Sunday, February 1, 2009

Mengisi keluangan

Berapa lama ek dah tak update blog ni? Ada juga yg bertanya....
Bukan tak de idea tidak berkesempatan utk menaip di waktu yg sesuai. Ruangan post ni kira macam iklan utk mengisi post 'terkini'.

Biasanya pagi2 sambil bersarapan sy sekeluarga (klu bukan cuti umum, dgn mak dan abah je), akan duduk dpn TV menonton 'Talk Show' like MHI. Tapi hari minggu, tukar channel TV 9 ada Nasi Lemak Kopi O. Sgt hebat slot isu pagi tadi bertajuk Remaja dan Pemujaan (eeh.. betul ke tak ek! tapi lbh kurang gitu la). Sempat juga menulis beberapa point penting yg akan sy cerita dlm post akan dtg.

Kemudian diikuti temubual bersama Fauziah Dato' Ahmad Daud dan dua org tetamu undangan iaitu Pak Kiay Abdullah Gymnastiar (yg lg seorg la.. mcmmn blh tak ingat ni??!!). Mereka berbicara tentang program 'Management Qolbu'. Melihatkan dan mendegarkan kata-kata Fauziah, entah kenapa saya rasa sayu. Nampak penjiwaannya utk membentuk, memperbaikki rohani islaminya. Mula terbayang beberapa artis lain seperti Ustaz Akhil hayy, Azmil Mustaffa, Noor Kumalasari dan beberapa lagi. Yang saya peliknya, ada segelintir masyarakat kita ni, yang macam.... entah istilah apa yg sesuai nak guna. Contohnya seperti Ustaz Akhil Hayy yang disebut2 tentang baju fitnya. Apakah lbh buruknya jika lelaki memakai baju fit berbanding perempuan yang berbaju seperti telanjang? Soalan lain, apakah buruknya wanita yg sebelum ini memang tak pernah bertudung kmdn berjinak dengan memulakan perubahan berbanding dengan org yg langsung tidak memulakannya? Adalah lbh penting dakwah yg berterusan, istiqomah tanpa putus asa walau dgn selemah2 iman melalui pelbagai pendekatan.

Ohh! ada sikit emosi pulak sy menaip perenggan td. Cukup ini dulu post kali ini....

Insya Allah, seberapa segera sy akan update post utk mencungkil pengkisahan dr 1@2 buku yg sdg saya baca dlm beberapa minggu ini. Aik! begitu punya lama masa diambil utk membaca satu buku? Membaca buku berkaitan agama tidak semudah membaca novel, tidak sesantai membaca komik. Ia tidak boleh dibaca sambil menunggu tidur jika hendak dijiwai. Itulah cara saya...

3 comments:

  1. salam,

    Teruskan berkongsi pandangan, some people are reading it. I, one of them.

    ReplyDelete
  2. Tulis lah apa-apa pun kerana setiap tulisan adalah rakaman sejarah dan bg kita, ia rakaman dakwah yang hendak dikongsi dan disampaikan.. mungkin ada yang tersentuh, terhibur dan terkesan. Selamat berhubungan...

    ReplyDelete
  3. Miepekan,
    Terima kasih atas sokongan, rasa nak menitik ayor mato. hu..

    Ustaz Nawawi,
    Terima kasih atas galakan.Blog Ustaz juga menjadi panduan saya..

    ReplyDelete