Sunday, November 8, 2009

Erti 'seseorang'

Sabtu lepas, menghadiri jemputan perkahwinan seorang kenalan… dlm hati berharap agar dapat bersua muka dengan seseorang. Ustazah yang lama nak kenal. Tapi nampaknya tidak ada juga rezeki itu..hm.. nombor telefon pun dah hilang tak ketahuan. Berbual dengan Cikgu Zul, oh! isterinya pun cikgu yang mengajar satu sekolah dengan ustazah. Tapi…. Hati ni jd kembang kecut tengok muka si isteri cikgu Zul ni..masam tak senyum pun tak. Tak jadilah nak tanya, rasa mulut ni macam terketip stepler..

Alangkah beruntungnya menjadi orang yang terpilih untuk dihormati, disukai kerana Allah. Bagaimana menjadi orang yang disukai manusia kerana Allah? Adakah bergantung penuh pada hatinya? amalannya? nasibnya?

Berkumpul dalam majlis Usrah bersama sahabat seperjuangan, selalu mengingatkan saya agar kita dipilih oleh Allah agar termasuk di kalangan ‘golongan yang sedikit’. Teringat kenangan sewatu di KUSZA, alangkah seronoknya komuniti waktu itu. Sukarnya untuk mendapatkan kembali masyarakat seperti itu di era perkembanganku sekarang ini. Beruntunglah mereka yang masih dapat bersama dengan kelompok sealiran mereka.

Namun hidup perlu diteruskan dengan hikmah mungkin ini perjuangan yang perlu diperjuangkan untuk mereka yang kehausan atau tidak ketahuan. Bertolak ansur dalam sosialis kehidupan bertukar milik apa yang dimilikki, jika semua orang tahu apa saja yang ada pada kita adalah pinjaman…

Apa yang menjadi ubat adalah ‘seseorang’ yang boleh dijadikan rujukan, panduan, mungkin juga sahabat, teman tentang duniawi dan ukhrawi. Inilah sebahagian pencarian saya mencari ‘seseorang’ Namun dugaan juga dalam usaha mencari seseorang ini heboh sekarang isu tauliah dalam urusan agama. Jika untuk berdakwah perlukan tauliah, lihatlah kesan kepada kemarahan bumi. Saya agak sedih dengan kejayaan percaturan yahudi seperti ini. Bacalah banyak buku sejarah islam berkaitan yahudi dulu hingga kini, kita akan faham mengapa situasi ini berlaku… Moga Allah pertemukan saya dengan ‘seseorang’ dan ‘seseorang’ dan ‘seseorang’. He… tapi bukan…orang-orang.

4 comments:

  1. selalu mengingatkan saya agar kita dipilih oleh Allah agar termasuk di kalangan ‘golongan yang sedikit’.

    -- saya suka walau sukar.... kekadang tu...

    http://lifenstudy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Semoga akan menyertai org yg kita cintai. :)

    ReplyDelete
  3. najwa's mom,
    apa yg menjd motivasi kita ialah surah al-asr.
    yang berpesan2 pd kebaikkan. kita cari kawan yg berpesan2 pd kebaikkan.
    Khairi,
    itulah harapn semua org
    Ustaz Nawawi,
    doakanlah...doakan...

    ReplyDelete