Wednesday, February 4, 2009

Tanda2 yang menghampiri



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Buletin Utama TV3 mlm td membuat saya sedikit penat. Isu pergolakan politik Malaysia dan berita peningkatan paras air di bawah Masjid Nabawi Madinatul Munawwarah. Tambah lagi isu Gaza; penyusutan Wilayah Palestin semenjak 1946-2000 yang diganti dengan pendudukan Israel laknatullah.

(Oh! Ada rasa berdebar bercampur takut yang bermain di benakku) Inilah yang nak yang nak saya kongsikan dengan pembaca beberapa isi dari buku yang saya baca minggu kebelakangan ini. Anda pernah dengar 'Armegeddon'? (Filem yang cukup gah di persada seni lewat 90-an). Itu istilah yang di'label' oleh kaum kuffar.

Hakikatnya, apa yang berlaku dari tahun ke tahun menuju kearah itu. Sedar ataupun tidak, kita kaum muslimin sudah diberi ingatan bahawa apabila Israel telah membentuk tanah menjadi wilayahnya, segala tanda2 akhir zaman yang semakin besar akan berlaku sedetik demi sedetik dalam tempoh yang tak disangka-sangka secara berturutan.

Apa kaitannya dengan Masjid Nabawi?


Sabda Nabi bermaksud;

" Setelah peperangan Baitul Maqdis adalah kehancuran Yathrib, setelah kehancuran Yathrib adalah terjadinya pertempuran besar, setelah terjadinya pertempuran besar adalah penaklukan Konstantin, dan setelah penaklukan Konstantin adalah keluarnya Dajjal".

Nauzubillah..

Wahai saudaraku, masanya itu bukanlah jauh, sikit saja lagi. Anda takut? Siapa yang tidak takut. Namun kita ada penawar seperti sabda Nabi lagi "beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok dan berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi".



Sedikit penawar dan menjawab persoalan saya satu ketika sebelum ini ialah sumber yang mengatakan bahawa Islam akan bangkit dari Asia pada akhir zaman nanti (lupa pulak dari sumber mana saya baca). Namun itu bukan bermakna kita boleh duduk selesa. Mari kita berdoa ke hadrat Allah S.W.T untuk keselamatan diri, keluarga, bangsa dan agama.



Tiga agama besar menunggu-nunggu turunnya Isa Ibnu Maryam. Yang membezakan kita adalah pegangan dan Qur'an yang memberi keterangan. Kedatangan penyelamat2 (Imam Mahdi dan Isa Ibnu Maryam) adalah semasa rentetan peperangan. Bagaimana wujud peperangan? Bukankah dari perebutan sesuatu? Merebut apa? Mungkin kuasa, ancaman, pangkat, harta dan macam-macam lagi yang mengundang petaka. Nah! Lihat sendiri apa yang berlaku di tempat sendiri. Mari kita bermuhasabah.



Terasa penat minda saya dengan berita2 TV3 ni. Saya beralih ke channel Astro Oasis. Ada doa dalam lagu gemersik suara Ustaz Asri Rabbani.

'Berilah pertolongan kepada orang Islam dan kaum Muslimin,


Binasakan kekufuran kaum musuh musyrik,


Hancurkanlah musuh Engkau dan musuh agama-Mu


Yang Maha Pemberi Balasan,


Wahai tuhan Yang Maha Perkasa'


Tajuk lagu: Doa kedamaian
*Wahai sudaraku, janganlah hendaknya putus berdoa untuk mereka Jihadi Palestina.

Hujung minggu ni ada Majalah 3 yang membawa kisah dari Gaza. Jangan lupa tonton ye...



Moga tulisan ini dapat membantu sedikit sebanyak peringatan kepada mereka yang lalai dan saya yang leka..



Rujukan:


1) Perang Armageddon dan kedatangan Imam Mahdi

Amin Muhammad Jamaluddin


2) Peringatan di akhir zaman

Ustaz Reza Abd. Rahman

Dedikasi : Terima kasih abah, terima kasih Cikgu Din.





2 comments:

  1. SALAM JIHAD.....SAAT PALESTINE DI SERANG MALAYSIA AD JUARA LAGU...ARTIS BERTAFAKUR DALAM KEADAAN TELANJANG BETAPA KURG AJAR DENGAN ALLAH ( XKN BCE FATIHAH DLM PKAIAN MCM SETAN )...AKN DATG ( SMOGA ALLAH GAGALKAN ) KNSERT RIHANNA KAFIR PLOK...MANE RASA CNTA PD SEDARA ISLAM PMIMPIN2 KITA...KITA BICARA AKHIRAT NANTI...SMOGA ALLAH BERI KTA PTUNJUK MENENTANG MEREKA YG PERMAINKAN HUDUD...AMINNN

    ReplyDelete
  2. Anonymous,
    Dalam zaman serba mencabar ini semua ada. Kita pun jangan henti berdakwah dan berdoa...

    ReplyDelete