Tuesday, February 17, 2009

Ali imran

Jumaat bakal tiba lagi. yaimul Jumaah di jemaah (tempat kerja) dimulai dgn Budaya Al-Qur an macam biasa. Minggu lepas selesai sudah Surah Al-Baqarah dan minggu ni bersua dgn permulaan surah Ali Imran. Saya berkira2 nak mula tazkirah dari kisah Anbiya'. Bertepatan dengan surah Ibnu Maryam langsung menyentuh kisah Nabi Isa alaihissalam.

Blh jg share dgn pembaca..
Imran dan isteri adalah ibubapa kepada maryam yg bermunajat berkeinginan seorang anak (lelaki) meskipun usia mereka telah lanjut. Dengan kuasa tuhan, dikurniakan mereka seorang anak perempuan. Alangkah sedih hati si ibu kerana kelahiran Maryam adalah sebagai anak yatim selepas kematian bapanya. Kerana janji, Maryam diserah ke Baitul Maqdis dan hidup menyembah dirilah Maryam kepada Allah di atas mihrab dengan jagaan nabi Zakaria (bapa saudaranya). Hingga pada suatu hari Maryam didatangai Malaikat Jibrail membawa utusan yg agak mengejutkan bahawa Maryam akan ditiup roh benih suci. Anak yang lahir inilah dinamakan Isa Alaihissalam.

Adakah pembaca pernah melalui pengalaman seperti saya? Satu ketika, akibat terlalu taksub dan teruja mencari sumber video berkaitan kisah anbiya' di internet, saya telah menjumpai video berkaitan Maryam dan kelahiran Isa. Tak pasti dimana asal video tersebut, mgkin sekitar Arab/Pakistan berdasarkan rupa pelakon. Saya tidak menghayati sepenuhnya takut syaitan bisik-berbisik, Na'uzubillah. Apa yang dirisaukan adalah penonton yang tidak dapat membezakan yang benar dan palsu akibat jahil sejarah anbiya' ditambah iman yg belum kuat.

Balik kepada tajuk saya tadi. Dalam pengisian tazkirah sepanjang bacaan surah Ali Imran ini, mgkn nak share sikit dgn ahli tazkirah berkaitan agama Kristian merujuk kepada buku 'Dialog masalah ketuhanan Jesus' tulisan Kiai Hj. Bahaudin Mudhari Edisi Bahasa Malaysia. Selain itu, saya akan merujuk kepada Ustaz/Ustazah yh 'ilmun'.

Semoga Allah memberi petunjuk dan melindungi lidah saya dari keterlanjuran. Maklumlah, bila kita berniat utk sesuatu berkaitan agama, syaitan iblis pun menguatkan misi mereka. Seperti saya pernah sebut dlm post sebelum ini, membaca buku agama tidak sesantai membaca komik jika hendak didalami.

Wahai saudaraku, mari kita kembali menghayati bacaan anbiya' yang kian terhakis. Mohonlah doa kepada Allah S.W.T jika datang perasaan jiwa yang bosan, resah gelisah kepada buku agama. Membaca buku setakat 'membaca' tetapi diamal, dihayati dan dikaji. Buku agama buka hanya untuk Pak-Pak Ustaz, Imam, Mufti. Kita ini org biasa pun wajib membaca bahan ilmiah berharga ini kerana ia adalah kisah benar untuk menjaga kemaslahatan agama kita yang suci..

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment