Friday, August 29, 2008

Tag dari Norash

1)What were you doing 5 years ago5 Taun lepas,
Study di KKYPJ Segamat, seronok berprogram.... antara yang best join commitee X-treme PC Day Carnival

2)What were the 5 things on your to do list today?
1) Update PC office
2) Draft report utk meeting
3) Hantar sumbangan kpd customer syarikat sempena Ramdhan Al-Mubaraq
4) Update bilik- buku2 yang bersepah, lipatan&gantungan baju dlm wardrobe,
5) bersemuka dgn parent amik perkembangan meeting ...........?.........

3)What are 5 snacks that you enjoy?
1) Kepek Pisang
2) Kepek Ubi
3) Rempeyek
4) Mee siput (buatan Muo)
5) kopok ikan
(*Makanlah makanan buatan Malaysia, produk IKS lbh sedap dan berkhasiat dr produk resepi import)
Sokong makanan buatan islam, halal dan suci

4)What are 5 jobs you've had?
1) Operator
2) QC
3) PC
4) QA
5) Eks IT

5 People i want to tag :
1) Ustaz Arsyad
2) NurilHakim
3)
Sha
4) Hilal Asyraf
5)Izan

Wednesday, August 27, 2008

Wahai pemimpin kami!!

Hari ini 28 Ogos.....
Nantikan beberapa hari lagi untuk mendengar laungan MERDEKA kali ke-51 dan pengumuman 1 Ramadhan 1429H..
Detik ini kita cuba lihat disekeliling kita siapa mereka yang merayakan MERDEKA dengan budaya-budaya yang berbeza, bersesuaiankah dengan kecintaannya kepada Negara. Adakah sekadar laungan sahaja, adakah dengan gelek goyang, adakah dengan hiruk-pikuk rempit-merempit, adakah dengan botol arak dan kondom. Itulah kebanjiran yang diperdengarkan sejak akhir-akhir ini.

Wahai pemimpin kami,
Masih ada muda-mudi yang berjiwa Merdeka dengan semangat yang membara dengan ingatannya terhadap sejarah Negara. Masih ada muda-mudi yang menadah tangan kepada Ilahi untuk memohon kesejahteraan Negaranya..Dimana mereka ini? Ya.. mereka ada tetapi kebanyakan wajah mereka tidak disedari dek kerana julukan wajah-wajah menggila...

Wahai peminpin kami,
Kami tidak mahu Merdeka dengan hiburan yang melalaikan................
Kami tidak mahu wujud muda-mudi yang bakal menjadi golongan TERLUPA melalui hiburan yang melalaikan ini.........
Kami tidak mahu ada yang terjerumus ke lembah hina melalui hiburan yang melalaikan ini....
Kami tidak mahu!!!!!!!

Kami mahukan amalan yang boleh membataskan moral kami....
Kami mahu amalan baik diteruskan......
Setiap agama ada amalan yang baik untuk diamalkan
Teruskan yang itu.....
Amalan apa?
Doa, tafakur.......
Itu saja?
Buatlah apa saja asal berbatas

Ada hiburan...?
Ye... tetapi penjarakan kebebasannya

Kerana....
Esok Ramadhan menjelma...

Kenapa mesti sedar hanya kerana Ramadhan?
Itu lebih baik kerana...
akhir zaman banyak petanda yang tidak disedari
membuatkan kita terlupa, terleka....

Ramadhan yang datang...
pun dengan bermacam cerita dari umat yang terleka...
Mereka terlupa..

Cerita yang datang bukan dari muda-mudi saja
Tetapi setiap lapisan usia...
Mereka TERLUPA
apa sebabnya?
HIBURAN.....
Ya, penjarakan hiburan...
Kita akan terpedaya dengan muslihat(nya) kelak
yang akan menghancurkan kita sendiri...

Selamatkan kami wahai pemimpin..

* luahan hati dr insan yang tak pandai bersajak..

Tuesday, August 26, 2008

Seribu kemaafan....

Saya mohon maaf kepada pengunjung blog 'cari rahsia' kerana hingga kini masih belum menyambung post 'Lelaki Pilihan'....
Seminggu lepas, bilik saya telah dibuat rombakan besar-besaran... nak update jadik bilik pengantin. Bukan saya la.... adik. (aku bendul yang dilanggar!!!!) So katil ku yg penuh dgn serakan buku telah di punggah ke tempat yg tak dapat dipastikan....smpi saat ini saya masih mencari Kitab Syeikh Abdul Kadir Jailani. Terpaksa sorting satu-satu buku-buku dlm rak. Mak tuan.....

Harap pengnjung blog ku bersabar menantikan post sambungannya ye...

Wednesday, August 20, 2008

Ingat2 wajah kawan2

Memory birtday Cin Rin


rasa2 tag ni Kanesan yg create..


X-Treme PC Day Carnival my class,
Cantik Ajib create (ada gelaran group ni PerutAjibBulat)








Seronok depa orang ni!!





rasa2 masa program ni Jaja paling glamour disebut2 junior tapi Kalau ada Azam Penang memang kita semua lingkup..



Majlis perpisahan Cik Ana..Sapa yg jatuhkan meja dan nasi goreng kita habis terabur?? kah!kah! kah!



Baru 3 tahun tinggalkan kolej, jangan hendaknya semua di lupakan.
Semoga semua kawan-kawan berjaya dunia dan akhirat.........







Pengumuman utk x-classmate dan kawan yg mengenali!





Disini ada pengumuman khusus kepada sahabat x-classmate KKYPJ Segamat & yang mengenali. Saya diamanahkan untuk menyampaikan salam dari Mohd. Juzaimy bin Mohd. Yusof kepada kawan-kawan untuk hadir ke majlis perkahwinannya (ops! sori AMAT tersyasyul..) majlis perkahwinan abangnya di Nogori Sembilan...pada 23 Ogos 2008 (Sabtu)

Wah formal semacam..(teringat asek2 muka akak naik pentas buat pengumuman, ada kot org naik muak keh keh keh)
Alamat rumah AMAT :
24, Blok C, Rumah rakyat pekan Lukut, 71010 PD, NS.

*Amat, gembira menerima ahli keluarga baru....., terima kasih ingat kengkawan!!

Wednesday, August 13, 2008

Lelaki pilihan...

Sambung menulis tentang sesuatu yang ada kaitan dengan nilai sejarah (aku menulis sejarah yg mgkin lain dr yg lain). Perasan tak, sejak aku menulis blog berkaitan personal ni asyik berkisar lelaki saja... takpe akan datang aku akan keluarkan tentang wanita pula.. akukan wanita...

Kali ni aku memetik dari kitab 'Kisah Syeikh Abdul Kadir jailani' terjemahan oleh Abdul hamid bin Haji Hatib cetakan kedua 1977 (koleksi abah). Kitab ini asalnya adalah berbahasa Inggeris dengan tajuk 'The Saint of Jilan' tulisan A.S Salik.

Ayah Syeikh bernama Abu Salleh dan ibunya Ummu Khair Fatimah. Sebelum ni aku selalu mendengar membaca kisah pemuda yang mengahwini gadis yag di'psiko' oleh bapa mertuanya pekak, bisu, lumpuh. Selepas membaca kitab ini baru paham oo.. gitu..

Syeikh Abdul Kadir Jailani atau nama timangannya Abu Muhammad lahir pada 1 Ramadhan 470 H (Aku pun lahir bulan ramadhan) adalah ahli sufi, seorang wali Allah yang terpilih. Apa ciri-ciri wali Allah ini? Awal kisahnya Syeikh dinasihati oleh ibunya jgn sesekali berbohong walau dalam keadaan apa sekalipun. Sebab itu semasa dlm perjalanan ke Baghdad Syeikh terserempak dengan 60 orang perompak dan beritahunya dia memilikki 40 dirham sedang perompak2 itu ketawa memerli. Akhirnya atas kejujuran syeikh perompak2 itu bertaubat.

Syeikh seorang yg mementingkan ilmu. Kerana itu syeikh sanggup berhijrah dan menuntut di Universiti Baghdad untuk mendalami ilmu Fekah, Tafsir dan hadis. Buku bacaan beliau ialah sastera Arab dan membuat kajiselidik Al-Qur'an. Beliau suka menderma walau ada simpanan yang paling sedikit.

Makanan utama Syeikh ialah tmbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran. (beliau pernah hidup hanya makan tanpa minum selama setahun, kemudian minum tanpa makan, kemudian tidak makan tidak minum dan kemudian tidak tidur. Makanannya hanyalah bersifat rohani).

Beliau sentiasa bermujahadah iaitu latihan menakluk nafsu dengan cara berpuasa/tidak makan dan menemui/bergaul dengan orang-orang soleh. Kesan dari taraf ilmu dan amalan yang tinggi beliau sering mengalami pemgalaman2 pelik seperti suara-suara ghaib untuk memberitahu sesuatu.

Disebabkan kitab ini betulisan jawi lama, banyak nama-nama tempat yang tidak dapat aku sebutkan sengan betul selain nama tempat yng familiar. (ni kena berguru ni..)

Atas taraf kedudukan yang tinggi juga, Syeikh telah menjadi guru kepada jin-jin untuk mencari kebenaran jalan Allah. Suatu hari syaitan datang untuk menguji keimanan Syeikh Abdul Kadir dengan katanya "aku telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal" dan syeikh pun mengucapkan "aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam", lalu syaitan pun menjadi awan. Bila ditanya kembali kepada syeikh bagaimana dia boleh mengenal itu suara syaitan, Syeikh menjawab Allah tidak pernah mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

Sunggup takjub, Syeikh memberi syarahan dan pidato yang dihadiri oleh terlalu ramai jemaah yang terdiri dari pendita, sarjana, syeikh2, orang-orang kaya, pegawai2 tinggi, khalifah, jin2, malaikat2, ruh nabi2 dan rijalun ghoib..

Setakat ini dulu post untuk kali ni, berhenti sejenak untuk mendapatkan nafas baru bg kisah selanjutnya..nantikan kehebatan sufi ini di post akan datang...

Al-Fatihah untuk para wali Allah, amin....

Monday, August 11, 2008

Imbas sejarah zaman kelakau/ingus-ingusan..

Semalam Hari yang best... entah kenapa rasa best sesangat. O.. asyik duduk depan pc (pc-office-pc-office), smlm pegi jln.
temankan mak borong kain di Jakel dengan adik+husbandnya.. Tengah hari lunch di 'emas'. Tak sangka jumpa x-trainee, Fauziah...(emm..makan berdua nampak!), jumpe jugak Herda bersama suami dan 2 anak daranya. Herda; teman baik sekolah semeja di sekolah Agama dan satu group di sekolah menengah. Masa zaman tu diala otai dlm group kami..kus!kus!kus...

Balik rumah, kak Ude buat bakso yng aku mengidam beberapa ari lepas. Terima kasih Kak Ude! sambil berbual, keluar cerita budak sekolah. Al-kisahnya adik ipar aku ni sebaya yang pernah sekelas masa sekolah rendah dulu..malam tu aku keluarkan album ada gambar darjah satu, darjah dua, darjah enam, tingkatan empat dan tingkatan lima..(gambo form one aku Herda amik... Herda ko ingat lagi tak apa yang ko buat dengan gambo tu ha..ha..ha.. tapi untuk pengetahuan ko Herda, orang tu dah arwah beberapa tahun lalu.. inna lillah..). Emi (adik ipar aku) merenung sorang-sorang bawah lampu kalimantang, dan sesekali kami bertiga gelak sakan dalam cerita-cerita kelako, bengang, he..h macam-macam la.. Itu semua kisah lama yang mempunyai nilai harga tersendiri bagi setiap individu.. Aku mendoakan kejayaan semua kawan-kawanku.

Kalau ada kawan-kawan yg masih mengenali aku 'Fasiha', dokan kejayaan ku.

Inilah nama yg menjadi cerita sensasi kami bertiga malam tadi tentang gambo sek rendah heh..he..he
Syen, Ujang, Iwan, Rozana, Noreza Jamal, Syuhada, faiz, Riadz, Nizam, Musa, Zulkarnain, Effendi, Asyadi, Siti Nurhaliza (tak sangka ada kawan kita yang sama nama mcm big star), Aida anak D'O (masa tu), Asri, Azman, Nor Azman, Azizan, Pramizah, Herda, Wan ahmad, yahya, Zety, yuzinani, Lina Rahmat, Nor ain, Faizah, Ramli, Nur aina dan Nurfilzah mahmud, Lai Sze Wan,Abu Rizal, Ahmad Zulyzee, [lupa la yg lain, klu ingat nnti aku update]

Buat cikgu-cikgu kami; terima kasih atas ilmu yang dicurah..
Cikgu Syamsiah, Cikgu Salbiah, Cikgu Salleh, Cikgu Wong, Cikgu Lai, cikgu, Cikgu Mohd. Noor, Cikgu Zaharah, cikgu Shafie, Cikgu Muslim, Cikgu Yaakob, Ciku Mokhtar, Cikgu Fatimah dll

Moga hidup bertambah harmoni dengan kenangan....

Friday, August 8, 2008

Puasa nak dekat..apa ekspressi anda?????

Ekspresikan dirimu.....!!!!!
Ya itu dia yang selalu kita dengar (ni org guna maxis). Puasa nak dekat dah, yang perempuan2 ni memang time terkejo-kejo bayo hutang hu..hu... utang apa? Ha, lu pikir la sendiri. Yang malangnya kadang2 ada gak org laki2 lebih utang tahap cipan dr org perempuan, lagi parah kalau memang sampai nak nazak tak pernahingat insaf nak bayo hutangya... kesian....

Aku dapat arahan dari bos untuk buat sedikit sumbangan (kurma) kepada pelanggan tetap syarikat kami sempena Ramadhan Al-Mubaraq. Huh! tugas yang sememangnya aku suka sebab kena buat persiapan untuk buat hadiah, benda yang kreatif, design kad, beli reben... (org yg lahir bulan 9 mudah hargai org, DMFK cakap & adat org Jawa menghargai tetamu).

Bagaimana nak gambarkan perasaan ni?? Officemate aku pun dah berulangkali kata, Ramadhan kali ni dia dah bersedia betul2 nampak wajah cerianya, dia berazam nak tambahbaik solat terawih. Ia semacam memberi aura padaku, terima kasih Eiji...

Kenapa ada orang susah nak puasa, sukar nak hayati puasa? Hmm... jawapannya mudah

Setiap apapun, bila dimulakan dengan niat 'Lillahi ta'ala' semua anggota badan akan patuh. Godaan syaitan memang tidak dinafikan tetap ada, so kita minta nafsu berjanji dengan kita supaya jgn mengatasi hati.. Kenapa hati? sebab hati adalah seketul daging menentukan putih atau hitamnya kita... Keraskan hati kita dengan minta bantuan dari-NYa. Kita takkan mampu melakukannya sendiri...

Oh! tak boleh bicara panjang cukup setakat ini dulu... ada yang tak puas hati? ha... mai tandang blog comei ni dr masa ke masa la.. baru hang dapat something dari sini...

'Be Happy always on ur self di saat Ramadhan bakal menjelma.......' Tunjukkan ekpsresi gembira anda key..

Wednesday, August 6, 2008

Kitakah yang KUAT!!!

Post kali ni saya menulis suatu yang ada kaitan dengan sejarah sempena bulan kemerdekaan ni.. menulis tentang kepahlawanan, keperwiraan, keperkasaan, kekuatan. Wa... apala orang perempaun nak cerita pasal kuat ek??

Di zaman silam, orang kuat menjadi harapan pelindung, pemimpin. Kuat dari sudut fizikal, rohani. Lihat antara tokoh negara kita 'Mat Kilau'. Saya pernah membaca 'Kitab Mat Kilau' yang diterbitkan oleh Utusan Melayu cetakan pertama Ogos 1970 (koleksi abah). Buku ini membongkarkan amalan-amalan zahirbatin oleh Mat Kilau semasa hayatnya. Antara tokoh lain (dalam perjuangan islam) yang saya turuti kisahnya ialah Sultan Salahudin Al-Ayyubi, memetik dari buku bertajuk 'Salahudin Penakluk Jerusalem' tulisan Abdul Latip Talib terbitan PTS 2007 (ini koleksi saya baru beli on-line dari e-kedai.net). Panglima Salahudin pula kaya dengan kegagahan dalam menyusun strategi berperang yang dikagumi sepanjang proses menawan bumi Jerusalem.

Apa yang sama pada mereka ini? Ya... kekuatan rohani yang dikukuhkan melalui amalan yang antaranya ialah berjaga malam untuk beribadah. Bila kita beribadah di waktu malam sebenarnya kita sedang mengumpul kekuatan berbanding tidur. Jasad, hati dan jiwa kita bergabung menjadi satu untuk mendapatkan titik pertemuan dengan yang Yang Maha Esa yang memilikki segala-galanya. Diwaktu siang, kekuatan itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan, perbuatan untuk melawan dan menawan musuh. Mereka tidak menggunakan taktik kotor untuk menyerang musuh, melindungi diri dan pasukannya. Mereka tidak berselindung dibalik tipu daya hina..Para pejuang memilikki sifat berani bersemuka di medan pertempuran dimana pedang menjadi alat uji kekuatan secara berdepan. Sebab itu wujudnya senjata seperti senapang, pistol yang menjauhkan jarak pertemuan antara dua pihak yang bertempur yang dicipta oleh sang pengecut.

Hati dan jiwa orang zaman dulu amat kental dalam perjuangan baik bagi dirinya atau dalam pasukannya. Pahlawan Mat Kilau mempunyai pantang larang tersendiri untuk menjana kekuatan fizikal menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an. Begitu juga Panglima Salahudin Al-Ayyubi yang mendapat asuhan ilmu agama dari ayahnya Najmudin Ayyubi serta ilmu ketenteraan dari bapa saudaranya Asadudin Syirkuwwah.

Kita lihat pemuda hari ini, berapa nisbah perbandingan kekuatan rohaninya? Berapa ramai yang memilikki kekuatan spiritual untuk diterjemahkan dalam tindakan mereka? menusia hari ini bertindak berlandaskan nafsu......(duit,duit,duit), sebab itu sudah kurang diperdengarkan lagi nama-nama pejuang masyhur di atas perjuangannya. Dunia hampir menemui titik penamat, kerosakan demi kerosakan semakin ketara, kita tetap memerlukan pejuang untuk menaikkan mertabat bangsa kerana kehancuran itu mula diperlihatkan. Mungkin pejuang hari ini bukan seperti pejuang silam yang menjuruskan bertunjangkan kekuatan fizikal tetapi kekuatan spiritual, kekuatan suara untuk mebebaskan dunia dari kancah kemusnahan yang dirancang...
Kitakah itu.....?

Monday, August 4, 2008

DRIVING

Semalam yang penuh keringat, terasa panas berpeluh..tapi tak rasa nak menjerit pun cuma sedikit rimas.. cuaca akhir zaman ni... tapi apa yang nak dicerita ni pasal memandu..
aku selalu membayangkan pemanduan go-cart. Teringin sejak dari muda dulu (tua ke aku ni?) tapi tak berkesempatan.. tambah lagi duduk di pekan yang tak berapa nak kecik dan beso ni apa lah yg ada selain tempat rekreasi.. Kenapa aku minat sangat? mm waktu inilah latihan untuk kita 'FOKUS'. Bila memandu mata kita akan memberi tumpuan, kaki dan tangan kita akan bergerak seiring.. ekspressi muka ala2 macho gitu (klu prp istilahnye apa yerk?) dan otak kita akan sedikit cair utk berfikir...
Klu tengok tv pun, aku buat latihan utk 'FOKUS' dengan menonton pertandingan lumba motor, lumba basikal

Sebenarnya inilah yg aku nak cerita.. tapi ada malu pun ye jugak pasal.... dah tua2 ni baru pandai mandu kereta? (selama ni hidup dengan motor). Boss minta aku bawa kereta ke satu destinasi, "kereta orang bukan kereta sendiri, klula apa2 jadi..." dah mula fikir yang negatif je...... Soalan boss yang pertama, aku jawab; tak yakin. Soalan kedua pun mcm tu. Tapi dah buka pintu kereta aku teringat pemanduan go-cart, aku jadi semangat! terus je cakap kt boss 'Saya nak bawak!' Soalan bos yang ketiga "yakin tak?" aku jawab dengan penuh confident, yakin!!!
Sepanjang perjalanan aku rasa hari ni jalan raya meraikan pemanduan ku, Oh!....... jalan raya hari ni tak macam selalu.... halangan hari ini tak macam selalu....
Tinggal tunggu masa untuk aku running JLA 3224 di atas jalan raya tak berapa lama lagi. Boiprend ku yang satu ni tak kluo2 pasal dia ni... segannya masya allah!!! Sambil tunggu dia serasi dengan tuannya yang comei ni aku nak setting ekspressi muka yg paling bersesuaian dgnnya.. kih!kih!kih!

" Setujukah anda bahawa cara pemanduan menunjukkan karektor kita? "

*Terima kasih boss!
*Terima kasih Kia Spectra!

p/s: terima kasih Diana, ajo saya drive mula2 dulu...he he....
Eiji, jgn jealous ea...