Monday, August 4, 2008

DRIVING

Semalam yang penuh keringat, terasa panas berpeluh..tapi tak rasa nak menjerit pun cuma sedikit rimas.. cuaca akhir zaman ni... tapi apa yang nak dicerita ni pasal memandu..
aku selalu membayangkan pemanduan go-cart. Teringin sejak dari muda dulu (tua ke aku ni?) tapi tak berkesempatan.. tambah lagi duduk di pekan yang tak berapa nak kecik dan beso ni apa lah yg ada selain tempat rekreasi.. Kenapa aku minat sangat? mm waktu inilah latihan untuk kita 'FOKUS'. Bila memandu mata kita akan memberi tumpuan, kaki dan tangan kita akan bergerak seiring.. ekspressi muka ala2 macho gitu (klu prp istilahnye apa yerk?) dan otak kita akan sedikit cair utk berfikir...
Klu tengok tv pun, aku buat latihan utk 'FOKUS' dengan menonton pertandingan lumba motor, lumba basikal

Sebenarnya inilah yg aku nak cerita.. tapi ada malu pun ye jugak pasal.... dah tua2 ni baru pandai mandu kereta? (selama ni hidup dengan motor). Boss minta aku bawa kereta ke satu destinasi, "kereta orang bukan kereta sendiri, klula apa2 jadi..." dah mula fikir yang negatif je...... Soalan boss yang pertama, aku jawab; tak yakin. Soalan kedua pun mcm tu. Tapi dah buka pintu kereta aku teringat pemanduan go-cart, aku jadi semangat! terus je cakap kt boss 'Saya nak bawak!' Soalan bos yang ketiga "yakin tak?" aku jawab dengan penuh confident, yakin!!!
Sepanjang perjalanan aku rasa hari ni jalan raya meraikan pemanduan ku, Oh!....... jalan raya hari ni tak macam selalu.... halangan hari ini tak macam selalu....
Tinggal tunggu masa untuk aku running JLA 3224 di atas jalan raya tak berapa lama lagi. Boiprend ku yang satu ni tak kluo2 pasal dia ni... segannya masya allah!!! Sambil tunggu dia serasi dengan tuannya yang comei ni aku nak setting ekspressi muka yg paling bersesuaian dgnnya.. kih!kih!kih!

" Setujukah anda bahawa cara pemanduan menunjukkan karektor kita? "

*Terima kasih boss!
*Terima kasih Kia Spectra!

p/s: terima kasih Diana, ajo saya drive mula2 dulu...he he....
Eiji, jgn jealous ea...

2 comments: