Sunday, February 15, 2009

Adik-beradik

Bercerita tentang adik-beradik, setiap keluarga pasti menyimpan seribu satu macam kisah. Lagi besar ahli keluarga, lagi meriah peristiwa-peristiwa yang nak dicoretkan. Alangkah indahnya keluarga yang bahagia hidup penuh kerukunan.

Apapun kejadian Allah, dijadikan berbeza untuk mencipta keunikan pada diri individu..

Semalam sy terserempak dgn bekas rakan sekolah di farmasi. Seingat saya ni jumpa kali kedua (adohai...asyik la tanya mana husband, takutnya terserempak lagi).. nak dikaitkan dengan tajuk 'adik-beradik', al-kisahnya dia ni mempunyai seorang adik yang dikira agak nakal masa zaman persekolahan kami. Kalau ditanya pada kawan keliling memang begitulah beza karektornya.

Sebenarnya sejak kelahiran manusia dari generasi pertama anak Adam lagi dah disebut tentang perbezaan adik-beradik. Lihatlah kisah Habil dan Qabil, Nabi Yusuf dan abang-abangnya, Nabi Sulaiman dan Absyolum, Nabi Harun dan Nabi Musa.

Allah menjadikan kisah mereka untuk dijadikan panduan. Bergaduh, bertengkar di kalangan adik-beradik itu perkara biasa namun perkara yang perlu diambil perhatian adalah jalan penyelesaiannya. Keluarga saya sendiri terdiri dari adik-beradik perempuan belaka. Memang kami ada juga bergaduh, (kadang-kadang dah besar ni pun ada juga..ye la ada yg tak puas hati he..). Apapun yang menjadi rencah dalam pergaulan adik-beradik, ia akan menjadi parah melarat kalau pihak terlibat tidak dapat bermuhasabah. Ibubapa yang mampu memberi didikan agama akan menghasilkan hubungan keluarga yg neutral dalam setiap keadaan. Didikan agama bukan sekadar untuk dipelajari tetapi diamalkan untuk menghadapi situasi-situasi seperti ini.

Menjaga hubungan yang baik adalah untuk tempoh yang berpanjangan. Kerana, dari keluargalah yang akan menentukan keharmonian masyarakat. Namun apa yang kita lihat kebelakangan ini adalah hubungan yg rapuh dijangkiti penyakit-penyakit manusia. Mengapa jadi begini? Fikirkan....

No comments:

Post a Comment