Friday, July 25, 2008

Idea oh! idea...

Susahnya nak dapat idea! Ya Allah kurniakan daku ilham……
Ya, ada masanya kita rasa… aduh bercinta nak dapat idea nak buat sesuatu… Bidang kerja yang banyak menuntut aku mencari ilham membuatkan aku sering mencari tempat sesuai untuk menjana input untuk ditulis atas kertas atau menaip sehingga menghasilkan tulisan yang terpapar di skrin komputer.
Datang ilham dari membaca, berjalan, bergaul, surfing dan pelbagai lagi. Setiap orang mempunyai caranya tersendiri. Idea datang kadang kala secara sedar di saat kita memang dalam keadaan menggerakkan sel otak kearah ‘discovery’, adakalanya pula secara tidak langsung, terlintas difikiran kesan daripada sesuatu yang tidak dijangka.
Masih ku ingat memori ketika belajar di kolej dulu.. pensyarah kami Cik M memberi arahan untuk menghasilkan satu jenis borang inventori. Masing-masing punya khusyuk nak hasilkan yang terbaiklah kononnya… tapi hmm… semuanya hampeh! ihik.. Cik M kata; (tak ingat tiap patah butirannya tapi lebih kurang begini le)”Awak ni tak kreatif la… cuba banyakkan tengok kartun”. Aku tak le mengambil kisah sangat waktu tu sebab tak tau apa la relevannya kartun dengan modul yang dipelajari. Rupa-rupanya ada benarnya apa yang Cik M kata tu…
Office mate ku penggemar kartun dan hasil kerjanya memang unik dan kreatif. Ada juga x-trainee aku yang agak lain sikit orangnya. Dia ni seorang hafizah, pelajar Kolej Pengajian Tinggi Islam. Maklumle hafizah mesti respect, tak tengok cerita macam ni.. rupa-rupanya aku silap. Narutolah kegemarannya.. dan dialah pelajar yang memilikki idea unik dan kebijakkannya.mengatasi rakan-rakan yang lain. Aku bercakap bukan untuk menggalakkan penumpuan kita 100% kepada kartun tapi nak cakap kartun antara penyumbang kreativiti dan motivasi, namun apapun kena bijak mengambil yang positif ea..!

Naruto kata “Aku memang lemah bila sampai masa nak mengalah, masalahnya aku tak pandai nak mengalah!!!!”

No comments:

Post a Comment