16 Mei 2009 telah beberapa hari berlalu... saya agak terlewat untuk menulis tentang Hari guru pada tarikh hari ini 19 Mei 2009. namun guru tetap di hati saya, dan saya percaya anda juga begitu....
Pagi itu saya mengirim sms tanda ingatan kepada guru-guru yang masih dpt dihubungi. samada mereka adalah guru yang mengajar saya atau kerjayanya sebagai guru termasuklah adik saya Cikgu Fadzilah yang mengajar di SMK St Andrew, Muar. Guru tidak semestinya mengajar di sekolah tadika, sekolah rendah atau menengah. Guru adalah mereka yang mendidik. Ucapan pertama yang saya tuju pagi itu adalah untuk emak yang bergelar Guru Al-Quran, selain itu guru juga boleh jadi pensyarah atau mereka yang terlibat dengan pengajaran.
Masih ingat lagi sewaktu di kolej dulu, program Yaumul Jumaah diserikan dengan dendangan nasyid oleh kumpulan saya dan rakan ...An-Nasuha.. Mungkin pensyarah-pensyarah kami bangga dengan ucapan Selamat hari Guru yang bergema di dewan Ibnu Khaldun, KKYPJ.
Selama saya meninggalkan alam persekolahan, ada beberapa orang guru yang sgt2 diingati atas insiden yang pernah terjadi. Apabila saya kecewa, wajah merekalah yg saya kenang untuk mengembalikan semangat. bersyukurnya Allah mengizinkan saya menemui sekali arwah Cikgu Abu Bakar semasa hayatnya. Ketika itu sy terlibat dengan program PPSMI. Sempat juga mengucapkan terima kasih kepada beliau yg menjadi guru matematik. saya tak kisah dia tidak mengingati saya (waktu itu saya bukanlah org yg popular), tetapi saya senang nama-nama kawan-kawan saya masih terpahat dalam ingatannya, seperti Shamsiah Sukarso, Halizuan Biamin, Abd. Latif Tokiran (saya sendiri pun boleh tak cam muka kawan2 saya yg dah berubah, cuma ingat nama).
Lagi, Cikgu Balakrishnan. Cikgu Bala, guru matematik, merangkap guru disiplin yang paling garang ketika itu ditakuti tetapi disegani. Cikgu Bala besar tinggi orang, kepalanya kurang berambut nampak kilat menambah value garangnya. tapi bila masuk kelas, saya paling suka dengan subjeknya. Masih basah lagi ingatan saya semasa beliau mengajar topik 'kebarangkalian', saya diminta memberi contoh. Dengan spontan saya menyebut "Bila saya makan, maka saya gemuk" lalu Cikgu Bala membalas sambil ketawa "bila saya tak makan, saya kurus" suasana kelas jadi happy.. (waktu itu perbandingan saya dengan Cikgu Bala antara ibu jari dan jari kelingking ha..ha...). Dengarnya, dia akan bertukar ke sekolah yang baru di Chaah sebagai Pengetua, Cikgu Mashasifah yg cakap.
Malam Khamis lalu, saya dikejutkan dengan seorang ustaz yang pernah berkhidmat di KKYPJ Segamat menjadi panel jemputan untuk program Forum Perdana Ehwal Islam di TV 1. Ustaz Noor Hamizi bin Mohd. yaakob, dulu saya dan seorang rakan karib rasa seperti masyuuuk dengan beliau. Seorang yang memilikki ilmu agama membuat program Yaumul Jumaah sentiasa terisi dengan ilmu agama dalam sessi ucapannya. Pernah satu ketika beliau lama tidak berucap dengan panjang lebar, kecuali perkara penting, kami jadi rindu... Hingga kami mengambil keputusan berani bersemuka dengan beliau yang menjadi Pengarah pada masa itu untuk meminta beliau meneruskan apa yang telah dilakukan. Telah lama saya meninggalkan kolej dan beliau pun sudah berkhidmat di tempat lain, saya sentiasa mengenang saat getir yang dilaluinya pada masa itu. Berhadapan dengan situasi penolakan kepada dakwahnya. Kini, saya sedar semua itu adalah tanggungjawab dan satu pengalaman yang diperlihatkan kepada saya untuk diambil iktibar. Ustaz Noor Hamizi tidak pernah mengajar saya, tetapi saya dapat merasakan ada sesuatu pada dirinya sebagai guru yang berdakwah melalui apa yang diceritakan oleh sahabat saya Norhafizah Mohmad Zabir.
Apapun, semua guru adalah pemberi ilmu buat bangsa. Buat guru-guruku, Selamat Hari Guru...
Terima kasih kepada Cikgu, Ustaz, Ustazah yang membalas sms saya.....
Moga Allah berkati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment