Monday, June 22, 2009

Semalam di KL

Mohon maaf kepada pembaca blog ini yang mgkin ada tertanya mengapa sudah lama tidak menulis post baru.

Awal bulan jun saya melangkah ke beberapa lokasi yang sudah lama tidak dikunjungi, lama sudah tidak merasai angin luar... Sambil menyelam minum air. Atas urusan kerja; saya mengambil peluang perjalanan menggunakan kenderaan awam untuk mencuci mata...
Perjalanan menaikki bas hingga ke PuduRaya, saya rasa teruja dengan musolla yang sudah diperbaikki dengan tempat yang lebih baik dan kedengaran laungan azan ketika masuk waktu solat.

Perjalanan ke Kuala Lumpur, saya bertemu dgn Cik Anna pengurus sebuah Syarikat yang sealiran dgn citarasa saya, mm... ok la tu...

Bertemu dgn Cik Anna, membuat saya mengenang kembali zaman pengajian jangka pendek di KUSZA. Kami tidak pernah menngenali sebelum ini sehingga saya membayangkan yg dahshat tentang Cik Anna. Alhamdulillah, Allah menemukan saya dengan Cik Anna dengan perawakan yang sederhana orangnya. Bakal menjadi graduan KUIS pertengahan Julai ini, Cik Anna bercakapa dengan penuh yakin tentang bisnes sedang diusahakan, namun masih menjaga adab-adabnya. Saya mejadi senang menjadi teman bualnya.

Keesokkannya ke Johor Bahru, pun dengan perubahan yang mengujakan tentang ruang musolla yg turut disertai muazzin. Di JB saya bertemu dgn En Sazali Naim, salah seorang kakitangan MARDI yang juga merangkap keluarga angkat untuk meminta khidmat nasihat. Khidmat nasihat???? ada la...

Atas perancangan peribadi yg membataskan sy utk berhadapan dgn internet, kemungkinan jg saya akan mengambil masa utuk menulis, namun blogging tetap milikan saya utk dikelek. Andai tiada kesempatan menulis, sayalah silent reader yang menjadi pengunjung blog2 anda..

No comments:

Post a Comment