Monday, September 28, 2009

Budaya membaca


17 September 2009

Menonton siaran Forum Perdana Ehwal Islam di RTM 1 malam ini membuai rasa seronok, Gandingan mantap antara Pengerusi Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dan ahli-ahli panel Datok Dr Mohd. Fadzilah Kamsah (motivator kegemaran), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady (Intitut Antarabangsa Pemikir dan Tamadun Islam) serta Prof Madya Dr Sharifah Hayaati.

Tajuk yang dibawakan berkaitan dgn budaya membaca (tak ingat pulak tajuk penuhnya, apapun berkisar tentang membacalah) yang dilangsungkan di Perpustakaan Negara.

Dari awal hingga akhir forum saya melihat bahawa pokok pangkal membaca ini walau berapa banyak buku dan ilmu yang dijadikan bahan bacaan, jadikanlah bacaan Al-Qur an sebagai pegangan asalnya, Ketiga-tiga panel menyebutkan perkara yang sama. Ini menunjukkan betapa beruntungnya kita sebagai umat islam memilikki satu sumber ilmu yang unggul daripada Al-Qur an. Dr Uthman menyarankan kita membaca buku-buku biografi sejarah orang islam. Saya teringat akan azam saya di awal tahun 2009 untuk membeli buku biografi kejayaan. Setakat ini saya masih belum dapat membeli sebaliknya meminjam dan membaca bahan dari Perpustakaan Desa kecuali beberapa majalah intelek yang memaparkan koleksi kejayaan usahawan.

Saya tertarik dgn kisah Dr Uthman menceritakan perjalanan beliau dari Kelantan ke Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk mencari sebuah buku …. Iqbal, seorang pemikir islam. Saya juga menanam impian untuk mendapat biografi seorang pejuang islam yang hebat dengan strategi peperangannya di era selepas kewafatan nabi, cuba anda teka…..

Saya pernah terbaca sinopsis terbitan PTS, mmm bila agaknya akan sampai.

DMFK memberi info baru, umur 7 hingga 14 tahun adalah peringkat kritikal. Kenapa? Umur ini adalah peringkat mendidik bila dipaksa dan mereka merasa terpaksa untuk membaca maka selepas tempoh waktu sekolah mereka sukar ada minat utnuk membaca. Akan tetapi jika berjaya di pupuk pada peringkat ini, insya allah dengan sendirinya mereka akan mengamalkan budaya membaca ini sampai bila-bila dan dimana-mana.

Prof Madya ada mengkritik tentang orang yg suka beralasan tidak boleh membaca ketika di dalam kenderaan/dalam perjalanan dengan alasan pening kepala. Syukur alhamdulillah saya tiada masalah itu, namun memang banyak saya mendengar orang sekeliling menghadapinya, OK! Adakah bila sampai ke destinasi mereka akan terus membaca untuk menggantikan masa yang terbuang sepanjang perjalanan? He… anda tahu jawapannya.

Biasanya Forum Perdana tiada sebarang ekspressi riang ria ketika menontonnya kecuali rasa kadangkala biasa2 aje, kadangkala tersentuh, tapi kali ini dek kerana tercuit dgn keletah Dr Ridhuan Tee dan DMFK saling mengusik, buat saya ketawa sendiri. Apapun intipatinya amat berguna buat diri saya dan juga para penonton Forum Perdana Ehwal Islam amnya.

3 comments:

  1. Salam Fasiha,

    Very good comments about "Budaya Membaca". I remember one very successful person once said.."you only need to read 5 books in order to become an expert in any field!"...How many of us manage to finish reading a book? think about it.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Fasiha apa khabar? Thanks bebanyak mengulas isi perbincangan forum tu kat sini, sekurang-kurang banyak memberi maklumat.

    Kali terakhir saya masuk blog ni, dah tak ingat bila tapi tak silap sekitar bulan 5-6 tahun 2008, hari ni baru saya singgah balik. Means, dah setahun tak melawat ke sini! Lama juga.

    Thanks to Fasiha, sebab dah banyak info dimasukkan, terutama berkaitan Islam.

    Teruskan menulis, you have a great talent!

    -ShueQry-
    http://www.imotivasi.com

    ReplyDelete