Sunday, November 22, 2009

Wahai panglima

“Selamat datang wahai Munajamah, utusan daripada khalifah. Pastinya ada perkara penting yang mahu disampaikan. Tidak sabar rasa hati ini mahu mendengarnya,” ujar Khalid bin Walid.

“memang benar kata tua. Ada perutusan penting daripada khalifah yang mahu saya sampaikan. Disebabkan perkara ini sulit dan rahsia, lebih baik hanya panglima seorang sahaja yang mendengarnya,” cadang Munajamah.

Khalid bin Walid mengarahkan yang lain beredar.

“Tinggalkan kami berdua sahaja di dalam khemah ini supaya kami boleh berbincang empat mata,” arahnya.

……. “Saya membawa dua berita sedih dan satu berita gembira. Berita manakah yang perlu saya sampikan dahulu?”

“Dahulukan berita sedih supaya hati saya terubat dengan berita gembira,” jawab Khalid bin Walid.

“Khalifah Abu Bakar meninggal dunia pada 23 Jamadil Akhir bersamaan 13H. Jenazahnya selamat dikebumikan bersebelahan dengan makan Nabi Muhammad.”

….”Inna lillahi wainna ilaihi raajiun…” ucap Khalid bin Al Walid.

“Umar bin Khattab dilantik menjadi khalifah Islam yang kedua denagn persetujuan oleh semua penduduk Islam di Mekah dan Madinah,” beritahu utusan itu.

…….

“Boleh saya sampaikan berita sedih pula?” tanya Munajamah.

“silakan.” Khalid bin walid sedia mendengarnya.

Munajamah menatap muka Khalid lalu berkata “saya harap tuan tidak terkejut dengan berita yang mahu saya sampaikan ini. Saya yakin tuan kuat semangat dan berhati cekal, baik semasa susah mahupun senang.”

“Katakan saja kerana saya sedia mendengarnya” balas Khalid

“Umar bin Khatab selaku khalifah Islam, memecat tuan daripada jawatan ketua panglima tentera Islam. Tempat tuan bakal digantikan oleh panglima Abu Ubaidah bin Jarah. Ini surat perintah daripada khalifah dan saya diamanahkan menyampaikan kepada tuan.”

Khalid bin Walid membuka surat itu dengan tenang lalu membacanya. Wajahnya langsung tidak menampakkan apa-apa perubahan.

Petikan buku :

Khalid Memburu syahid

Bab 40 : ‘Warkah Pilu’

Muka surat : 344-349

Emosi saya amat terusik dengan bab ini. jiwa sangat tersentuh dengan kandungannya. Terasa mata saya digenangi air… bagaikan mahu lari ke zaman itu utuk menyatakan sokongan dan pujian buat panglima berjasa Khalid Al-Walid. Allahu akbar!

No comments:

Post a Comment