Tuesday, February 24, 2009

Sekolah Agama Johor

Beberapa hari lalu, saya membaca buku 'Pengukir nama Johor' terbitan Yayasan Warisan Johor. (Baru je menjadi ahli Perpustakaan Awam). Saya tertarik tentang biografi Haji Abdul Ghani Yahya. Beliau ialah antara orang yg mula2 terlibat dengan cetusan-cetusan Sekolah Agama Johor.

Pada 1918, diatas titah Sultan Ibrahim, pendidikan agama Islam secara formal telah diperkenalkan di negeri Johor melalui sistem Sekolah Al-Qur'an dengan memfokuskan pembelajaran Al-Qur an sahaja. Pada 1920, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kitab kerana telah memasukkan pelajaran Tauhid, Ibadat dan Tasauf. Pada 1923, ditukar lagi kepada nama Sekolah Agama Petang kerana ditambah lagi matapelajaran Muamalat, Munakahat, Faraid, Jenayah, Akhlak, Tarikh, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.

Jasa beliau amat besar kerana telah mengarang beberapa buah kitab :
Ibadat Darjah i hingga iv
tauhid darjah i hingga iv
Tarikh Islam darjah v
Adab darjah vi
Tasauf darjah v
dan
Tasauf darjah iv

Selain daripada itu beliau turut mengarang dan menerbitkan buku yang antaranya:
Kitab Tafsir
Kitab Risalah Tauhid
Suluh Mutaalbadrin
cahaya Mastika
Pertolongan sahabat
Idaman penuntut

Kesemua buku ini adalah zaman persekolahan saya. Kitab Mutaalbadrin adalah kitab yang paling rumit difahami saya pada masa itu. Ini kerana ia menggunakan gaya bahasa klasik. Bagaimanapun saya tidak bermasalah untuk membaca kerana boleh kata 'expert' la jawi klasik. Tulisan jawi sekarang adalah jawi moden yg kdgkala rasa mcm ak masyuuuuk.... Tak kisahla..yang penting pengisiannya yg mesti difahami untuk di'amali'. Cuba bagi budak2 sekarang buka Kitab Mutaalbadrin ni, bagi diaorg sebut satu ayat pun cukuplah. Tengok, berapa minit diaorg blh lafaz...he...

Selain bergiat aktif dlm penulisan dan agama, Haji Abdul Ghani turut menyumbang bakti dalam UMNO dan menjadi orang yg paling rapat dengan Dato' Onn bin Jaafar. Beliau menghembuskan nafas yg terakhir pada 20 September 1994.

Al-Fatihah utk beliau...

Lipatan sejarah: Saya telah mengulang darjah satu dan darjah enam dua tahun berturut2 kerana tak lulus he.... akhirnya... berjaya juga menamatkan kelas ke peringkat Darjah Khas..

Dedikasi:
Terima kasih buat semua guru-guru sekolah agama yg telah mengajar saya..cikgu, doakan saya

No comments:

Post a Comment