadiah, tu yg kartun2 jadi berkotak2 bawah katil. Tak tau le nak diwariskan kepada siapa.. (anak kot)
Kami adik-beradik suka mengambil gambar. Udah le semua perempuan, suka bergaya, berposing so album2 gambar kami memang banyak tersimpan (yang dah lusuh koyak, luntur warna pun disimpan lagi). Dalam bab perunding imej, dia ni pun la yg biasa menjadi juru rundingnya. Ye la, asal balik kg je buat latihan, baru2 ni je tak, mgkn tak sempat gaknye...Alhamdulillah, bergaya sakan macammanapun tidaklah smpi melanggar batas.
Saya org pertama dalam keluarga yg membeli kamera (Beli di Mydin JB harga RM30) tapi De an org pertama yg membeli Digicam. Kalau kami berfoto memang tak sah klu tak try2 posing.
Ini beberapa gambar yg sempat diambil untuk tatapan. Mungkin ada rakan, guru, pensayarah atau sesiapa saja yg mengenali dia ni.. Semoga terus berjaya dan berjaya yg penting jangn 'kede..'(kut)' Selamat hari Jadi An yang ke-26..


De an masa TADIKA, tak boleh tunjuk gambar muka depan takut dia malu.
Yang atas pentas tu dah jadi Leftenant TLDM.


Khatam Qur an, (13 tahun kot), tengok mukanya! mcm tepung gomak
Kalau tengok gambar ni mesti 'Hasyiatun ' yg disalahkan pasal tak buat tangan tu mcm kawannya yg lain. Kesian Hasyiatun.


Besar sikit, pandai posing dah


Ni kawan baik dia sejak sekolah rendah lagi, Jo Lin
katanya dah ke over sea


KL tahun 1997

Ni bukan gambar terbaru tapi kira baru beberapa bulan lalu, Now menjawat jawatan Pengurus Kewangan LPP, Bandar Damansara.

Ini siapa, ada tanda ? Ini bakal suaminya..
Tunggu saya tulis post tentang perkahwinan mereka lewat Mac 09 nnti

No comments:

Post a Comment