Friday, November 13, 2009

Orientalis



Saya teruja untuk berkongsi dengan saudaraku muslimin-muslimat tentang sebuah buku tulisan Ustaz Mohd. Fikri bin Che Hussein bertajuk BIOGRAFI TOKOH ORIENTALIS MENURUT KITAB AL-A’LAM AL-ZARIKI. Apa yang penulis fikirkan adalah antara yang saya cari-cari sebelum ini.

Memetik kata-kata beliau dalam muqaddimahnya :

….. Pembaca yang budiman,

Mutakhir ini keyakinan umat islam terhadap ulama mereka semakin tipis, kepercayaan kepada rujukan dan sumbangan ulama silam semakin terhakis. Kebenaran dan hakikat kian terkalis, kesucian dan kesahihan mula dijangkiti kudis..

Begitulah kehidupan umat Islam dewasa ini, kekecewaan dan kebingungan terus melanda. Dalam menghadapai masalah ini, ilmu pengetahuan masih tidak mempunyai kedudukan yang kukuh, sebaliknya ia sebegitu lemah sehingga umat Islam terpengaruh dengan pelbagai hal dan perkara yang disentuh.

Pertentangan agama antara Islam dan kristian sejak bermulanya Perang Salib, diikuti dengan penjajahan di negara-negara umat Islam dan usaha-usaha westernisasi atau pembaratan terhadap orang timur secara dakwah kristianisasi terhadap kaum Muslaimin semakin meluas.

Diantaranya ialah gerakan orientalisme yang mengkaji ilmu-ilmu islam dan memaparkannya kepada umat Islam dalam bentuknya yang terpesong daripada yang tulen. Gerakan ini mendapat tempat yang kukuh di dalam institusi pengajian negara-negara Islam dan berjaya memesongkan pengetahuan umat sejak dari umur yang kecil lagi. Hal ini sepertimana yang pernah diulas oleh Dr. Mustafa al-Siba’ie (rhm) dalam kenyataanya :

“Apabila kita membaca sejarah yang dipelajari oleh anak-anak kita dan segala bidang yang diajarkan kepada mereka di peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, kita pasti terlihat gerakan ini (orintalisme) secara terang-terangan menentang umat muslim kita dan menyelewangkan sejarah peradaban dan ketamadunannya.

Malangnya, mereka yang melaksanakan agenda ini terdiri dari kalangan anak-anak penjajah yang telah diasuh dengan acuan yang mereka kehendakki. Merekalah yang telah menyusui anak-anak kita dengan susus mereka, merekalah yang meracuni kotak fikiran anak-anak kita agar generasi ini bakal menjadi pengganti kepada gerakan-gerakan rahsia mereka” …..

Dua matlamat penulis menyusun buku ini yang saya ringkaskan :

1) Kerajinan orang barat mengkaji ilmu islam

2) Para orientalis ini yang berniat jahat menyelewang ilmu islam daripada asal kejadiannya.

Akhir kata penulis adalah situasi KEJAHILAN umat Islam sendiri yang mengundang banyak bahaya.

Inilah yang mesti umat islam sedar di dunia tua ini. Sungguh pengalaman kita dalam kehidupan akhir zaman amat sempit, sukar sekali memilih jalan yang ‘berlandasan’. Ada banyak pilihan disekeliling kita adalah jalan yang nampak lurus tetapi sebenarnya jerlus.

  • Teringat sahabat mendedahkan ideologi Freemason
  • Teringat sahabat memberi peringatan bahawa musuh islam tidak boleh dijadikan teman atau sahabat kerana musuh islam tetap musuh islam dengan agendanya.

Ya Allah, peliharalah aku dan saudara-saudaraku..

2 comments:

  1. gerakan freemason nie amat berbahaya sekali.. gerakan nie bergerak secara sulit n sukar dijejaki pergerakan kumpulan nie..

    ReplyDelete
  2. Putra Al-Maliki,
    ideologi ini mgkin x difahami oleh org2 biasa disekeliling kita, x dipeduli.. sbb itu mudah saja kita menjadi mangsa.. mudah saja isu agama sekarang menjadi isu sensitif pada hal agama kan urusan kehidupan..mcmmn nak hidup tanpa agama yang semestinya Islam

    ReplyDelete