Monday, July 28, 2008

Menjiwai komputer

Komputer oh! Komputer…
Setiap hari aku berdepan dengan orang yang, baru nak mengenal komputer, ingin mendekati komputer … (antara job description)
Segalanya yang bermula dari zero…
Di pekan yang tak berapa nak besar ni, bukan sesuatu yang mudah untuk membawa masyarakatnya kearah IT literate. Untuk membuka mata, memberi kesedaran tentang kepentingan positif……..
Tapi aku tak menyalahkan mereka seratus peratus, kerana isu persekitaran yang digelutkan budaya negatif. Beberapa tahun berkhidmat dengan majikan (bos yang understanding!!) ni ada sedikit perubahan dari tahun ke tahun.
Mendidik bukan sekadar mereka boleh mengikut telunjuk pengajar tetapi secara psikologinya memberi keyakinan kepada mereka untuk ‘explore’ dunia IT supaya mereka boleh berdikari dan matang untuk menggunakannya. Kenapa matang? Sebab ramai pengguna (terutamanya remaja) tidak matang menggunakan internet secara negatif (contohnya; web lucah, apa kebenda la tengok benda yang takde kena mengena dengan dia orang, belum pandai nilai baik buruknya. Aku nak kecek kelate ‘kijo gilo!’)


Apa yang mereka belajar? Hmmm ni le.. Ms Office dan internet. Masa dapat tugasan ni, aku tak fikir apa pun, ala.. kacang goreng je… ye le benda yang kita buat hari-hari, pagi, petang, siang, malam. Boring pun ada, sebab macam tak de cabaran.Tapi bila dah rasa, rupa-rupanya cabarannya adalah sudut yang kita tak nampak dan ada sesuatu yang baru dijumpai sedangkan sebelum ni eksyen abis…
Dari sini, aku dan team mula kembangkan module dari satu ke satu module lain dan dari perisian ke perisian lain. Ya! Kami berjaya mencari jalan keluar dari satu topik yang terhad dan konvensional. Paling seronok buat training on-line..Up to date!!!
Kami bertanggungjawab untuk menarik mereka untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan rakan seusia mereka di tempat lain. Kami tidak mahu mereka jauh ketinggalan, malu beb! malu…
Aku megajar Melayu dan India, dari pelajar sekolah hinggalah orang dah bekerja (kolar biru, kolar putih) yang pelbagai latar belakang. aku tak membezakan mereka, cuma ilmu akan lebih di milikki bagi mereka yang rajin bertanya dan meneroka..
Aku gelak bila bekas pelajar meluahkan rasa cemburu bila bentuk latihan mereka tak sama seperti sekarang. Biasanya aku bagi jawapan, “kita mengikut perkembangan zaman, semakin baik semakin baik. Bukan duduk diam gitu je bertahun-tahun.” Macam iklan kat tv tu… apa yerk? Dunia dah maju, zaman dah berubah….
Matlamat ku untuk menjadikan semua pelajar yang terbaik dari yang lain di situasi mereka dan ilmu yang kami curah memberi value kepada mereka. Ya! Itu dia….

Lantak pi la.. apa orang nak kata…(loghat Kedah he he he..)

Friday, July 25, 2008

Aku kenal Shueqry..

Shueqry? Siapa shueqry?
Dato’? artis? Boipren?

Oh! Tidak…tidak
Dia shueqry seorang manusia biasa yang mempunyai semangat luar biasa.
Dia Sabahan yang menggambarkan dirinya dan sekelilingnya
Dia meletakkan kisah hidup tak ubah seperti orang masyhur di dalam buku
Dari kepayahan untuk memberi rasa kepada orang lain
Dari kesesakan fikiran untuk memberi inspirasi

Uish! pandai ke aku bersajak ni ek…..
Sifat membaca buku motivasi satu ketika dulu kini dah melebar ke dunia on-line, telah membawa perkenalan ku dengan web site motivasi. Antara yang memberi aura ku di ranking tertinggi adalah www.imotivasi.com (dulunya shueqry.blogspot.com). Boleh kata setiap hari aku akan melawat website ini untuk mendapatkan tips. Kandungannya yang agak santai dan penulisnya menggunakan gaya bahasa yang dekat dengan pembaca membuatkan ia tak jemu untuk dikunjungi.
Boleh aku bayangkan penuhnya masa dan sibuknya dia dengan aktivti harianya, namun dia masih mempunyai masa dengan berpuluh-puluh ym, sms, untuk dilayaninya, sama ada mengadu masalah, mendengar luahan dan macam –macam lagi yang pastinya pelbagai karenah manusia ni bukan calang-calang orang boleh tahan beb! Dari riak muka shueqry ni (belum nampak realiti pun..) Nampak orangnya…. Ush! Susah nak cakap pasal ketabahannya. Memang sesuai shueqry menerbitkan blog motivasi…Semoga ada insan lain yang dapat bangkit seperti Shueqry (aku?) antara insan terpilih yang sedang mengasah diri untuk kejayaan. Jika anda hendak mengenali shueqri, jom lah…zassss http://www.imotivasi.com

Terima kasih..



Doaku buat lecturer...

Pn. Raziah Mastor dan Pn. Maharani Haled (alamak! betul tak ejaan ni.. nnti potong markah!!!??)

Idea oh! idea...

Susahnya nak dapat idea! Ya Allah kurniakan daku ilham……
Ya, ada masanya kita rasa… aduh bercinta nak dapat idea nak buat sesuatu… Bidang kerja yang banyak menuntut aku mencari ilham membuatkan aku sering mencari tempat sesuai untuk menjana input untuk ditulis atas kertas atau menaip sehingga menghasilkan tulisan yang terpapar di skrin komputer.
Datang ilham dari membaca, berjalan, bergaul, surfing dan pelbagai lagi. Setiap orang mempunyai caranya tersendiri. Idea datang kadang kala secara sedar di saat kita memang dalam keadaan menggerakkan sel otak kearah ‘discovery’, adakalanya pula secara tidak langsung, terlintas difikiran kesan daripada sesuatu yang tidak dijangka.
Masih ku ingat memori ketika belajar di kolej dulu.. pensyarah kami Cik M memberi arahan untuk menghasilkan satu jenis borang inventori. Masing-masing punya khusyuk nak hasilkan yang terbaiklah kononnya… tapi hmm… semuanya hampeh! ihik.. Cik M kata; (tak ingat tiap patah butirannya tapi lebih kurang begini le)”Awak ni tak kreatif la… cuba banyakkan tengok kartun”. Aku tak le mengambil kisah sangat waktu tu sebab tak tau apa la relevannya kartun dengan modul yang dipelajari. Rupa-rupanya ada benarnya apa yang Cik M kata tu…
Office mate ku penggemar kartun dan hasil kerjanya memang unik dan kreatif. Ada juga x-trainee aku yang agak lain sikit orangnya. Dia ni seorang hafizah, pelajar Kolej Pengajian Tinggi Islam. Maklumle hafizah mesti respect, tak tengok cerita macam ni.. rupa-rupanya aku silap. Narutolah kegemarannya.. dan dialah pelajar yang memilikki idea unik dan kebijakkannya.mengatasi rakan-rakan yang lain. Aku bercakap bukan untuk menggalakkan penumpuan kita 100% kepada kartun tapi nak cakap kartun antara penyumbang kreativiti dan motivasi, namun apapun kena bijak mengambil yang positif ea..!

Naruto kata “Aku memang lemah bila sampai masa nak mengalah, masalahnya aku tak pandai nak mengalah!!!!”

Sunday, July 13, 2008

Runtuhkan tembok penghalang!!!

Pagi Isnin 14 Julai ni entah kenapa, saya rasa nak senyum, memberikan expressi yang menyenangkan semua yang berada di keliling saya...
Ya! saya bertemu dengan buah hati untuk kali pertama meluncur di laman web. Ah! tak terkata indahnya..... Betul kata motivator, bila kita bermula dengan perkara positif di waktu pagi ia akan memberi aura yang baik hingga ke petang..
Mungkin pembaca tertanya-tanya siapa yang saya maksudkan.... Adakah seorang gagah perkasa, seorang yang bermisai tebal, seorang yang hebat bergaya? Oh! no.......
Si dia yang saya maksudkan ialah sebuah buku elektronik kebanggaan ku. ia bukan sekadar memberi motivasi, ia memberi ilham, ia membuat saya lebih intim dengan internet, ia membuat saya berfikir, ia menghebahkan kebaikkan, ia tidak lokek ilmu, ia tidak lokek wang....
Yes!yes!
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung:
En Nayan (Otaionline.com)
En. Arsyad (Saudagarherba/Irsyadi2)
mak abah
bos
kawan-kawan
dan lain-lain yang menyumbang banyak dan sedikit

Saya berjaya meruntuhkan satu tembok penghalang diri untuk menghanyutkan diri ke lautan internet... banyak yang pedih... namun itu tak mematahkan semangat..
Saya tak punya apa untuk menawan internet tapi atas bantuan nasihat, panduan bantuan teknikal dari sifu yang telah memainkan peranan mereka dengan berkesan menarik saya untuk menggamit secebis kejayaan, meniru jejak mereka.. tiada siapa yang sedar akan perubahan keadaan ini kecuali diri kita sendiri....

ha.... ini dia jejak-jejak org berjaya, saya menurut....
Bukakan minda kita sepenuh jiwa di www.ebukudigital.com


Mari kita berjuang dengannya.... Berjuang!

Monday, July 7, 2008

E-mail dari rahsia internet.com

Saya kongsikan dengan anda, untuk sesiapa yang tercari-cari dan menunggu-nunggu peluang ingin belajar sendiri dengan sifu/pakar, sila baca ini:, (mungkin rezeki anda bagai jatuh dari langit buk-berdebuk disini)

======================================
WORKSHOP JUTAWAN INTERNET KUALA LUMPUR
======================================

Workshop perniagaan Internet #1 oleh Irfan Khairi akan
di adakan di KL hujung mingggu ini! Tempat semakin terhad.
Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet
dari rumah dalam masa 7 hari, apa kata sertai kami...

* Tarikh: 12hb Julai 2008 (Sabtu)
* Tempat: JW Marriott Kuala Lumpur
* Waktu: 8.45am - 6.30pm
* Speaker: Irfan Khairi
* Hanya 2 tempat kosong tinggal!

Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, lawati
http://www.rahsiainternet.com/workshop/index2.htm

Atau telefon Azran atau di 014-6633311 atau Shah di 016-6966644
hari ini.

ps: Atas sambutan yang amat tinggi, kami juga akan ke Singapore & Brunei.
Klik di sini untuk tarikh: http://www.rahsiainternet.com/workshop/


==========================

Klik di sini sekiranya anda ingin menonton klip video temubual
eksklusif Irfan Khairi mengenai Workshop Jutawan Internet di Astro
Awani:

http://www.irfankhairi.com/blog/workshop-jutawan-internet-di-astro/


=====================================================
TIP PILIHAN: TEMUBUAL BERSAMA DATO DR FADZILAH KAMSAH
=====================================================

Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang
saya ingin kongsikan bersama ketika saya menemubual beliau di
Radio24 (93.9FM) dalam rancangan "Jutawan! bersama Irfan Khairi":

IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak
payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan.
Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana
dalam bentuk kekayaaan ini?

Dato Dr Fadzilah Kamsah: Ini adalah salah satu perkara yang
seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama'-ulama' yang
mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana
pun beritahu kita yang kita ini adalah 'umattan wasata' ataupun kita
ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-
kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan
dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti "ala, kalau kita mati nanti pun
kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk
kubur". Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab
sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah
disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: "Allah amat kasih akan hambanya
yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang
terbaik ". Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita
sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita
lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama'dan ulama'
mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan
seimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kita
hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat
juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu
ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam
apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh
terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu
bukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul
maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan
akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi 'jumud' atau terikat dengan
tekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya". Itu
adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan
bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah
redha.

IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang
dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang,
pulangannya dalam bentuk wang juga akan jadi cemerlang juga.

*So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan
berkata-kata "buat apa lah nak kaya-kaya... bukan boleh bawak masuk
kubur pun...", anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah
Kamsah lagi

-IK
Irfan Khairi



====================================
Taklimat PERCUMA MIBO 15hb JULY 2008
====================================

Pada hari Selasa 15hb Julai, akan dijalankan
taklimat percuma MIBO di CITITEL, Midvalley, Bangsar pada jam
8.00malam - 10.30malam. Irfan Khairi juga akan berada di snaa
sebagai duta MIBO untuk menyampaikan beberapa tips kejayaannya.


Masuk percuma, bawa kenalan dan juga keluarga untuk mengetahui
peluang keusahawanan MIBO. Datang awal untuk memastikan tempat
anda! Pendaftaran percuma di luar bilik taklimat.

"Kini, beratus usahawan ICT MIBO telah dilahirkan! Apa kata anda
ikuti perkembangan MIBO malam ini!"

MIBO adalah Malaysian Independant Business Ownership. Untuk
maklumat lanjut, layari:

http://www.irfankhairi.com/blog/mibo/

Inginkan maklumat lanjut, hubungi Shah di 016-6966644
atau Azran di 014-6633311

Sunday, July 6, 2008

RM10K Sebulan Secara Online? Karutlah!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat semua pembaca blog Cari rahsia...
Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda, rakan-rakan online anda dan pakar-pakar IM mengenai persoalan benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?

Pernahkah anda tertanya-tanya kepada mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan internet ini mengenai bagaimanakah cara yang mereka gunakan beserta tips untuk mendapatkan lebih RM10K sebulan untuk perniagaan mereka?

Pernahkah anda tercari-cari seseorang yang pakar dan berjaya yang boleh membantu anda sampai berjaya untuk mendapatkan RM10K sebulan melalui perniagaan internet?

Jika anda mempunyai persoalan seperti di atas, Tahniah diucapkan kerana anda telah berada di tempat yang betul untuk menjelaskan kekeliruan serta persoalan yang bermain di fikiran anda tersebut sejelas-jelasnya tanpa perlu berselindung!

Untuk persoalan "Benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?" Percayalah bahawa ia sememangnya benar sebenar-benarnya bahawa anda boleh membuat RM10K sebulan secara online tanpa ragu-ragu. Tidak kiralah anda membuat perniagaan internet ataupun menjana wang melalui internet, untuk mendapatkan RM10K sebulan adalah tidak mustahil!

Ramai IM di luar negara mampu membuat lebih USD10K (Bukan RM10K) setiap bulan secara online, malahan ada juga IM dari Malaysia yang mampu membuat lebih RM10K setiap bulan walaupun mereka hanya belasan tahun. Bukankah ia tidak mustahil untuk anda menjadi seperti mereka juga?

Buktinya, Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz yang merupakan pengasas Team Flarebiz mendapat lebih RM10K untuk bulan Januari 2008 dengan perniagaan online beliau walaupun beliau pada ketika itu merupakan bekas pelajar SPM berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan SPM. Beliau hanya melakukannya hanya di rumah beliau di Kelantan.

Jika anda bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapat RM10K beserta tips-tips untuk berjaya seperti beliau serta anda memerlukan seseorang yang pakar untuk membantu anda, Tahniah anda berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul..

Ini kerana Team Flarebiz telah mengumpulkan semua cara, teknik, tips dan sebagainya dalam satu e-book khas untuk membantu anda menghuraikan segala persoalan anda untuk menjana lebih RM10K sebulan melalui Perniagaan Internet anda sendiri. Bukan itu sahaja malahan mereka akan membimbing anda sehingga anda berjaya menjadi seperti mereka.

Memperkenalkan Sebuah E-Book Kontroversi

Pakej Rahsia 10K



Dalam Pakej Rahsia 10K Yang lengkap ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)

Dapatkannya segera untuk mengubah nasib dan masa depan anda dalam perniagaan internet anda sekarang juga jika anda tidak mahu menyesal seumur hidup anda berada di takuk lama! Dapatkan segera di http://www.rahsia10k.com/index.php?ref=Fasiha

Sahabat online anda,
Fasiha

PS: Ramai orang masih dibuai angan-angan untuk menjana berjuta-juta USD kononnya melalui perniagaan internet sedangkan tidak tahu bagaimanakah caranya. Kini anda selangkah lebih ke hadapan kerana anda sudah menjumpai jalan untuk membantu anda menjadikan angan-angananda satu kenyataan. Bertindaklah sekarang juga!

* Fasiha berkata: KEKAYAAN itu impian manusia tetapi apa yg lebih penting ialah usaha utk mengubah diri sendiri menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik!
Usaha menjadikan sekeliling kita juga menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik!

Wednesday, July 2, 2008

Keunikkan adalah keistimewaan

Salam bertemu,
Sebelum ini aku telah menulis tentang tajuk ini tapi tergendala oleh tuntutan harian. Menulis tentang keunikkan memberi semacam satu semangat dan motivasi kepada diriku untuk menghadapi hari ini....
Semua manusia selagi menyedari kemanusiaannya akan sedar akan kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. hakikatnya 'no body perfect in the world'. Tuhan tidak zalim memberi kekurangan kepada hamba-Nya andai kita tahu tujuan hidup kita. Namun, terkilan dengan penyakit manusia zaman ini yang mudah menyalahkan takdir hingga menghancurkan diri sendiri. Ini adalah akibat dari ketidakmampuan mengawal ESQ.
Para motivator, selalu meyebut tentang LOA. ia adalah satu peluang kepada manusia walau siapa pun dia, walau sejauhmana kekurangan dia untuk menempa kejayaan hingga terlupa akan kekurangan dirinya..
LOA singakatan bagi Law Of Attraction.
Wahai sahabat janganlah terlalu rendah diri kerana memilikki kekurangan itu kerana tahukah anda itu salah satu kebesaran tuhan untuk menunaikan apa yang kita minta dari doa yang khusyuk. hatta OKU sekalipun, tuhan bukan zalim untuk meletakkan beban seberat itu dibahunya, ada natijah yg paling mulia disebaliknya yang mungkin hanya orang tertentu sahaja yg tahu.
Cari kelebihan diri yang tiada pada org lain dan gunakan ia... mari kita sama-sama membongkar rahsia diri utk kemajuan diri, keluarga kita, bangsa kita dan agama kita.