Monday, July 28, 2008

Menjiwai komputer

Komputer oh! Komputer…
Setiap hari aku berdepan dengan orang yang, baru nak mengenal komputer, ingin mendekati komputer … (antara job description)
Segalanya yang bermula dari zero…
Di pekan yang tak berapa nak besar ni, bukan sesuatu yang mudah untuk membawa masyarakatnya kearah IT literate. Untuk membuka mata, memberi kesedaran tentang kepentingan positif……..
Tapi aku tak menyalahkan mereka seratus peratus, kerana isu persekitaran yang digelutkan budaya negatif. Beberapa tahun berkhidmat dengan majikan (bos yang understanding!!) ni ada sedikit perubahan dari tahun ke tahun.
Mendidik bukan sekadar mereka boleh mengikut telunjuk pengajar tetapi secara psikologinya memberi keyakinan kepada mereka untuk ‘explore’ dunia IT supaya mereka boleh berdikari dan matang untuk menggunakannya. Kenapa matang? Sebab ramai pengguna (terutamanya remaja) tidak matang menggunakan internet secara negatif (contohnya; web lucah, apa kebenda la tengok benda yang takde kena mengena dengan dia orang, belum pandai nilai baik buruknya. Aku nak kecek kelate ‘kijo gilo!’)


Apa yang mereka belajar? Hmmm ni le.. Ms Office dan internet. Masa dapat tugasan ni, aku tak fikir apa pun, ala.. kacang goreng je… ye le benda yang kita buat hari-hari, pagi, petang, siang, malam. Boring pun ada, sebab macam tak de cabaran.Tapi bila dah rasa, rupa-rupanya cabarannya adalah sudut yang kita tak nampak dan ada sesuatu yang baru dijumpai sedangkan sebelum ni eksyen abis…
Dari sini, aku dan team mula kembangkan module dari satu ke satu module lain dan dari perisian ke perisian lain. Ya! Kami berjaya mencari jalan keluar dari satu topik yang terhad dan konvensional. Paling seronok buat training on-line..Up to date!!!
Kami bertanggungjawab untuk menarik mereka untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan rakan seusia mereka di tempat lain. Kami tidak mahu mereka jauh ketinggalan, malu beb! malu…
Aku megajar Melayu dan India, dari pelajar sekolah hinggalah orang dah bekerja (kolar biru, kolar putih) yang pelbagai latar belakang. aku tak membezakan mereka, cuma ilmu akan lebih di milikki bagi mereka yang rajin bertanya dan meneroka..
Aku gelak bila bekas pelajar meluahkan rasa cemburu bila bentuk latihan mereka tak sama seperti sekarang. Biasanya aku bagi jawapan, “kita mengikut perkembangan zaman, semakin baik semakin baik. Bukan duduk diam gitu je bertahun-tahun.” Macam iklan kat tv tu… apa yerk? Dunia dah maju, zaman dah berubah….
Matlamat ku untuk menjadikan semua pelajar yang terbaik dari yang lain di situasi mereka dan ilmu yang kami curah memberi value kepada mereka. Ya! Itu dia….

Lantak pi la.. apa orang nak kata…(loghat Kedah he he he..)

No comments:

Post a Comment