Friday, August 20, 2010

Mencari srikandi



Siri jejak rasul pada tahun ini berkisar srikandi Islam. Mungkin ramai antara kita yang terlepas pandang sebelum ini untuk memuhasabah diri menjadikan pejuang muslimah ini sebagai panduan untuk dihayati dalam hidup.

Teringat kenangan bersama sahabat baik.. Fiza sewaktu di kolej dulu. Nasyid Sumayyah antara yang menjadi persahabatan akrab. Di dewan asrama kita bawa radio untuk dengar nasyid melalui putaran kaset (klasik sungguh). Dan Ustazah Siti Khuzaimah datang duduk bersama kita lalu sama-sama mendendang lembut nasyid itu. Benar, waktu itu, saya belum mengenali ‘nilai’ Sumayyah yang disebut pejuang itu. Ustazah menerangkan serba ringkas dan kini tujuh tahun berlalu saya merasakan betapa harum wangi darah mujahidah pertama yang mati syahid ini.

Kita jangan terlupa bahawa ramai lagi nama-nama yang terukir di sisi Allah seperti Asiah isteri Firaun, Mariam Ibu Isa, Siti Khadijah, Siti Fatimah, Hana isteri Imran, Aisyah, Rabiatul Adawiyah dll. Tidak kurang yang di alunkan dalam nasyid-nasyid moden yang seharusnya boleh membuat kita mengingat semula kisahnya, dipelajari, dikaji dan diambil pelajaran sebagai hakikat hidup, bukan sekadar menyukai melodi dan keindahan penyanyi itu sahaja. Menonton di kaca televisyen saja pun tidak cukup, di tv kita Cuma ingat pada bulan Ramadhan saja, habis Ramadhan, habis juga cerita mujahidah ini. Teruskanlah mencari di buku-buku, kitab-kitab.

Sekarang zaman serba maju, berteknologi, kian berkembang dan membangun. Entah ada lagikah wanita untuk kumpulan srikandi ini. (turut mengingatkan diri sendiri). Kalau ada dimana kah ia, berapa ramaikah ia. Yang pasti jumlahnya memang tidak ramai, Nabi S.A.W pernah berpesan tentang janji Allah, selalu berdoa supaya kita termasuk dikalangan orang yang sedikit, bukan orang yang banyak. Akan bertemukah kita dengan kelompok srikandi ini sebelum kita menutup mata? Mari kita mencarinya..

Dititipkan sajak indah yang dipetik dari majalah Solusi Isu no 8:

Aku bukan Sumayyahmu!

Suamiku, bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulutku kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar dimatamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya.. bukan aku
Sumayyahmu

Dalam tangis ku cuba senyum seketika
Kau bermusafir
Seperti Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedang neraka dipagari nikmat

No comments:

Post a Comment