Tuesday, April 21, 2009

Bunyi itu..

Waktu rehat makan tengah hari, saya ke restoran berdekatan untuk mebeli makanan tengah hari. Wah! Manyak ontong hari ni, ramai pelanggan. Kalau aku jadi tokey pun senyum panjang, duit masyuuuk.Suasana nampak meriah, bisingla dengan suara bual pelanggan, para pekerja dengan peranan masing-masing dan hiburan muzik membingit (macam lebih dari satu radio. Sambil tunggu order bungkus, duduk la sekejap baca tajuk-tajuk menarik akhbar Berita Harian. Tiba-tiba, pendengaran ku menangkap satu bunyi unik dicelah-celah kebisingan muzik lagu-lagu Melayu yang sedang berkumandang. Saya cuba menarik sepenuh perhatian pada bunyian itu….. sayup2 terdengar tenggelam timbul ….

Hingga suara pada bunyian itu hilang, otak saya masih ligat memikir dan hati berdetak sepintas mengingat pada jam ini dinihari….Oh! itu AZAN.

Sungguh malang nasib manusia zaman ini. Antara azan dan lagu sudah tidak dapat dibezakan keutamaannya. Azan tenggelam dalam lagu. Tuntutan manusia kepada duniawi menyebabkan lupa dan alpa..

Sabda Nabi;
“Jika kamu mendengar muazin, maka ucapkanlah seperti muazin, kemudian bacalah selawat untukku. Sesungguhnya siapa yang berselawat padaku sekali, maka Allah akan memberinya rahmat sepuluh. Kemudian jadikanlah aku sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah, kerana wasilah itu suatu manzilah (kedudukan) di syurga. Dan aku mengharapkan agar aku menjadi wasilah melalui aku, maka dia berhak atas syafaatku”

Isunya disini, kalau azan pun dah sayup-sayup antara dengar dan tidak, jadi ia terpinggir. Bagaimanakah manusia hendak mengambil peluang untuk menjawab muazin. Bagaimanakah manusia yang tanpa disedari sebenarnya dia mendapat nikmat peluang syafaat.

Jangan pula nnti akan ada orang bertanya ‘apa itu syafaat’?

*Teringat waktu sekolah rendah dulu, cikgu-cikgu akan berhenti mengajar sekejap di dalam kelas kerana menghormati azan, lunak, lantang sepelaungan mikrofon jauhnya…
- Sekolah Kebangsaan Labis bersebelahan dengan Masjid Jamek Labis

- Rutinku setiap hari Isnin, menghantar dan menjemput emak di masjid untuk Kelas Berzanjinya…..moga Allah mengizinkan aku untuk istiqamah dalam rutinku ini..amin..

No comments:

Post a Comment