Friday, July 25, 2008

Aku kenal Shueqry..

Shueqry? Siapa shueqry?
Dato’? artis? Boipren?

Oh! Tidak…tidak
Dia shueqry seorang manusia biasa yang mempunyai semangat luar biasa.
Dia Sabahan yang menggambarkan dirinya dan sekelilingnya
Dia meletakkan kisah hidup tak ubah seperti orang masyhur di dalam buku
Dari kepayahan untuk memberi rasa kepada orang lain
Dari kesesakan fikiran untuk memberi inspirasi

Uish! pandai ke aku bersajak ni ek…..
Sifat membaca buku motivasi satu ketika dulu kini dah melebar ke dunia on-line, telah membawa perkenalan ku dengan web site motivasi. Antara yang memberi aura ku di ranking tertinggi adalah www.imotivasi.com (dulunya shueqry.blogspot.com). Boleh kata setiap hari aku akan melawat website ini untuk mendapatkan tips. Kandungannya yang agak santai dan penulisnya menggunakan gaya bahasa yang dekat dengan pembaca membuatkan ia tak jemu untuk dikunjungi.
Boleh aku bayangkan penuhnya masa dan sibuknya dia dengan aktivti harianya, namun dia masih mempunyai masa dengan berpuluh-puluh ym, sms, untuk dilayaninya, sama ada mengadu masalah, mendengar luahan dan macam –macam lagi yang pastinya pelbagai karenah manusia ni bukan calang-calang orang boleh tahan beb! Dari riak muka shueqry ni (belum nampak realiti pun..) Nampak orangnya…. Ush! Susah nak cakap pasal ketabahannya. Memang sesuai shueqry menerbitkan blog motivasi…Semoga ada insan lain yang dapat bangkit seperti Shueqry (aku?) antara insan terpilih yang sedang mengasah diri untuk kejayaan. Jika anda hendak mengenali shueqri, jom lah…zassss http://www.imotivasi.com

2 comments:

  1. Shueqry memang best..
    Penulisannya santai...

    Zool
    http://www.ligakampung.com/blog

    ReplyDelete
  2. Zool,
    Saya percaya zool jg pengunjung tetap link shueq kan..
    Berurusan dengan shueq buat kita cair otak. Diskusi yg jauh di seberang sana terasa dekat di satu meja.
    Dia buat saya huh! jeles, jeles!

    ReplyDelete