Wednesday, July 2, 2008

Keunikkan adalah keistimewaan

Salam bertemu,
Sebelum ini aku telah menulis tentang tajuk ini tapi tergendala oleh tuntutan harian. Menulis tentang keunikkan memberi semacam satu semangat dan motivasi kepada diriku untuk menghadapi hari ini....
Semua manusia selagi menyedari kemanusiaannya akan sedar akan kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. hakikatnya 'no body perfect in the world'. Tuhan tidak zalim memberi kekurangan kepada hamba-Nya andai kita tahu tujuan hidup kita. Namun, terkilan dengan penyakit manusia zaman ini yang mudah menyalahkan takdir hingga menghancurkan diri sendiri. Ini adalah akibat dari ketidakmampuan mengawal ESQ.
Para motivator, selalu meyebut tentang LOA. ia adalah satu peluang kepada manusia walau siapa pun dia, walau sejauhmana kekurangan dia untuk menempa kejayaan hingga terlupa akan kekurangan dirinya..
LOA singakatan bagi Law Of Attraction.
Wahai sahabat janganlah terlalu rendah diri kerana memilikki kekurangan itu kerana tahukah anda itu salah satu kebesaran tuhan untuk menunaikan apa yang kita minta dari doa yang khusyuk. hatta OKU sekalipun, tuhan bukan zalim untuk meletakkan beban seberat itu dibahunya, ada natijah yg paling mulia disebaliknya yang mungkin hanya orang tertentu sahaja yg tahu.
Cari kelebihan diri yang tiada pada org lain dan gunakan ia... mari kita sama-sama membongkar rahsia diri utk kemajuan diri, keluarga kita, bangsa kita dan agama kita.

No comments:

Post a Comment