Saturday, March 20, 2010

Wanita mukmin

Mengambil sekejap masa pada kesempatan yang ada untuk mengingatkan diri dan pembaca juga..

Sedikit ilmu memahami wanita 'mukmin'.

mm.. Dah lebih 30 tahun aku hidup sebagai perempuan@wanita, rasanya masih jauhnya untuk menyempurnakan diri sebagai wanita 'mukmin'. Semalam hari Jumaat ada Al-Kulliyah (TV 3) dengan tajuk 'berhias' bersama panel jemputan Ustaz Uda dan finalist celebriti jemputan Pn. Wardina Safiyah.

Cukup jelas Ustaz Uda memberi penekanan dan teguran tentang cara berpakaian bagi Wanita Islam berlandaskan Al-Qur an. Buat aku suka, Ustaz Uda bercakap terus terang tanpa kiasan atau ayat berselindung. Dijelaskan tentang baju, kain, jilbab, setokin, solek. Juga Tentang tumit, tapak kaki, leher, rambut dan pelbagai lagi yang semakin dilupakan wanita kini.


Beberapa hari lalu menglang baca kembali sebuah buku bertajuk Fiqih Wanita tulisan Muhammad Athiyah Khumais. Bukti menunjukkan kewajipan pada peraturan berpakaian bagi wanita mukmin terkandung dalam :
1) Surah An-Nisa' ayat 30
bermaksud : Dan hendaklah mereka (kaum wanita) menutup khumur (tudung) mereka sampai kedadanya.
2) Surah Al-Ahzab ayat 59
bermaksud : Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan kepada para wanita mukmin : "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu sekurang-kurangnya supaya mereka lebih mudah dikenal, lalu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang"

Keterangan JILBAB :
Kata jilbab jamaknya jalabib, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuh sejak dari kepala sampai kaki, atau meutup sebahagian besar tubuh dan dipakai dibahagian luar sekali seperti halnya baju hujan.
* Muka dan dua telapak tangan tidak termasuk aurat dengan syarat aman dari fitnah.

Selari dengan keterangan Ustaz Uda dalam Al-Kuliyyah, saya amat meyakininya. Marilah kita sama-sama bermuhasabah untuk perbaiki lagi penampilan kita selayaknya dituntut dalam agama.
.
Nota : Terima kasih buat Ukhti Zu, Ukhti Zainab dan Ukhti Ai atas pemberian hadiah Jilbab yang cantik tu.

3 comments:

  1. salam..kak fasiha apa kabo?
    lame xdengar cite akak..buat ape eh sekarang?
    masih kat adnminda?

    ReplyDelete
  2. bagus muslimah begini..sejuk mata, xdapat dosa sia-sia bila tengok orang tak jaga aurat(yang sepatutnya) bukan seperti memakai seluar jeans, baju ketat/tidak, berlengan panjang atau tidak, tudung yang disilang melepasi paras dada. apa yang hendak dimegahkan

    ReplyDelete
  3. maaf buat cik Aida dan Husni membiarkan lama komen anda tanpa sahutan...
    Terima kasih atas maklum balas.
    Cik Aida, sy dah bukan di tempat lama.. pindah da

    ReplyDelete