Wednesday, August 13, 2008

Lelaki pilihan...

Sambung menulis tentang sesuatu yang ada kaitan dengan nilai sejarah (aku menulis sejarah yg mgkin lain dr yg lain). Perasan tak, sejak aku menulis blog berkaitan personal ni asyik berkisar lelaki saja... takpe akan datang aku akan keluarkan tentang wanita pula.. akukan wanita...

Kali ni aku memetik dari kitab 'Kisah Syeikh Abdul Kadir jailani' terjemahan oleh Abdul hamid bin Haji Hatib cetakan kedua 1977 (koleksi abah). Kitab ini asalnya adalah berbahasa Inggeris dengan tajuk 'The Saint of Jilan' tulisan A.S Salik.

Ayah Syeikh bernama Abu Salleh dan ibunya Ummu Khair Fatimah. Sebelum ni aku selalu mendengar membaca kisah pemuda yang mengahwini gadis yag di'psiko' oleh bapa mertuanya pekak, bisu, lumpuh. Selepas membaca kitab ini baru paham oo.. gitu..

Syeikh Abdul Kadir Jailani atau nama timangannya Abu Muhammad lahir pada 1 Ramadhan 470 H (Aku pun lahir bulan ramadhan) adalah ahli sufi, seorang wali Allah yang terpilih. Apa ciri-ciri wali Allah ini? Awal kisahnya Syeikh dinasihati oleh ibunya jgn sesekali berbohong walau dalam keadaan apa sekalipun. Sebab itu semasa dlm perjalanan ke Baghdad Syeikh terserempak dengan 60 orang perompak dan beritahunya dia memilikki 40 dirham sedang perompak2 itu ketawa memerli. Akhirnya atas kejujuran syeikh perompak2 itu bertaubat.

Syeikh seorang yg mementingkan ilmu. Kerana itu syeikh sanggup berhijrah dan menuntut di Universiti Baghdad untuk mendalami ilmu Fekah, Tafsir dan hadis. Buku bacaan beliau ialah sastera Arab dan membuat kajiselidik Al-Qur'an. Beliau suka menderma walau ada simpanan yang paling sedikit.

Makanan utama Syeikh ialah tmbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran. (beliau pernah hidup hanya makan tanpa minum selama setahun, kemudian minum tanpa makan, kemudian tidak makan tidak minum dan kemudian tidak tidur. Makanannya hanyalah bersifat rohani).

Beliau sentiasa bermujahadah iaitu latihan menakluk nafsu dengan cara berpuasa/tidak makan dan menemui/bergaul dengan orang-orang soleh. Kesan dari taraf ilmu dan amalan yang tinggi beliau sering mengalami pemgalaman2 pelik seperti suara-suara ghaib untuk memberitahu sesuatu.

Disebabkan kitab ini betulisan jawi lama, banyak nama-nama tempat yang tidak dapat aku sebutkan sengan betul selain nama tempat yng familiar. (ni kena berguru ni..)

Atas taraf kedudukan yang tinggi juga, Syeikh telah menjadi guru kepada jin-jin untuk mencari kebenaran jalan Allah. Suatu hari syaitan datang untuk menguji keimanan Syeikh Abdul Kadir dengan katanya "aku telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal" dan syeikh pun mengucapkan "aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam", lalu syaitan pun menjadi awan. Bila ditanya kembali kepada syeikh bagaimana dia boleh mengenal itu suara syaitan, Syeikh menjawab Allah tidak pernah mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

Sunggup takjub, Syeikh memberi syarahan dan pidato yang dihadiri oleh terlalu ramai jemaah yang terdiri dari pendita, sarjana, syeikh2, orang-orang kaya, pegawai2 tinggi, khalifah, jin2, malaikat2, ruh nabi2 dan rijalun ghoib..

Setakat ini dulu post untuk kali ni, berhenti sejenak untuk mendapatkan nafas baru bg kisah selanjutnya..nantikan kehebatan sufi ini di post akan datang...

Al-Fatihah untuk para wali Allah, amin....

1 comment:

  1. Thnaks for sharing...Lots of good knowledge in your writing..We all should be like Syeikh Abdul Kadir Jailani who loves " ilmu" or knowledge. Travel around the world to get them.
    We nowadays should be the same. We are in a greater advantage because we have internet. No need to physically travel around the world.
    Looking forward for your next story...

    ReplyDelete