Wednesday, February 25, 2009

Menghadapi ancaman

Apakah pengalaman-pengalaman anda yang termasuk dalam kategori ancaman? Nyaris-nyaris membawa maut atau ee....mengerikan! Pernahkah anda melalui peristiwa seperti dikejar harimau, accident, terpukau dan pelbagai lagi..

Baru2 ni keluarga saya ditimpa musibah, namun syukurlah tuhan masih menyelamatkan nyawa kami.. Rumah kami dimasuki pencuri. Syukur juga tiada barang berharga yg diambil melainkan syiling dan ringgit yg entah berapa helai.. (rezeki pencuri itu agaknya)..

Zaman sekarang, kadar jenayah begitu membimbangkan. Lebih malang apabila penjenayah meninggalkan parut yg memberi kesan mendalam kepada si mangsa seperti bunuh, rogol. Na'uzubillah..

Wahai perompak, pencuri, penjahat, mengapa engkau melakukan jenayah? mengapa engkau menyukai perbuatan tokoh syaitan ini? Engkau tak tahu ke ini kerja syaitan?

Banyak kita dengar penjenayah ini ada yg datangnya dari pendatang asing, tetapi tidak kurang pula dari org tempatan sendiri. Dalam situasi yg terdesak, apa tindakan yg anda dapat lakukan? Kadang2 kita blh merancang bila ia blum berlaku tetapi waktu kejadian, kita akan tergamam.

Walau apapun persiapan dan usaha yg kita lakukan, awal akhirnya adalah Allah S.W.T. Persiapan kita adalah sepanjang masa. Kadang2 juga bila situasi menyebabkan kita ter..........selamat disebabkan 'nasib baik' atau kemunjuran. Tetapi bagi saya, tidak juga. Kalau dari awal kita sudah bersiapsedia dgn berdamping diri dgn Allah, walau setipis mana harapan kita insya Allah, ada pelindungnya.. Ada org menggunakan pendinding. Pendinding tu apa? Asal tidak mensyirikkan Allah, ia dianjurkan. Amalkanlah Surah Kahfi, kalau mampu hafaz. Surah kahfi mengandungi kisah2 yg menjuruskan pada soal keselamatan.. dari kisah Ashabul Kahfi, Iskandar Zulkarnain, Yakjuj Makjuj dll.

Selamat beramal...
Semoga kita dilindungi dalam kerahmatan-Nya

*Aku mahu bertaubat...musibah ini kifarah dosa....

No comments:

Post a Comment