Saturday, May 2, 2009

Pesan Pak Kiyai

Kelmarin 30 April 2009, satu majlis sederhana meraikan bakal Haji dan sambutan Maulidur Rasul diadakan di Masjid Labis. Emak dah berprogram sejak petang, katanya ada sessi berzanji. Saya dan abah bertolak lepas Isya’ lepas abah siap mengimami jemaah kampung. Malam itu ada ceramah disampaikan oleh Kiyai Suhaili bin Solehin tentang Sunnah menuntut ilmu. Mgkin penat kerja siang hari tu, adooi mata ni sekejap-sekejap rasa macam nak letak batang mancis biar terbuka. Nak hilangkan mengantuk, jalan-jalan sikit jengah seberkas makanan capai sepotong tembikai buat ubat hilang mengantuk.

Isi kandungan ceramah banyak menekankan penting berusaha untuk duduk di majlis ilmu.

Rasulullah pernah mengingatkan bahawa di akhir zaman banyak orang tidak suka duduk di majlis ilmu dan baginda memberi amaran kepada orang yang tidak memberatkan majlis ilmu akan menerima balasan :
1) Semakin jauh dari ahli agama
2) Rezeki tidak berkat
3) Mati luar iman

Ada yang menarik perhatian saya iaitu istilah ‘lamcing’ yang lebih kurang maksudnya selepas solat beri salam tak nyempat-nyempat terus cabut lari. Sebab Kiyai ini keturunan Jawa jadi nampak lebih ‘mengena’dengan gaya bahasa yang digunakan. Semua yang mendengar tertawa lucu. Kan elok kalau peruntukkan masa barang lima minit utk berdoa, berzikir.

Pak kiyai memberi semangat kepada hadirin untuk melaksana qiamullail. Qiam bukan boleh dilakukan dengan mudah. Maklum le dah sedap tidur. Pak Kiyai mengusik para suami lebih-lebih lagi yg muda baru berkahwin dan yang ada isteri-ISTERI pada malam Jumaat ni

Kalau dulu masa saya berada dalam komuniti org kebanyakkan malam Jumaat cukup popular dengan title malam permintaan para isteri, dan saya beranggapan itu ayat orang-orang muda, rupanya sampai dah bertukar komuniti ke jemaah agama pun mengatakan ayat yg sama juga! O.. faham la saya itu ayat-ayat biasa kaum Adam. (Baru ni saya diberitahu oleh rakan online makna kod 004 103 atau 403 atau 143 he…anda tau?)

Ceramah tamat jam 10.45 malam.

Balik rumah dulu, makan jap dan tidur, sedar hampir jam 2.30 bersiap semula ke masjid dengan mak dan abah. Sampai-sampai saja, jemaah dan berada dalam saf mendengar penerangan imam Ustaz Haji Wagiman.

Rasa seronok pun ada setelah sekian lama tak buat Qiam berpakej (maklum le bila buat secara solo main short cut) kali terakhir di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, KUSZA (sekarang UDI). Masih ingat lagi qiam bersama kakak-kakak senior di Blok Ummu Habibah dalam keadaan samar-samar bercahayakan lilin. (bukan xde lampu tetapi rupanya ibadah dalam keadaan seperti itu lbh mendatangkan khusyuk, lagi-lagi dengan suara kakak-kakak yang merdu dalam alunan zikir, sajak dll yg menjdi pengisian program malam itu)

Balik kepada cerita qiam tadi, malam itu acara bermula dengan solat sunat Tahajjud, Awwabin, Tasbih, Taubat, Hajat, Witir (dah biasa buat satu rakaat, Allah! cepat2 tukar niat rokaataini semasa imam baca surah lazim di rakaat pertama tu.. ) dan penutup adalah sujud syukur.

Sambil menunggu Subuh, kami diberi ruang masa berehat. Subuh pagi ini mengingatkan saya pada satu peristiwa semasa mengikuti kursus di ADTEC Batu pahat beberapa tahun dulu. Ye la Subuh, selalunya bersurahkan surah Sajjadah, tapi masa tu terlalu la jahilnya, saya dan ramai lagi yang lain, tidak faham kenapa imam ni rukuk lain macam je pada rakaat pertama hingga saya mengambil keputusan niat keluar imam. Orang lain saya tak pasti tapi saya yakin, ada yang semberono…. sebab saya kenal siapa yang duduk di kiri kanan saya…. Ya Allah… terasa malu dan hinanya diri waktu tu bila diingatkan kembali. Satu kes lain, pernah juga solat jama’ mahgrib dua rokaat.

Itulah realitinya, kita sering bertemu dengan situasi-situasi bukan kebiasaan dalam kehidupan seharian. Bila agama dipandang ringan, pasti kita akan melanggar banyak hukum hakam. Kekukuhan asas Ilmu fardu Ain penting untuk kita membantu kita menyelseaikan tuntutan dunia dan akhirat. Tanpanya kita tidak akan faham apa erti wajib, haram, harus, makruh dan sunat, yang mendatangkan dosa dan pahala untuk catatan malaikat rokib/atid.


Selesai bersubuh, kami dijamu sarapan pagi nasi lemak dan air teh, kemudian terus balik dengan satu perasaan yang emmmm…. tak tau la nak cakap, syukur….

Kepada bakal-bakal Haji selamat berkursus, bakal umrah selamat berangkat, moga menndapat keberkatan.

2 comments:

  1. Salam,

    Dah lama tak ziarah sini... Your story still captivating as usual. :)

    Thanks for sharing. a lot good advice inside.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mie pekan....
    Setiap orang ada daya tarikan sendiri untuk membuat org terpukau.. he..
    namun is mestilah digunakan pada jln dan niat yg betul

    ReplyDelete